peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Selasa, 26 Jun 2012

kepentingan ilmu sain dan teknologi sangat penting kepada sukan negara kita


sukan

4. Sukan nemainkan peranan yang penting dalam sesebuah negara dan kegiatan sukan merupakan alat yang paling berkesan untuk membina kesihatan tubuh badan. Bincangkan kepentingan sains dan teknologi dalam meningkatkan mutu sukan negara.

Bil Idea Huraian
1 Teknik Iatihan sukan yang saintifik dan sistematik Penyelidikan untuk memajukan kaedah-kaedah sukan yang saintifik dan berkesan dengan bantuan komputer.
Pengetahuan dalam bio mekanik - kajian struktur dan sistem biologi serta daya dan gerakan tubuh badan.
Penggunaan prinsip-prinsip mekanik seperti imbangan . dalam jimnastik , luncuran , lompat tinggi atau jauh.
Peralatan Sains untuk bantu buat Iatihan dengan berkesan seperti mengikut rentak rakaman video.
2 Peralatan sukan yang sesuai Peralatan yang sesuai mengikut peringkat umur dan jantina.
Kemajuan komputer membantu pembuatan alatan sukan yang berpandukan hukum fizik dan matematik seperti lembing bersifat aerodinamik.
Penciptaan pakaian berasaskan prinsip Fizik boleh menghasilkan pakaian berintangan udara rendah dan pengaruh graviti yang minimum.
_ Kasut direka untuk mengimbangi dan mengawal pergerakan kaki agar tidak cedera.
3 Sains Pemakanan Pengambilan diet yang betul dan seimbang - melancarkan sistem tubuh badan dan hasil tenaga yang berterusan serta membantu memulihkan tenaga.
Analisis komposisi zat membolehkan pakar-pakar diet menentukan kuantiti zat dan mencadangkan sarapan yang terbaik untuk meningkatkan prestasi sukan.
4 Kemajuan sains perubatan Menjaga kesihatan para atlit supaya bebas daripada penyakit khususnya ketika sesuatu pertandingan diadakan.
Mengesan sebarang kecederaan serta memberi rawatan.
Ujian perubatan seperti Ujian elektrodiagram dan Ujian Kardiovaskular sebelum menjalani aktiviti sukan untuk menghindarkan ahli sukan daripada cedera atau mati.
Kemajuan dalam bidang pencerakinan dadah penting untuk menjamin kecemerlangan tulen ahli sukan seperti steroid anabolik, ubat penghilang sakit dan diuretik
5 Kemajuan teknologi maklumat/telekomunikasi Membolehkan teknik-teknik sukan yang lebih baik dapat dipelajari.
Membolehkan siaran langsung sesuatu acara sukan ke seluruh pelusuk dunia.
Kutipan daripada yuran iklan membolehkan penganjur sukan menawarkan pendapatan lumayan kepada ahli sukan yang berjaya. Ini akan meningkatkan prestasi ahli sukan

Tiada ulasan: