Sebenarnya menurut
Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah
diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti
dalam kes masyarakat kita permainan gasing, wau dan dam menjadi permainan
tradisional. Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin
lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda di negara ini yang
terlalu mengutamakan permainan moden. Peminggiran permainan tradisional ini
turut diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat
budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi
memandang tinggi permainan budaya sendiri.
Oleh itu, ada banyak
tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud
dalam minda masyarakat kita.Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani
isu ini ialah kerajaan menyediakan lebih banyak tempat-tempat atau gelanggang
untuk memudahkan rakyat memainkan permainan ini.
Kewujudan gelanggang
ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama
menikmati permainan ini. Kekerapan bermain permainan ini berupaya untuk
mewujudkan satu kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka ini.
Oleh itu, pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak berwenang mampu memberi
nafas baru kepada keseinambungan permainan warisan budaya ini.
Berkaitan dengan
pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan turut
menyediakan jurulatih yang terlatih di setiap gelanggang yang telah disediakan
itu. Kewujudan jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang tepat
tentang sesuatu permainan itu dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada
anak-anak mereka pula. Langkah ini memastikan berlakunya keseinambungan dalam
memainkan permainan yang semakin dilupakan lantaran tiadanya tunjuk ajar yang
tepat tentang permainan tersebut. Jelaslah, permainan warisan budaya ini akan
terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat
kita.
Selain itu, pihak
sekolah boleh menjadikan permainan tradisional ni sebagai salah satu bentuk
aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar. Tindakan ini memastikan
pelajar kita terdedah dengan jenis-jenis permainan tradisiona sejak muda lagi
dan memahami kepentingan mengekalkan permainan ini. Kesedaran yang dipupuk
sejak awal in mampu memberi impak yang mendalam dalam jiwa seseorang pelajar
sehinggalah mereka memasuki alam dewasa. Jadi, pihak sekolah wajib menjadikan
permainan ini sebagai satu aktiviti sekolah yang penting untuk disertai oleh
pelajar.Malah, permainan tradisional ini boleh dikekalkan jika pihak berkuasa
mengadakan promosi yang berkesan tentangnya menerusi media massa.
Penayangan iklan
yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan ini boleh
menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat. Pemahaman ini kemudiannya akan
dijelmakan dalam bentuk masyarakat cuba mengekalkan dan memainkan permainan ini
sekerap mungkin dalam hidup mereka. Sesungguhnya, promosi yang sesuai dan kena
kepada sasaran memberi satu dimensi baru pada permainan ini untuk terus hidup
dan berkembang dalam masyarakat moden kita.
Konklusinya,
permainan tradisional boleh dikekalkan jika semua langkah-langkah yang
dijelaskan di atas itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Masalah yang timbul
ialah pihak berkuasa tidak mempunyai keinginan politik yang bersungguh-sungguh
untuk menjayakan projek sebegini. Kelesuan minat pihak berkuasa dalam aspek ini
bakal menyaksikan permainan tradisional ini semakin dilupakan. Peribahan 'tepuk
dada tanya selera' sesuai menjadi renungan kita semua kerana jika kita masih
leka mungkin permainan ini akan terus terkubur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan