peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Ahad, 27 Mei 2012

۞۞TIPS MEMBACA CEPAT۞۞

❁❁THE HAND❁❁
letak saja tangan kanan atau kiri pada perenggan yg dibaca,gerakkan tangan you all perlahan2 ke bawah utk membaca pereggan yg lain seiring dgn pandangan mata

❁❁THE CARD❁❁
boleh juga menggunakan kad atau kertas dengan pelbagai pilihan warna untuk membaca.Letakkan kad atau kertas tersebut di bawah baris ayat.Gerakkan secara perlahan-lahan ketika berpindah baris bacaan ayat yg sama dan penumpuan membaca you all akan meningkat.

❁❁THE SWEEP❁❁
membaca menggunakan jari tanggan.caranya merapatkan jari2 tangan you all dan gerakkan dari kiri ke kanan.Gunakan jari tengah untuk menandakan baris yg sedang dibaca.Gerakkan jari secara prtahan seperti you all sedang membersihkan kotoran pemadam dari buku.

❁❁THE HOP❁❁
sama saja macam the sweep.Bezanya,the hop menggunakan teknik mengangkat jari2 ketika berpindah baris dan menggerakkan jari dgn naik turun.Bayangkan saja gerakkan the hop seperti mengetukkan jari pada meja.

Jumaat, 25 Mei 2012

Cinta manusia vs cinta Allah

Cinta Allah tak dapat ditukar ganti
Cinta manusia silih berganti
Cinta Allah suci tulus hingga ke mati
Cinta manusia selalu berakhir dgn benci
Cinta Allah menyubur ketaqwaan
Cinta manusia penuh kemungkaran
Cinta Allah tinggalkan laranganNYA
Cinta manusia meninggalkan syariatNYA
Cinta Allah menyegarkan keimanan
Cinta manusia mengikis keimanan
Cinta Allah mengorbankan nafsu
Cinta manusia mengorbankan tuhan
Cinta Allah menambahkan keimanan
Cinta manusia menambahkan kelalaian
Cinta Allah meridhoi ujian
Cinta manusia meridhoi kemaksiatan
Cinta Allah sepanjang masa
Cinta manusia sekejap ada, sekejap tiada
Cinta Allah diiringi rahmat dan kurniaan
Cinta Allah bersulam redha dan keampunan
Cinta manusia meresahkan perasaan...

Khamis, 24 Mei 2012

Kesilapan Paling Ketara Masyarakat MALAYSIA tentang AURAT

> Hanya ingat AURAT ini ada pada PEREMPUAN
> Hanya ingat BERTUDUNG itu sudah menutup AURAT
> Beza TUTUP dan BALUT tentang AURAT
> Tumit Kaki dibiarkan TIDAK BERTUTUP kerana dianggap BUKAN AURAT (wanita)
> Lutut dibiarkan TERDEDAH kerana dianggap BUKAN AURAT (lelaki)

Kita kata kita cintakan Allah dan cintakan Rasulullah. Jadi, mari kita buktikan..

Jom tutup aurat dengan sempurna :)

๑۩۞۩๑ Muhasabah Diri ๑۩۞۩๑

Ya Allah! Janganlah jadikan musuhku gembira kerana kesusahanku, dan janganlah 


jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku 


dalam urusan agamaku, dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat 


perhatianku, dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan dan 


bermaharajalela ke atas ku. Wahai Tuhan yang hidup yang menjaga alam semesta."

✿Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Kasih Allah Kasih Sejati Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ✿~

Rabu, 23 Mei 2012

KATA ULAMAH

✿ Elakkan Tidur Waktu Pagi 


Imam Ibnu Qayyim rahimahullah berkata, :"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." 


✿ Menghidupkan Hati 

Ibnu Abil ‘Izz al-Hanafi berkata:

 “…tiada kehidupan untuk hati, tidak ada kesenangan dan ketenangan baginya, kecuali dengan mengenal Rabbnya, Sesembahan dan Penciptanya, dengan Asma’, Sifat dan Af’al (perbuatan)-Nya, dan seiring dengan itu mencintai-Nya lebih dari yang lain, dan berusaha mendekatkan diri kepada-Nya tanpa yang lain…” 

✿ Menasihati secara Sembunyi 

Ibnul Mubarok berkata: 
"Dahulu seseorang (para sahabat) apabila melihat pada saudaranya terdapat hal yang tidak ia sukai, iapun memerintahkannya atau melarangnya dengan sembunyi, sehingga dia diberi pahala atas rahasia dan larangannya (dari sesuatu yang tidak disenangi). Adapun hari ini, apabila seseorang melihat apa yang ia tidak sukai, ia membuat marah saudaranya dan ia sebarkan aibnya." 

✿ Hakikat Umur Manusia 


Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, : “Waktu manusia adalah umurnya yang sebenarnya. Waktu tersebut adalah waktu yang dimanfaatkan untuk mendapatkan kehidupan yang abadi dan penuh kenikmatan dan terbebas dari kesempitan dan azab yang pedih. Ketahuilah bahwa berlalunya waktu lebih cepat dari berjalannya awan (mendung). Barangsiapa yang waktunya hanya untuk ketaatan dan beribadah pada Allah, maka itulah waktu dan umurnya yang sebenarnya.  Selain itu tidak dinilai sebagai kehidupannya, namun hanya teranggap seperti kehidupan binatang ternak. Jika waktu hanya dihabiskan untuk hal-hal yang membuat lalai, untuk sekedar menghamburkan syahwat (hawa nafsu), berangan-angan yang batil, hanya dihabiskan dengan banyak tidur dan digunakan dalam kebatilan, maka sungguh kematian lebih layak bagi dirinya.” 

✴✴pesan ayah✴✴

يَا بُنَيَّ! "الحَيَاءُ مِنَ الإِمَانِ"، وَعَلاَمَةُ تَقْوَى اللهِ، وَمَنْ لاَ حَيَاءَ فِيهِ لاَ خَيْرَ فِيهِ

Wahai anakku! "Malu itu sebahagian daripada iman", Ia tanda takwa kepada Allah.Sesiapa yang tiada sifat malu, tiada kebaikan pada dirinya.
يَا بُنَيَّ! فَرَاغُ الإِنْسَانِ مِنْ العَمَلِ، مَعَ صِحَّتِهِ وَقُدْرَتِهِ عَلَيْهِ، مِنَ الأُمُورِ الَّتِي لاَ يَرْضَاهَا العُقَلاَءُ لأنْفُسِهِمْ، لأَنَّ الفَرَاغَ يَهْدِمُ صِحَّةَ الإِنْسَانِ وَيُتْلِفُ ثَرْوَتَهُ، وَلاَ خَيْرَ فِي ضَيَاعِ الصِّحَّةِ وَالثَّرْوَةِ.
Wahai anakku! "Leka manusia daripada kerja-dalam keadaan dia sihat dan berkemampuan melakukannya-di antara perkara yang tidak di redhai oleh mereka yang berakal waras berlaku pada diri mereka, kerana kelekaan itu boleh memusnahkan kesihatan manusia dan membinasakan hartanya. Tiada kebaikan pada mempersiakan kesihatan dan harta benda.
يَا بُنَيَّ! "مَنْ تَوَاضَعَ للهِ رَفَعَهُ"، فَكُنْ مُتُوُاضِعًا لِمَنْ هُوَ دُوْنَكَ، فَإِنَّ التَّوَضُعَ مِنْ أمَارَاتِ العَقْلِ، وَإِنَّ الْمُتَوَضِعَ يَرْفَعُهُ تَوَاضُعُهُ فِي نُفُوسِ النَّاسِ.
Wahai anakku! "Sesiapa yang merendah diri, Allah akan mengangkat darjatnya". Maka kamu jadilah orang yang merendah diri kepada orang lain. Sesungguhnya merendah diri itu diantara tanda-tanda orang berakal. Orang yang merendah diri akan di angkat kedudukannya dalam diri orang lain oleh sifat tersebut.
يَا بُنَيَّ! "الكِبْرُ مَذْمُوْمٌ"، يَحُطُّ مِنْ مَنْزِلَةِ الإِنْسَانِ، ويُزِيلُ مَحَبَّتَهُ مِنَ القُلُوبِ، ومَا تَكَبَّرَ أَحَدٌ عَلَى النَّاسِ إِلاَّ لِنَقْصٍ فِي نَفْسِهِ يَسْتُرُهُ بِالْكِبْرِ، لِيُوهِمَ أَنَّهُ مُبَرَّأٌ مِنَ الْعُيُوبِ.
Wahai anakku! "Sifat ego itu keji". Ia boleh merendahkan kedudukan manusia dan menghilangkan kasih sayang dari hati mereka. Seseorang itu tidak akan sombong terhadap orang lain melainkan kerana sesuatu kekurangan dalam dirinya yang dia cuba menutupnya dengan keegoan, agar dia dapat "mengaburi" bahawa dia terlepas daripada segala keaiban.
يَا بُنَيَّ! "اَلْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ"، وَهُوَ إِسْدَاءِ الْمَعْرُوْفِ لِمُسْتَحِقِّهِ، فَبِرُّ الوَالِدَيْنِ إِطَاعَتُهُمَا وَمُسَاعَدَتُهُمَا، وَبِرُّ الأَهْلِ العَطْفُ عَلَيْهِمْ، وخَيْرُ أَنْوَاعِ الْبِرِّ أَنْ يُعَامِلَ الإِنْسَانُ النَّاسَ بِاللِّيْنِ وَالْبَشَاشَةِ وَالرِّفْقِ، الَّتِي هِيَ مِنْ مَكَارِمِ الأَخْلاَقِ.
Wahai anakku! "Budi itu ialah perangai yang baik". Iaitu melunaskan kebaikan kepada orang yang berhak. Berbudi kepada orang tua ialah mentaati dan menolong kedua-duanya dan berbudi kepada keluarga ialah bersimpati terhadap mereka. Sebaik-baik budi ialah seseorang itu bergaul dengan manusia lain secara lembut, ceria dan santun, yang merupakan sebahagian daripada kemuliaan akhlak.

☞☞pengorbanan seorang ibu☜☜


Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan.
Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu! Tak mahu !". Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran. Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah. Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan.
Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti , kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan ibu”.

Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya. Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden  ".Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak datang ". Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban bagi anak-anak. Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu....

Saat di taman kanak-kanak, ibu menghantar hingga masuk ke dalam kelas,ibu perlu menunggu di sebelah sana. Aku tak peduli sebanyak manapun pekerjaannya di rumah, aku tak perduli hujan, panas atau rasa bosannya ketika menunggu. Aku senang ibu menungguku sampai lonceng berbunyi. Setelah besar, aku sering meninggalkannya bermain dengan teman-teman dan berseronok.Tak pernah aku menemani ibu ketika sakit, ketika ibu memerlukan pertolongan aku tak pernah ada.Masuk alam remaja, aku sering merasa malu berjalan bersama ibu. Pakaian dan dandannyaku anggap kuno dan tak serasi dengan penampilanku. Bahkan sering kali aku sengaja mendahuluinya berjalan satu dua meter di depannya agar orang tak menyangka aku bersamanya... malu!..

Padahal ibu yang menjagaku sejak kecil, tak pernah memikirkan penampilannya, tak pernah membeli pakaian baru , apalagi perhiasan baru untuknya tapi ibu gunakan untuk membelikanku pakaian yang bagus-bagus agar aku kelihatan cantik. Ibu mengangkat tubuhku ketika aku jatuh, membasuh luka di kaki dan mendekapku erat-erat saat aku menangis.
Mulai masuk di Intitut pengajiaan tinggi, aku makin jauh dengannya. Aku pintar dan cerdas sering kali menganggap ibu orang bodoh dan tak mengerti apa-apa. Ibu yang ku anggap bodoh, tak berwawasan , tak mengerti apa-apa, dan bukan orang berpendidikan, doa di setiap sujudnya, pengorbanan dan cintanya tak pernah terhenti sedetikpun untuk anak-anaknya.

Semua kenangan itu muncul satu persatu di fikiranku. Dalam linangan air mata yang sudah terlambat, terus mengalir kedukaan dan penyesalan.

Dan anda sekarang yang masih mempunyai ibu disamping jangan menjadi seperti aku....seperti ku dulu, memilih untuk memberikan perhatian padanya nanti,tapi sudah terlambat.Benar bahawa kasih Ibu kepada anaknya tak terbatas.....pengorbanan ibu jika dihitung takkan terbalas oleh seorang anak..

❧❧erti pengorbanan❧❧


Saat berderai jatuh titisan air mata suci Nabi Ibrahim dalam keSABARan
Melihatkan keteguhan iman, keIKHLASan hati anaknya Nabi Ismail
Disitulah bermulanya sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN

jangan lupa pengorbanan orang tersayang iaitu ibu dan ayah membesarkan kita...
pengorbanan Rasulullah saw menyebar agama islam walaupun sering di caci
semua hanya umat-umatnya yang baginda sayang dan cintai

pengorbanan seorang guru di mana dia sanggup melayan kerenah
anak-anak didiknya kerana itu membuat dia gembira
sejahat,seburuk mana pun anak didikannya
dia hanya ingin anak didikanya berjaya dalam kehidupan...

❤❤❤muzik❤❤❤


____________#####
_____________####      
_____________###
_____________###
_____________###
_____________###
_____________###
_____________###
_____________###__##
_____________###__#__#
_____________###___#__#
_____________###___#___#
_____________###___#____#
_______##____###__#____#
______#__#__######____#
______#___##_____#____###
_______#____#####____##
________#___________####
_________#_________###
_________##_______###
________##_________###
_______##___________###
______##______##_____##
_____##_____#_____#___##
_____##______####_____##
_____###________________##
______##_______________###
_______###____________###
_________####________###
___________#########






Adanya remaja yang masih duduk di bangku sekolah yang merasa jenuh saat mempelajari pelajaran sekolah pada saat dirumah. Kejenuhan itu dapat terlihat pada saat remaja tersebut belajar pelajaran sekolah dimalam hari yang merasa kurang bersemangat untuk belajar. Hal ini membuat remaja tersebut meninggalkan belajar dimalam hari dengan alasan mereka merasa kelelahan dengan rutinitas yang sudah dijalani selama seharian.

Kebiasaan remaja yang meninggalkan kewajibannya sebagai seorang pelajar yaitu belajar terutama belajar dimalam hari untuk menyiapkan materi yang akan diterimanya di sekolah keesokan harinya.

Remaja terkadang lebih memilih bermain, tidur atau melakukan hal lain selain belajar dimalam hari untuk pelajaran sekolah esokan harinya, walaupun mereka mengetahui bahwa besok ada tugas atau ulangan di sekolah yang akan dilaksanakan.

Kejenuhan dan lebih memilihnya bermain dari pada belajar tersebut, membuat nilai di sekolah mereka menurun akibat tidak pernah belajar untuk ulangan dan tidak mengerjakan tugas dari sekolah di rumah, hanya karena mereka merasa jenuh untuk belajar pelajaran sekolah untuk besok. Bayangkan jika para calon generasi penerus bangsa tersebut lebih memilih bermain dan beralasan kelelahan atau merasa jenuh disaat mereka belajar! Apakah bisa bangsa ini menjadi bangsa yang lebih maju dari sekarang?

Melihat permasalahan diatas, muncul sebuah gagasan yang bisa membantu remaja untuk mengatasi kejenuhan pada saat belajar. Gagasan tersebut muncul dengan memanfaatkan sesuatu yang dekat dengan lingkungan remaja.

Musik adalah salah satu instrumen yang sudah tidak asing ditelinga remaja. Tidak hanya remaja saja yang mengetahui tentang musik, semua orang pun mengetahui musik. Sifat musik yang umum (universal) membuat musik tidak asing ditelinga manusia. Mulai dari anak-anak hingga dewasa mengenalinya.

Musik adalah bunyi yang teratur, memiliki nada, beat dan irama. Musik dapat menjadi penghibur sat dalam kesedihan, musik dapat memotivasi semangat dalam masa perjuangan, musik dapat menjadi sarana ungkapan cinta kepada sang kekasih, musik dapat mengrenggangkan pikiran saat menghadapi kepenatan hidup. Musik menurut Aristoteles mempunyai kemampuan mendamaikan hati yang gundah, mempunyai terapi rekreatif dan menumbuhkan jiwa patriotisme (wikipedia.org)

Pada dasarnya musik adalah sebuah bentuk aktivitas manusia yang mempunyai maksud tertentu, setidaknya musik meliputi tiga komponen yaitu komponis, produk musikal yang dihasilkannya, dan aktivitas dimana komponis tersebut membuat produk musikal. Komponis membuat sesuatu (musik), berada dalam konteks yang spesifik. Artinya bahwa ketika komponis mengeluarkan ide, akan dipengaruhi oleh konteks tertentu, seperti yang telah disebutkan di atas, bisa dilihat dari tujuannya, para pendengarnya, tempatnya atau waktunya

Remaja dan musik sudah sangat dekat sekali, remaja sekarang mengaku bahwa musik dapat membuat jiwa mereka tenang. Berbagai aliran musik mulai dari musik klasik, gospel, jazz, blues, funk, rock, pop, ska, reggae, dub hingga hip-hop rap dan rapcore sudah melekat di telinga remaja sekarang. Alunan instrument jenis musik yang beragam tersebut dapat membuat remaja lebih bersemangat. (wikipedia.org)

Kenyataan lain menunjukkan, bahwa sebagian remaja mengatakan bahwa hidup tanpa musik sangat hampa. Banyak dari mereka yang menggunakan musik sebagai alat penenang pikiran, penyalur inspirasi dan tempat untuk mengekspresikan sesuatu.




ss501 love this group

holo....hahahhaa this group i relly2 love.....smpai bt koleksi lah...
pling minat leader dia lah kim hyun joong...cute sangat......










✱✱indahnya bercinta dengan agama Allah✱✱

Alahamdulillah atas nikmatnya Tuhan beri kepada hamba Mu ini.....
dimana terdapat 7 pertala dunia,7 pertala langit ada juga 7 pertala cinta....
cinta antara lelaki dan wanita,
cinta antara islam kepada agamanya,
cinta antara ayah dan anak,
cinta antara guru dan pelajarnya......


mencintai bunga akn lyu...
mencintai manusia hanya sementara...
mencintai agama iman kekal di hati...
mencintai islam bhagia hidup nya...
mencintai Allah kekal abadi....


SINGLE = Jangan bersedih kerana Allah akan memberi yang terbaik nanti.

COUPLE = Jangan terlalu seronok kerana di waktu inilah saham dosa meningkat.


TUNANG =Jangan terlalu lama kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah.


BERNIKAH = Jangan terlalu leka kerana telah diberikan tanggungjawab yang akan dipersoalkan 


di akhirat kelak.

BERCERAI= Allah membenci umatnya yang bercerai berai



Sayang(^______^)

✿ SAYANG ALLAH SYURGA TERBUKA✿ SAYANG RASUL menjauh neraka


✿ SAYANG AGAMA elak petaka✿ SAYANG IBU jangan derhaka


✿ SAYANG AYAH elak di murka✿ SAYANG IMAN amal di rangka


✿ SAYANG HATI berbaik sangka✿ SAYANG ILMU tiada pusaka


✿ SAYANG NYAWA usah di teka✿ SAYANG HARTA pada ketika


✿ SAYANG SAUDARA menbalut luka✿ SAYANG KEKASIH semaikan suka


✿ SAYANG SAHABAT sanggup terluka✿ SAYANG KAWAN manisnya muka... 


✿‿✿

ILMU PENJANA MINDA (^^)

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan..Manakala orang yang berfikiran negatif akan melihat masalah dan alasan berbanding faedah dalam segala keadaan..


Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan



Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.


Real integrity stays in place whether the test is adversity or prosperity.


Sabda Rasullulah s.a.w : Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu. maka ia lebih nyata bahawa kamu tidak akan menghina nikmat Allah atas kamu.
( riwayat al-Bukhari & Muslim )

Ahad, 20 Mei 2012

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah —




Sabtu, 19 Mei 2012

ツッღღpantun buat ayahdaღღッヅ

Tidur lelaki di tepi perigi,
Di dalam rumah susah nak lena;
Mencari rezeki di pagi hari,
Buat bekalan kami sekeluarga.

Sarang lebah besar sekali,
Takut termakan burung tempua;
Marah abah setiap hari,
Buat pedoman kami semua.

Masak gelama bersama kari,
Terlebih gula rasanya manis;
Sejarah lama teringat kembali,
Kerana kami abah menangis.

Burung enggang di dalam hutan,
Cari makan sampai tak dapat;
Tali pinggang menjadi rotan,
Buat ingatan sepanjang hayat.

Jatuh kolam tangan terkulai,
Bawa hospital sampai ke pekan;
Tiada kalam lebih bernilai,
Hanya sayang kami tuturkan.

Buat tempe dengan ragi,
Hanya guna air segelas;
Penat abah kami rasai,
Hanya Allah akan membalas.

✄✄✄omelan manusia bernama wanita✄✄✄

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B: 
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,dialah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. 

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

❀ღღღ❀ᎢᎪᏌᏴᎪᎢ ᏁᎪᏚᏌᎻᎪ❀ღღღ❀


Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:
1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
4. Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.






‎*´¨) ¸.•´¸.•*´¨) ¸.•*¨) (¸.•´ (¸.•` ¤ islam itu indah*´¨)


❖ Surah Az Zumar (Ayat 53-58) ❖


53. Katakanlah," Wahai hambaku-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang

Asbabun Nuzul ayat 53:
Ibnu Abbas r.a. menerangkan, bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan kaum Musyrik (yang gemar melakukan pembunuhan dan penzinaan) yang suatu hari bertanya kepada Rasulullah S.A.W ,"Sesungguhnya seruanmu adalah baik. Kerana itu, katakanlah apa yang harus kami lakukan untuk menghapus semua dosa kami?," (HR Bukhari & Muslim)

54. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

55. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedangkan kamu tidak menyedarinya.

56. Agar jangan ada orang yang mengatakan, "Alangkah besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah),"

57. Atau (agar jangan) ada yang berkata "Sekiranya Allah memberikan petunjuk kepadaku, tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa,"

58. Atau (agar jangan) ada yang berkata ketika melihat azab, "Sekiranya aku dapat kembali (ke dunia) tentu aku termasuk orang-orang yg berbuat baik,"