PENGENALAN
Tanah runtuh
merupakan antara fenomena bencana alam yang sering mendapat perhatian umum pada
masa kini di negara kita, Malaysia.Kebiasaannya, tanah runtuh berlaku secara
semulajadi.Selain itu, tanah runtuh juga terjadi akibat daripada aktiviti
manusia sendiri.Tanah runtuh melibatkan proses gelongsoran tanah atau
pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil.Ianya berlaku dengan
pantas atau perlahan oleh tarikan graviti.Pergerakannya boleh disertai dengan
agen pembawa seperti aliran air ataupun tidak.Kejadian tanah runtuh yang
disebabkan oleh perbuatan manusia adalah seperti penarahan kawasan bukit,
perlombongan dan aktiviti pembangunan lain.Jatuhan batuan atau debris,
gelongsoran batuan atau debris, aliran debris atau lumpur dan gelinciran ais
(avalanches) merupakan klasifikasi secara asas bagi pergerakan runtuhan
tanah.Debris atau puing merupakan bahan batuan yang bercampur tanah.Bahan-bahan
ini juga dipercayai akan mengalami kegagalan disebabkan oleh beberapa faktor yang
boleh mencapai jumlah yang besar sehingga 1,000,000 meter padu dan boleh
mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada kawasan sekitarnya.Kawasan
bertopografi cerun biasanya lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh
akibat ketidakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landai dan rata.
Jenis-jenis
Tanah Runtuh Akibat Kegagalan Cerun Batuan
Rajah 1:
Jatuhan batuan dan blok batuan
Rajah 2:
Keterbalikan (topple)
Rajah 3: (D)
Jatuhan Batuan, (E) Topple
Rajah 4:
Jatuhan Debris
Rajah 5:
Kegagalan Baji
Tanda-tanda
Akan Berlakunya Tanah Runtuh
Terdapat
beberapa tanda sebelum berlakunya tanah runtuh.Antaranya ialah penjelmaan mata
air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terjadi.Seterusnya akan
ada retakan baru serta pembengkalan tanah, jalan atau kaki lima.Lantai konkrit
akan mengalami retakan yang ketara dan mendadak.Paip air juga akan mengalami
kebocoran dan pecah.Selain itu, pintu serta tingkap rumah juga tidak boleh
ditutup dengan rapat seperti biasa.
Faktor
Ringkas
Punca
berlakunya tanah runtuh boleh disebabkan oeh beberapa faktor ringkas.Tanah
runtuh berlaku apabila kandungan air menjadi tinggi yang akan menyebabkan tanah
menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya.Ini akan menyebabkan tanah menjadi
lembap dan mudah bergerak seterusnya mengalir ke tempat lain sehingga cerun
menjadi tidak stabil.Seterusnya, letusan gunung berapi akan menghasilkan
mendakan piroklas, hujan lebat, dan aliran lumpur dengan banyak yang boleh
memasuki sungai-sungai atau tasik.Apabila berlakunya gempa bumi, ia akan menyebabkan
gegaran yang boleh mengakibatkan struktur cerun menjadi lemah untuk mengalami
runtuhan atau pergerakan sesar (discontinuity) yang akan menjadi lebih
aktif.Penebangan pokok juga boleh meyebabkan tanah runtuh berlaku.Aktiviti ini
mempunyai risiko berlakunya hakisan tanah yang lebih teruk pada cerun.Selain
daripada faktor diatas, tanah runtuh juga berlaku disebabkan oleh beberapa
faktor lain seperti faktor alam dan faktor manusia.
Faktor
Alam
Faktor alam
yang boleh dibincangkan ialah geomorfologi. Penimbusan tanah yang banyak ke
sesuatu kawasan akan mengubah geomorfologi kawasan tersebut. Geomorfologi
terjadi apabila ada gelongsoran dimana satu cerun yang curam di atas satu
permukaan yang mempunyai kekuatan bahannya rendah.Contohnya, kejadian di Rockland
yang berlaku akibat kegagalan yang berada pada dasar satu cerun yang agak curam
di mana tekanan tidak dapat menyokong berat bahan. Jenis dan ketebalan bahan
juga merupakan salah satu faktor alam.Faktor alam yang seterusnya ialah
pemendakan yang memainkan peranan signify dalam permulaan bagi tanah runtuh.
Pemendakan akan bertambah pada musim sejuk kerana kekuatan tanah berkurang
akibat air berlebihan. Air berlebihan boleh menyebabkan pertambahan beban pada
bahan dalam sistem disamping tekanan liang juga akan bertambah dengan
pengurangan kekuatan bahan. Hal ini akan mengakibatkan kegagalan cerun berlaku.
Faktor
Manusia
Faktor
manusia pula ialah pengubahsuaian cerun atau oversteeping yang biasanya berlaku
di jalanraya, pembinaan kejuruteraan dan pembinaan landskap. Puncak cerun
overloading juga merupakan faktor manusia dimana berat isi dan
struktur-struktur bahagian atas satu cerun diletakan bagi bahan-bahan
dibawah.Sekiranya muatan bertambah lagi boleh mengakibatkan gelongsoran.
Pemindahan tumbuh-tumbuhan yang kerap akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh.
Kesan
Tanah Runtuh
Tanah runtuh
merupakan satu malapetaka yang member impak yang berbahaya kepada manusia dan
juga hidupan lain.Antara kesan sosial yang dapat dihuraikan adalah kehilangan
nyawa. Apabila berlakunya tanah runtuh, banyak nyawa akan terkorban.Contohnya,
tragedi tanah runtuh yang menyayat hati di Highland Tower, Ulu Kelang pada 11
Disember 1993 yang telah meragut 48 nyawa dan ramai yang cedera.
Rajah :
Tragedi Tanah Runtuh di Highland Tower
Tanah runtuh
juga akan menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti harta benda akibat
daripada daya aliran tanah atau lumpur. Ekonomi negara juga akan merosot akibat
daripada kejadian ini. Kos yang banyak diperlukan bagi proses membaik pulih
kerosakan akibat tanah runtuh.Bencana tanah runtuh juga akan menyebabkan
perubahan landskap yang amat ketara pada permukaan bumi. Kawasan tanah tinggi
berkemungkinan menjadi rata akibat timbunan tanah dan lumpur daripada bencana
tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh juga sedikit sebanyak mengganggu emosi
mangsa. Mangsa akan sentiasa berada dalam ketakutan. Mangsa juga terutamanya
mangsa kanak-kanak akan terbelenggu dalam kesedihan kerana kehilangan ahli
keluarga.
KESIMPULAN
Tuntasnya,
bencana ini merupakan petanda semulajadi ekoran daripada perubahan ekologi atau
ekosistem alam. Pelbagai faktor telah menyebabkan berlakunya perubahan ekologi
secara mendadak sehingga meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Tidak
dinafikan kejadian tanah runtuh adalah secara semulajadi, namun begitu,
langkah-langkah bersedia menghadapi bencana ini haruslah
dititikberatkan.Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah mengamalkan amalan
‘sediakan payung sebelum hujan’ bagi mengelakkan lagi banyak nyawa terkorban.
Semua pihak haruslah berganding bahu memberi bantuan kecemasan kepada pihak
yang memerlukannya bagi meringankan kesengsaraan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan