peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Sabtu, 19 Mei 2012

IBU ADALAH SEGALA II NYA



Cempedak ditanam masak gebu,
Rambutan pula luruh melata;
Sepuluh Mei adalah Hari Ibu.
Sambutannya di seluruh dunia.

Rambutan pula luruh melata,
Dedaunan kering jadi abu;
Sambutannya di seluruh dunia,
Tanda kenang jasa budi ibu.

Dedaunan kering jadi abu,
Baja asli buahnya lebat;
Tanda kenang jasa budi ibu,
Semasa hidup sepanjang hayat.

Baja asli buahnya lebat,
Sepanjang musim dapat dirasa;
Semasa hidup sepanjang hayat,
Sampai membawa anak ke syurga.

Sepanjang musim dapat dirasa,
Dalam guni diisi untuk digalas;
Sampai membawa anak ke syurga,
Anak pula bagaimana membalas?

Dalam guni diisi untuk digalas,
Dilerai tangkai dibuang daunnya;
Anak pula bagaimana membalas?
Nilai kasih sayang tiada nilainya.

Dilerai tangkai dibuang daunnya,
Di bawah pokok cuaca redup;
Nilai kasih sayang tiada nilainya,
Bukan emas permata taruhan hidup.

Di bawah pokok cuaca redup,
Debu berterbangan di daun kelapa;
Bukan emas permata taruhan hidup,
Ibu adalah segala-galanya.

Tiada ulasan: