peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Selasa, 26 Jun 2012

PERMAINAN TRADISIONAL


Pendahuluan
- Permainan tradisonal merupakan satu warisan masyarakat melayu lama / tradisonal
Permainan ini menjadi lambang kehidupan masyarakat tradisional yang penuh
dengan keunikan serta keindahan – Warisan ini semakin dilupakan oleh generasi
muda yang asyik dengan pemodenan.
A. Kepentingan
1- Mengeaklakan kebudayaan
- permainan tradisional menunjukkan sesuatu kebudayaan
- contoh permainan wau, gasing, congkak, sepak raga menunjukkan kebudayaan
melayu
- warisan budaya dapat diteruskan - menjadi cermin identity bangsa
2- Tarikan Pelancong
- satu unsur tmabhan yang berjaya menarik minat masyarakat luar luar
- pengalaman bermain permainan tradisional oleh pelancong asing
- satu cara menarik dan berkesan promosi pelancongan negara
3- Menyihatkan tubuh badan
- ada permainan tradisional libatkan aktiviti bersenam contoh sepak raga, galah
panjang – pergerakan yang cergas dan aktif untuk fifizikal badan
- menjana minda / pemikiran untuk sesuatu permainan seperti batu seremban
4- Mewujudkan semangat perpaduan
- mewujudkan hubungan masyarakat yang lebih akrab tanpa mengira kaum
- membentuk persefahaman dan setiakawan dalam melaksanakan sesuatu permainan
5- Mengelakkan gejala sosial
- penggunaan masa lapang yang lebih bijak dan be***edah serta terancang – ini
terbentuk melalui aktiviti sihat yang terdapat dalam permainan contoh wau / layang-laying,
B. Punca dilupakan
1- Arus pemodenan teknologi
- lebih mementingkan aktiviti mengejar kebendaan dan kemewahan
- perkembangan teknolgi maklumat ( ICT ) yang lebih menyeronokkan
2- Kurang nilai kormesial
- tanggapan generasi muda permainan ini tidak mendatangkan hasil yang lumayan
dan tiada nilai komersial seperti perinan badminton bola sepak
3- Persaingan daripada permainan lain
- Kegemaran generasi muda lebih cenderung kepada permainan masa kini dan
moden seperti tennis, badminton, skuasy, permainan video dan sebagainya
4- Kurang pendedahan dan diperluaskann
- Permainan tradisional kurang diperkenallkan di semua peringkat sama ada di
sekolah atau badan-badan swasta / pertubuhan
- Permainan ini dianggap bukan menjadi agenda penting sesebuah badan sukan
- Permainan ini kurang atau tidak popular hanya melibatkan negara tertentu sahaja.
- Jarang diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi seperti sukan bertaraf dunia
atau antarabangsa.

Tiada ulasan: