peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Jumaat, 11 Mei 2012

seloka guru smk merbok


  • Kalau Guru ...
  •  Kalau guru tunggu diarah, Semua kerja kena kerah.
  •  Kalau guru kurang mengajar, Dapatlah pelajar kurang ajar.
  •  Kalau guru kurang merancang, Dalam bilik darjah banyak tembelang.
  •  Kalau guru suka berdamping, Semua pelajar dapat dibimbing.
  •  Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Pelajar belajar sambil mengantuk.
  •  Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Pelajar belajar dengan tekun.
  •  Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Pelajar belajar dengan ralat.
  •  Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, Ada pelajar bertambah gagap.
  •  Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, Ramai murid pandai berbicara.
  • Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, Tak akan tahu pelajar bodoh dan pandai.
  • Kalau seorang guru berbudi bahasa, Dikenang pelajar sepanjang masa.
  •  Sekian Terima Kasih

Tiada ulasan: