peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Sabtu, 5 Mei 2012

FIRAUN Hatshepsut


Hatshepsut (kadang-kala dieja Hatchepsut yang bermaksud Wanita Bangsawan Terulung) adalah firaun kelima dari Dinasti ke-18 di Mesir purba. Para Egiptologiumumnya menganggap baginda sebagai salah seorang firaun perempuan yang paling berjaya di Mesir, yang memerintah lebih lama daripada pemerintah perempuan manapun dalam sesebuah dinasti asal.
Hatshepsut dipercayai pernah memerintah sebagai salah seorang pemerintah darisekitar 1479 hingga 1458 SM (Tahun ke-7 hingga ke-21 Thutmose III). Baginda dianggap sebagai permaisuri yang memeirntah yang paling awal dikenali dalam sejarah dan perempuan kedua yang diketahui menaiki takhta sebagai "Raja Mesir Hulu dan Hilir" setelah Permaisuri Sobekneferu dari Dinasti ke-12.
Pada 27 Jun 2007, sebuah mumia dalam makam KV60 di Lembah Raja-raja dikenalpasti sebagai Hatshepsut.


Ketika gerakan feminis menjadi kukuh, tokoh-tokoh perempuan zaman dahulu dicari dan kejayaan mereka semakin diwar-warkan. Hatshepsut berubah dari pemimpin Mesir yang paling tak dikenali pada awal abad ke-20 menjadi tokoh paling terkenal dari negara itu pada akhir abad tersebut. Banyak biografi seperti Hatshepsut oleh Evelyn Wells meromantikkan baginda sebagai perempuan yang cantik dan pasifis — "perempuan besar pertama dalam Sejarah". Hal ini cukup berlawanan dengan pandangan abad ke-19 tentang Hatshepsut yang melakarkannya sebagai ibu tiri yang kejam, yang merebut takhta dari Thutmose III.
Novel Mara, Daughter of the Nile oleh Eloise Jarvis McGraw, mempertahankan pandangan tentang ibu tiri yang kejam dengan menempatkan Hatshepsut sebagai watak utama cerita tersebut. Plotnya berkisarkan Mara, seorang budak perempuan, dan sejumlah bangsawan untuk menggulingkan Hatshepsut dan mengangkat pewaris yang "sah", Thutmose III, sebagai Firaun. Mereka mempersalahkan baginda kerana projek pembangunan Hatshepsut menjadi penyebab kemiskinan negara Mesir. Baginda juga digambarkan telah menahan Thutmose III sebagai tawanan di lingkungan tembok istana.
Pada 1960, sebuah lingkaran utama asteroid yang ditemui oleh Cornelis Johannes van HoutenIngrid van Houten-Groeneveld dan Tom Gehrels dinamakan 2436 Hatshepsutsempena menghormati baginda. Ada teori popular yang menyatakan bahawa Hatshepsut adalah puteri yang menemui Musa ketika hanyut sungai Nil, namun teori ini dibantah oleh para Egiptologi dan ahli kitab.
Sekurang-kurangnya terdapat tiga pengarang yang telah menulis novel cereka sejarah yang menggambarkan Hatshepsut sebagai serikandi: Hatshepsut: Daughter of Amunoleh Moyra CaldecottChild of the Morning oleh Pauline Gedge dan Pharaoh oleh Eloise Jarvis McGraw, dan siri novel misteri Lieutenant Bak yang berlatarkan masa pemerintahan baginda.
Hatshepsut juga muncul dalam plot Illinois Jane and the Pyramid of Peril, sebuah sandiwara lucu oleh T. James Belich (Colorado Tolston). Baginda dilakarkan menemui ramuan lanjut usia. Dalam cerita ini, kehilangan Hatshepsut digambarkan sebagai keabadian baginda, walaupun baginda tidak muncul secara langsung dalam sandiwara ini.
Pakar humor Amerika, Will Cuppy, menulis sebuah esei tentang Hatshepsut yang diterbitkan setelah kematiannya dalam buku The Decline and Fall of Practically Everybody. Tentang salah satu tulisan baginda di dinding, beliau menulis,
Tentang penampilan Hatshepsut pada suatu tahap kerjayanya, kita berhutang kepada salah satu tulisan dinding. Di situ dikatakan bahawa "memandangnya jauh lebih cantik dari apa-apapun, kemolekannya dan bentuk tubuhnya sungguh bagaikan seorang dewi." Sebahagian menganggap aneh bahawa seorang Firaun perempuan ternyata begitu berani, dalam usia 50-an seperti Hatshepsut. Sama sekali tidak. Baginda cuma mengatakan bagaimana keadaannya sekitar 35 tahun sebelumnya, sebelum baginda mengahwini Thutmose II dan kemudian mengerjakan Thutmose III. "Baginda adalah seorang puteri, cantik dan memekar," demikian dikatakan dalam hieroglif, dan kita tidak mempunyai alasan untuk meragukannya. Memang, tidak ada salahnya menceritakan kepada dunia bagaimana rupa seseorang pada 1514 SM.
Dalam permainan komputer Civilization IV, baginda digambarkan sebagai pemimpin Mesir yang menggantikan Cleopatra VII dari Civilization III.



Tiada ulasan: