peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Jumaat, 4 Mei 2012

HUKUM KUKU KETIKA HAID








Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ 
( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya 
Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang 
berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan 
rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari 
akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .
Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini,
 maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya 
kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut 
Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`
at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah
Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam 
kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ 
Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan
kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ 

Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup 
ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu
 bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah 
(apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan 
sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah
 wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, 
yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh 
menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa 
yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”
Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. 

Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu 
Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan 
seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, 
malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ 
(Riwayat al-Bukhari)
Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam 
rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada
sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), 
demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam

Tiada ulasan: