Pengenalan
Pada masa
ini, di mana-mana negara sekalipun, baik di negara membangun mahupun di negara
sedang membangun ,masalah pencemaran udara sering berlaku. Negara kita turut
mengalami masalah tersebut. Namun begitu,hutan menjadi habitat bagi flora dan
fauna, kedua – duanya memainkan peranan dalam mengekalkan rantaian yang
mengikut antara satu sama lain.Flora dan fauna mewujudkan ekosistem yang
sejahtera.Hutan yang tidak diusik atau tidak pernah diterokai menyumbang kepada
kestabilan iklim setempat.Iklim tidak berubah secara drastik kerana kitaran
alam semulajadi di persekitarannya tidak diubah.Begitu juga ,iklim boleh
mempengaruhi kemandirian flora dan fauna.Pembakaran hutan akan menyebabkan
cuaca menjadi panas dan kering serta menjejaskan kesihatan kita.Manakala flora
dan fauna pula kehilangan habitat. Fenomena jerebu yang melanda beberapa
kawasan di negara ini berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka bagi
tujuan pembersihan tanah pertanian disekitar Riau,Sumatera ,Kalimatan dan
Indonesia.Fenomena tersebut kian mengancam tahap kualiti udara negara sehingga
paras berbahaya sekaligus menyulitkan jarak penglihatan .Akibat bencana jerebu
,kerajaan telah mengisythirkan darurat jerebu bermula 11 ogos 2005.Memandangkan
masalah ini membawa kesan buruk kepada penduduk,puncanya perlu perlu dikenal
pasti.
Punca-punca
pembakaran terbuka
Punca utama
masalah jerebu ialah pembakaran hutan,ladang,dan bahan sisa pertanian secara
terbuka untuk membersihkan kawasan pertanian dan menyuburkan tanah selepas
selesai kerja penuaian ,sesetengah petani mengambil jalan mudah dengan membakar
sisa tanaman secara terbuka .Selain itu, hutan juga boleh terbakar akibat cuaca
yang terlalu panas. Sesetengah pemaju perumahan juga melakukan pembakaran bahan
sisa pembinaan secara terbuka .Semua tindakan ini merupakan punca masalah
jerebu.Pembakaran hutan sering kerap berlaku kerana sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Mereka hanya mementingkan keuntungan
semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar.Malahan itu,akibat
daripada perbuatan mereka tersebut telah memberi pelbagai impak yang negatif
dalam kehidupan seharian.Pakar sains dan teknologi memberikan sumbangan penting
dalam penemuan teknologi kitar semula.Banyak bahan buangan dapat diproses
semula untuk dijadikan tisu.Bahan sisa buangan juga dapat diproses untuk
dijadikan sumber tenaga pada kos yang lebih murah. Kini, alat pembakar atau
incinerator telah dicipta untuk proses pembakaran bahan sisa bagi menghasilkan
sumber tenaga. Pembebasan asap daripada kilang perindustrian juga menyebabkan
masalah jerebu. Di bandar-bandar besar,kebanyakan kilang menggunakan bahan api
fosil sebagai sumber tenaga.Pertambahan kenderaan yang menggunakan petrol dan
diesel di jalan raya turut menyebabkan peningkatan asap di udara. Akibatnya
partikel terampai di udara bertambah dan seterusnya menurunkan kualiti udara.
Seterusnya, masalah pencemaran udara dapat di kurangkan melalui penemuan sumber
tenaga yang bersifat mesra alam. Petrol tanpa plumbum berjaya dihasilkan
melalui proses kimia daripada bahan mentah petroleum.Petrol tanpa plumbum lebih
bersih kerana pembakarannya sempurna,dan dengan ini pencemaran udara dapat
dikurangkan. Sumber tenaga yang turut ditemui, misalnya sumber tenaga solar dan
tenaga hidro.
Kesan-kesan
pembakaran terbuka
Kesan jerebu
yang paling membimbangkan ialah masalah pencemaran udara.Keadaan ini disebabkan
banyak partikel terampai yang terapung dan terperangkap di udara sehingga
menyebabkan indeks udara mencapai tahap tidak sihat. Keadaan ini boleh
menjejaskan kesihatan orang ramai,terutama mereka yang alahan. Partikel
terampai yang kotor boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan
pernafasan.Mereka yang menghidap penyakit asma berisiko tinggi untuk menghadapi
masalah sesak nafas,manakala mereka yang sihat juga mudah mendapat jangkitan
batuk,mata gatal dan sakit tekak.Pencemaran boleh menyebabkan batuk,
selesema,mata berair dan asma.Penyakit ini disebabkan pencemaran udara seperti
peningkatan jerebu dan habuk di udara .Udara yang tercemar mengandungi partikel
terampai yang boleh menjejaskan pernafasan, terutamanya kepada mereka yang
alahan. Lazimnya, apabila berlaku jerebu atau wujud masalah debu dan habuk yang
keterlaluan di sesuatu kawasan , jumlah penduduknya yang diserang penyakit
pernafasan akan bertambah ,malah bagi kes yang serius, terdapat pesakit asma
yang meninggal dunia.
Masalah
jerebu juga boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas dengan teruk.Tanaman
tidak dapat tumbuh dengan subur kerana cuaca terjejas.Pokok tidak dapat
menjalani proses fotosintesis seperti biasa kerana pancaran cahaya matahari
tidak sampai ke permukaan bumi, dan dengan itu tumbuhan kekurangan cahaya.
Jerebu diburukkan lagi oleh ketiadaan hujan.dan cuaca yang lembap membantutkan
pertumbuhan tanaman dan seterusnya menurunkan kualiti pengeluaran. Dari segi
pertanian pula, hutan ditebang dan dibersihkan untuk membuka ladang. Tindakan
ini boleh menyebabkan pencemaran alam dan seterusnya membawa kesan buruk kepada
manusia dan persekitaran.
Langkah-langkah
untuk Mengatasinya
Langkah yang
paling berkesan ialah penguatkuasaan undang-undang pembakaran
terbuka.pengharaman pembakaran terbuka didalam negeri boleh memberhentikan
kegiatan membakar bagi menambah kepada masalah pencemaran udara teruamanya bagi
kawasan- kawasan setempat berlakunya kebakaran. Penguatkuasaan undang-undang
tersebut akan menunjukan bahawa kerajaan mengambil berat terhadap masalah
pencemaran yang dihadapi. Langkah seterusnya ialah mengurangkan penggunaan
sumber tenaga daripada bahan api fosil, misalnya petroleum dan arang batu.
Penggunaan bahan api fosil, terutamanya minyak diesel sebagai sumber tenaga
boleh menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Keadaan ini disebabkan
pembakarannya yang sempurna semasa proses penjanaan tenaga.
Kesimpulan
Sebahagian
besar masalah jerebu di negara kita berpunca daripada kegiatan penduduk negara
jiran.Kerjasama erat antara negara yang terlibat mesti diwujudkan untuk
mengatasi masalah ini. Sebagai masyarakat yang penyayang, kita perlu
berkerjasama untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran.Kebersihan amat
tinggi nilainya dalam kehidupan kita. Aktivit yang boleh menyebabkan pencemaran
udara haus dielakkan. Selain kerajaan setiap individu perlu mengelak daripada
melakukan pembakaran terbuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan