peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Ahad, 13 Mei 2012

bentuk kuku

1. Kuku yang baik, rapi dan indah :

Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya.
Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang 
bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :

Biasanya orang yang memiliki kuku yang 
seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam 
ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam.
 Orang yang memiliki kuku yang 
seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :

Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan
 cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga
 sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak 
malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering 
dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :

Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang
 baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan 
dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :

Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang
 pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah 
menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :

Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya 
halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, 
mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :

Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang 
yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh
 hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :

Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini 
sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, 
mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :

Biasanya orang yang memiliki kuku yang 
seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya,
 sering berpindah randah tempat tinggalnya, 
suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau
 suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :

Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini
 tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja
 hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :

Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini
 biasanya akan menjurus pada susah dan sering 
berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut 
tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis
 tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan 
orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :

Menandakan jika orang tersebut sering 
ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga 
boleh mati di sebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :

Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti 
ini menandakan kemungkinan orang itu akan 
memperolehi halangan yang besar atau akan 
memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :

Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa
 orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga
 membawa kematiannya.

Tiada ulasan: