peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Selasa, 26 Jun 2012

RENUNGAN BUAT TEMAN KU

"Sebenarnya diri ini mampu untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan, namun kerana adanya berbagai hambatan dari diri seperti malas, suka meremehkan, menganggap diri sudah paling baik, maka ia enggan untuk melakukan perubahan itu hingga akhirnya dikatakan inilah aib terbesar pada seorang manusia, TIDAK MAHU MENYEMPURNAKAN KEBAIKAN YANG SUDAH ALLAH BERIKAN PADA DIRINYA...." Wallahu a'lam..


Pesan pada diri, jangan gentar hadapi ujian hidup..
Pesan pada hati, jangan berputus asa dengan rahmat Ilahi..
Pesan pada naluri, berhenti dari terus mengeluh dan kecewa..
Bukankah Allah itu sentiasa ada untuk kita..
Sentiasa bersama dalam duka dan tawa kita..
Dan DIA selalu hadir bersama orang² yang bertakwa..
Memperkukuhkan jalan hamba² yang berjuang di atas jalan-Nya..
KETAHUILAH.. bahawa Allah tidak akan sesekali meninggalkan kita..
Kecuali hanya kita sahaja yang seakan ingin meninggalkan DIA..
Bilamana saat kita melupakan DIA di kala lagha, di dalam leka
dan di waktu kita terkejar² nikmat dunia !



♥ amalan sewaktu bagun tidur ♥
~ ♥ mengusap wajah dengan tangan :
"rasulullah bagun dari tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan" (riwayat muslim)
~ ♥ membaca doa :
"rasulullah SAW apabila bagun tidur baginda berdoa yang bermaksud "segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati(membangunka kami dari tidur)dan hanya kepadaNYA kami dikembalikan."(riwayat bukhari dan muslim)
~ ♥ menggosok gigi atau bersiwak:
"Adalah Rasulullah,apabila bagun malam lalu bersiwak atau menggosok gigi."(riwayat bukhari dan muslim)
~ ♥ beristinthar atau menyuci hidung :
"apabila bagun dari tidur ,maka beristintharlah tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam dibatang hidung"(riwayat bukhari dan muslim)
~ ♥ cuci kedua-dua tangan sebanyak tiga kali :
"bila salah seorang di antara kamu bagun tidur,janganlah menyelamkan tangan ke dalam bekas sebelum mencucikan tangan sebanyak tiga kali"(riwayat bukhari dan muslim)



13 Aurat Wanita 

Wanita dalam keseluruhan jasad (tubuhnya) bahkan suaranya adalah aurat atau hiasan yang hanya halal dan yang berhak menikmati adalah muhrimnya atau suaminya yang sah. Batasan aurat yang boleh kelihatan (nampak) hanyalah telapak tangan dan wajah (referensi : Al-Quran + Hadith). Apabila seorang wanita keluar rumah dengan di hias-hiasi, maka sebenarnya wanita tersebut telah menarik perhatian syaitan. Oleh itu, Islam mengajarkan wanita apabila keluar rumah agar aurat tertutup rapi serta keluar atas dasar keperluan rumah tangga semata, boleh berdandan tapi dalam batas sewajarnya.

Tiada ulasan: