peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Khamis, 28 Jun 2012

EXPLORE & PIDATO

 SUDAH LAMA PERTANDINGAN INI BERLALU DAN BARU SEKARANG AKU NAK UPLOD MASUK DALAM BLOG AKU MEMANG SYOK BILA TENGOK DEPA LARI DAN BERPIDATO BERSAMA KAWAN2 AKU MEMANG BEST SAJA......... 

 INIPULA HADIAH YANG KAWAN2 AKU DAPAT MACAM TAK SANGKA SEMUA INI DAN MEMANG BAGUS LAH


 INI PULA PARA PENJAGA DAN PARA PENYEDIA MAKANAN HAHHAHA MEMANG LETIH KUT DARI PAGI HINGGA KE PETANG........




❤❦❦AKU DIA DAN KAMU❦❦❤

aku:kenapa kamu hanya tahu berkata2 kepada aku sedangkan dia,kamu sangat menyayangi dia
dia:kamu,dia ingin keluar jalan2.
kamu:it so kay fine make sure dia hati-hati
aku hanya mengeluh dalam hati merana tanggung sendiri dan aku pasti yang kamu lebih sayang kan dia itu memang tak dapat di nafikan....

kemana saja dia mahu pergi kamu membenarkan saja apa salah dia kamu tidak nampak apa salah aku kamu nampak pula dan aku sudah rasa tidak sanggup menagis dalam hati sedangkan dia bhagia dengan apa yg kamu beri,

selama aku hidup bersama kamu dan dia aku hanya merasa kemanisan kegembiraan hanya sementara setelah pergaduhan tercetus kamu menyalahkan aku semua aku apakah aku tidak berguna pada kamu dan dia tidak mengapa hanya sedikit langkah saja lagi aku akan pergi dan tidk akan menoleh kerna kamu dan dia tidak akan perduli walaupun aku ada kamu dan dia tidak akn perduli lebih baek aku undur diri agar kamu dan dia dapat kecapi kebahagian antara satu sama lain

AKU,DIA DAN KAMU

PUNCA PENGANGGURAN SISWAZAH




Soalan :
Kadar pengangguran dalam kalangan siswazah di negara kita semakin meningkat. Ada pihak yang menyatakan bahawa salah satu punca pengangguran itu ialah sikap suka memilih pekerjaan. Bahaskan pernyataan tersebut.

Pendahuluan:

- Kadar pengangguran dalam kalangan siswazah semakin meningkat dan membimbangkan.
- ramai siswazah gagal mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.
- Orang yang tidak berpendidikan tinggi lebih senang mendapat pekerjaan berbanding dengan siswazah.
- Salah satu puncanya ialah sikap suka memilih pekerjaan.

Isi Pertama:

AT: - Antara sebab siswazah suka memilih ialah fikiran mereka yang mementingkan gaji yang lumayan.
AH: - Siswazah mengidamkan gaji yang lumayan kerana tahap pendidikan mereka yang tinggi.
AC: - Tahap pendidikan yang tinggi berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai kelulusan.
AP: - Siswazah sukar mendapatkan pekerjaan kerana sikap mereka yang mementingkan gaji yang lumayan.

Isi Kedua:

AT: - Suka memilih pekerjaan mengikut imej mereka.
AH: - Tidak melakukan pekerjaan yang berstatus rendah.
AC: - bekerja sebagai jurujual atau penyelia.
AP: - Sikap memilih pekerjaan yang sesuai menyebabkan mereka sukar mendapatkan pekerjaan.

Isi ketiga:

AT: - Memilih pekerjaan yang baik dan selesa.
AH: - Sukakan pekerjaan yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi.
AC: - Inginkan tempat kerja yang mempunyai penyaman udara.
AP: - siswazah Sukar mendapat pekerjaan kerana sikap memilih tempat kerja.

Isi Keempat:

 AT: - Suka memilih pekerjaan yang tidak menggunakan tenaga.
AH: - Suka bekerja sebagai pegawai yang tidak memerlukan penggunaan tenaga.
AC: - Mereka tidak suka bekerja sebagai jurujual atau penyelia.
AP: - Hal ini telah menyukarkan siswazah untuk mendapatkan pekerjaan.

Isi Kelima:

AT: - Ingin mendapatkan pekerjaan yang berjawatan tinggi.
AH: - Siswazah suka bekerja sebagai orang yang berjawatan tinggi dan bukannya bekerja bermula dari peringkat bawahan.
AC: - mereka ingin terus mendapatkan jawatan tinggi dan tidak ingin bekerja sebagai pekerja peringkat bawahan.
AP: - Sikap ini menyebabakan masih ramai siswazah menganggur di Malaysia.

Penutup:

- Siswazah perlulah mengubah sikap mereka yang sedemikian agar mereka lebih senang mendapat pekerjaan
- Sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.


TANAH RUNTUH


PENGENALAN
Tanah runtuh merupakan antara fenomena bencana alam yang sering mendapat perhatian umum pada masa kini di negara kita, Malaysia.Kebiasaannya, tanah runtuh berlaku secara semulajadi.Selain itu, tanah runtuh juga terjadi akibat daripada aktiviti manusia sendiri.Tanah runtuh melibatkan proses gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil.Ianya berlaku dengan pantas atau perlahan oleh tarikan graviti.Pergerakannya boleh disertai dengan agen pembawa seperti aliran air ataupun tidak.Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh perbuatan manusia adalah seperti penarahan kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti pembangunan lain.Jatuhan batuan atau debris, gelongsoran batuan atau debris, aliran debris atau lumpur dan gelinciran ais (avalanches) merupakan klasifikasi secara asas bagi pergerakan runtuhan tanah.Debris atau puing merupakan bahan batuan yang bercampur tanah.Bahan-bahan ini juga dipercayai akan mengalami kegagalan disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh mencapai jumlah yang besar sehingga 1,000,000 meter padu dan boleh mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada kawasan sekitarnya.Kawasan bertopografi cerun biasanya lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh akibat ketidakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landai dan rata.

Jenis-jenis Tanah Runtuh Akibat Kegagalan Cerun Batuan
Rajah 1: Jatuhan batuan dan blok batuan
Rajah 2: Keterbalikan (topple)
Rajah 3: (D) Jatuhan Batuan, (E) Topple
Rajah 4: Jatuhan Debris
Rajah 5: Kegagalan Baji
Tanda-tanda Akan Berlakunya Tanah Runtuh

Terdapat beberapa tanda sebelum berlakunya tanah runtuh.Antaranya ialah penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terjadi.Seterusnya akan ada retakan baru serta pembengkalan tanah, jalan atau kaki lima.Lantai konkrit akan mengalami retakan yang ketara dan mendadak.Paip air juga akan mengalami kebocoran dan pecah.Selain itu, pintu serta tingkap rumah juga tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa.

Faktor Ringkas
Punca berlakunya tanah runtuh boleh disebabkan oeh beberapa faktor ringkas.Tanah runtuh berlaku apabila kandungan air menjadi tinggi yang akan menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya.Ini akan menyebabkan tanah menjadi lembap dan mudah bergerak seterusnya mengalir ke tempat lain sehingga cerun menjadi tidak stabil.Seterusnya, letusan gunung berapi akan menghasilkan mendakan piroklas, hujan lebat, dan aliran lumpur dengan banyak yang boleh memasuki sungai-sungai atau tasik.Apabila berlakunya gempa bumi, ia akan menyebabkan gegaran yang boleh mengakibatkan struktur cerun menjadi lemah untuk mengalami runtuhan atau pergerakan sesar (discontinuity) yang akan menjadi lebih aktif.Penebangan pokok juga boleh meyebabkan tanah runtuh berlaku.Aktiviti ini mempunyai risiko berlakunya hakisan tanah yang lebih teruk pada cerun.Selain daripada faktor diatas, tanah runtuh juga berlaku disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti faktor alam dan faktor manusia.

Faktor Alam
Faktor alam yang boleh dibincangkan ialah geomorfologi. Penimbusan tanah yang banyak ke sesuatu kawasan akan mengubah geomorfologi kawasan tersebut. Geomorfologi terjadi apabila ada gelongsoran dimana satu cerun yang curam di atas satu permukaan yang mempunyai kekuatan bahannya rendah.Contohnya, kejadian di Rockland yang berlaku akibat kegagalan yang berada pada dasar satu cerun yang agak curam di mana tekanan tidak dapat menyokong berat bahan. Jenis dan ketebalan bahan juga merupakan salah satu faktor alam.Faktor alam yang seterusnya ialah pemendakan yang memainkan peranan signify dalam permulaan bagi tanah runtuh. Pemendakan akan bertambah pada musim sejuk kerana kekuatan tanah berkurang akibat air berlebihan. Air berlebihan boleh menyebabkan pertambahan beban pada bahan dalam sistem disamping tekanan liang juga akan bertambah dengan pengurangan kekuatan bahan. Hal ini akan mengakibatkan kegagalan cerun berlaku.

Faktor Manusia
Faktor manusia pula ialah pengubahsuaian cerun atau oversteeping yang biasanya berlaku di jalanraya, pembinaan kejuruteraan dan pembinaan landskap. Puncak cerun overloading juga merupakan faktor manusia dimana berat isi dan struktur-struktur bahagian atas satu cerun diletakan bagi bahan-bahan dibawah.Sekiranya muatan bertambah lagi boleh mengakibatkan gelongsoran. Pemindahan tumbuh-tumbuhan yang kerap akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

Kesan Tanah Runtuh
Tanah runtuh merupakan satu malapetaka yang member impak yang berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.Antara kesan sosial yang dapat dihuraikan adalah kehilangan nyawa. Apabila berlakunya tanah runtuh, banyak nyawa akan terkorban.Contohnya, tragedi tanah runtuh yang menyayat hati di Highland Tower, Ulu Kelang pada 11 Disember 1993 yang telah meragut 48 nyawa dan ramai yang cedera.
Rajah : Tragedi Tanah Runtuh di Highland Tower
Tanah runtuh juga akan menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti harta benda akibat daripada daya aliran tanah atau lumpur. Ekonomi negara juga akan merosot akibat daripada kejadian ini. Kos yang banyak diperlukan bagi proses membaik pulih kerosakan akibat tanah runtuh.Bencana tanah runtuh juga akan menyebabkan perubahan landskap yang amat ketara pada permukaan bumi. Kawasan tanah tinggi berkemungkinan menjadi rata akibat timbunan tanah dan lumpur daripada bencana tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh juga sedikit sebanyak mengganggu emosi mangsa. Mangsa akan sentiasa berada dalam ketakutan. Mangsa juga terutamanya mangsa kanak-kanak akan terbelenggu dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga.

KESIMPULAN
Tuntasnya, bencana ini merupakan petanda semulajadi ekoran daripada perubahan ekologi atau ekosistem alam. Pelbagai faktor telah menyebabkan berlakunya perubahan ekologi secara mendadak sehingga meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Tidak dinafikan kejadian tanah runtuh adalah secara semulajadi, namun begitu, langkah-langkah bersedia menghadapi bencana ini haruslah dititikberatkan.Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah mengamalkan amalan ‘sediakan payung sebelum hujan’ bagi mengelakkan lagi banyak nyawa terkorban. Semua pihak haruslah berganding bahu memberi bantuan kecemasan kepada pihak yang memerlukannya bagi meringankan kesengsaraan mereka.



KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

Pengenalan
Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat  untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai  murni kemanusiaan serta agama.
Pengertian masalah sosial remaja
Secara umumnya masalah sosial  merangkumi berbagai perlakuan  negatif anggota  masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan  dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus  bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan  seorang kanak-kanak adalah mereka yang  berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan  1952,  kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur  di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.
Statistik Gejala Sosial Remaja
Di Malaysia,  remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.
Data dan statistik  banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut  Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan  bagi kesalahan jenayah harta benda  serta kekerasan. Daripada  jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17%  adalah remaja dan dalam kalangan  remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan  boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda.
Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992).
Jenayah yang dilakukan  oleh remaja  bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah  berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja  Cina dan 47 adalah remaja kaum India.
Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.
Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes).
Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah  yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.
Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius  dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan  remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja  yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989,  3763 kes pada tahun 1990  dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.
Satu lagi tabiat  remaja  yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran  mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian   di dua buah rumah pangsa  di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India  berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).
Punca Keruntuhan Akhlak
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat  dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga  keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang  mempunyai latar belakang yang baik.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak  yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan  hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa  dan anak kurang  mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah  ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya  juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan  wang saku  yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi  oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan  bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya  yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa  yang tidak mengambil berat  tentang kelakukan dan pergaulan anak  remaja  mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan  salah satu faktor keruntuhan akhlak.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.
Justeru, sebagai ibu bapa  dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya  menjalankan kewajipan dengan merancang  aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat,  pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.
2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku  para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan  melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut  dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan  mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja  ini. Berikut beberapa saranan:
1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa   hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role modelkepada anak.
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”
Kesimpulan
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

❤❦❦❦❤why selalu think about love and heart❤❦❦❦❤


Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple".Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
 Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!
Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

❀❀Bersihkan Hati, Tenangkan Jiwa❀❀

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134).


Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).



Rabu, 27 Jun 2012

WALL

Tahukah anda apa makna WALL?

Yup. . Ia bermakna DINDING. Lalu
kenapa dengan dinding?

Saya lanjutkan. .

Siapakah yang membuat FB? Mark
Zuckerberg seorang berbangsa
YAHUDI. Apa kaitannya WALL &
YAHUDI? Kaitan keduanya sangat erat.

DINDING RATAPAN.

Didinding itu mereka menangisi dosa-dosa
mereka,meluahkan harapan,ratapan
dan segalanya. Itulah tujuan mereka
membuat FB.

Dan tanpa kita sadari, kita lebih banyak
mengadu masalah diFB daripada
mengadu kepada ALLAH SWT, lebih
mengutamakan update status daripada
shalat dan dzikir kepada ALLAH SWT.

Hati-hatilah sahabat, bisa-bisa kita
nanti menjadi ''Tassyabuh'' atau
menyerupai kaum lain (Yahudi). Nabi
melarang dalam sabdanya:'' Barang
siapa menyerupai suatu kaum, maka ia
termasuk dalam golongannya."

Oleh karena itu, jangan jadikan WALL
FB sebagai tempat luahan perasaan
seperti mereka. Tapi jadikanlah ia
sebagai tempat membagi ilmu dan
nasehat kebaikan kepada umat Nabi
Muhammad SAW. Walaupun hanya
kepada 1 orang.

Jadikan Wall FB sebagai media untuk
menyebarkan dakwah.

Jika anda belum percaya silahkan buka
Google dan Search:'' Wailing Wall Of
Israel''.

Mari kita renungkan.

'' Sungguh kalian akan mengikuti
langkah2 orang2 sebelum kalian
sejengkal demi sejengkal dan sehasta
demi sehasta. Bahkan seandainya
mereka masuk lubang biawakpun
niscaya kalian ikut masuk pula
kedalamnya. Para sahabat
bertanya:'Siapakan mereka itu Ya
Rasulullah?'. Beliau menjawab:'' Ahli
Kitab (Nasrani & Yahudi). ! Siapa lagi
kalau bukan mereka? "
[HR. Imam Bukhari]

Jadi postkanlah kata2 hikmah/nasehat/
ayat Al-Quran, Hadits,Ulama terdahulu
tentang agama Islam.

Gunakan peluang Yahudi/Nasrani yang
akam merusak umat Islam dengan
membangunkan agama Islam melalui
platform mereka.

Ini ilmu baru. Yuk kita amalkan dan
dishare keteman yang lain.

Mari kita jalani kehidupan ini dengam
ilmu dan iman.

Semoga Allah Ridho....
(disadur dari fb: Pendidikan Quran Habiburahman)

Selasa, 26 Jun 2012

(¯`*•.¸♥♫ ♫ DENGGI ♫ ♥¸.•*´¯) ♥♥♥♥

Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran sungai.
Alam sekitar merupakan kurniaan Tuhan yang diamanahkan kepada kita untuk menjaganya kerana kita akan mewariskannya kepada generasi akan datang. Seharusnya, alam ini perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya, dijaga dengan teliti dan dilindungi daripada pencemaran. Namun, keadaan sekarang memperlihatkan bahawa manusia alpa dengan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia. Manusia lebih sibuk mengeksploitasi alam sekitaruntuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan tentang kesan akibatnya kepada alam sekitar. Antara yang teruk terjejas akibat perbuatan manusia ini adalah sungai. Jesteru, punca-punca yang menyebabkan pencemaran perlulah dikenal pasti dengan segera kerana adakah kita mahu menunggu sehingga sungai di negara sudah teruk tercemar barulah kita hendak mengambil tindakan, seperti kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah?
Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Sampah sarap dan sisa buangan domestik yang dibuang ke dalam sungai memberikan kesan yang buruk kepada sungai. Hal ini kerana, pembuangan sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi plastik-plastik sampah dan bahan-bahan terbuang yang terapung pada permukaan air. Selain itu, warna sungai akan bertukar daripada jernih kepada kehitam-hitaman atau kehijau-hijauan. Sebagai contoh, di negara kita sendiri, jika kita lihat sungai-sungai di kawasan bandar mahupun di kawsan kampung, keadaan sungai adalah keruh dan sisa-sisa sampah boleh dilihat terampai di permukaan sungai. Kesannya, hidupan akuatikakan musnah dan sumber air manusia akan tercemar serta menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menyumbangkan kepada pencemaran sungai.
Selain itu, pembuangan sisa dari kilang-kilang juga menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai pada kebiasaannya akan mengalirkan sisa-sisa daripada kilang mereka ke dalam sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa tersebut. Apabila sisa ini dialirkan ke sungai, pengusaha kilang dapat menjimatkan kos bagi pelupusan sisa tersebut. Kesannya, sungai akan dicemari dengan sisa-sisa toksik dan bahan-bahan kimia yang merendahkan kualiti airdan sungai menjadi tidak sesuai untuk didiami hidupan-hidupan akuatik. Jesteru, pengaliran sisa dari kilang memberikan kesan
buruk kepada sungai.
Punca lain yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai ialah kegiatan pembalakan. Apabila pokok-pokok ditebang, tanah akan terdedah kepada hakisan daripada air hujan kerana pokok-pokok tidak lagi menaungi tanah daripada hakisan terus daripada air hujan. Tanah yang terhakis akan mengalir ke sungai dan sungai menjadi lebih cetek kesan mendapan tanah tersebut. Selain itu, ranting-ranting pokok dan kayu-kayu yang dibuang ke dalam sungai juga akan menyebabkan sungai-sungai tersekat. Kesannya, fenomena seperti banjir kilat boleh berlaku dan kualiti air untuk tujuan domestik akan menurun berikutan adanya mendapan yang banyak di dalam air sungai.Oleh itu, kegiatan pembalakan dapat memberikan kesan buruk kepada sungai.
Kesimpulannya, punca-punca yang menyebabkan pencemaran sungai ini perlulah diteliti dengan lebih mendalam supaya usaha-usaha menangani masalah pencemaran ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Pihak kerajaan seharusnya menjalankan langkah yang lebih proaktif dengan mengadakan lebih banyak kempen kesedaran tentang pentingnya menjaga sungai, mengenakan denda yang lebih tinggi kepada pihak-pihak yang melakukan pencemaran sungai serta mengadakan pemantauan yang lebih kerap terhadap tahap kualiti air sungai di negara kita. Diharapkan, pencemaran sungai dapat diatasi dengan segera agar generasi akan datang dapat menikmati alam sekitar yang kita wariskan kepada mereka tanpa sebarang masalah.

ALLAH AKAN BERSAMA ORANG YANG BENAR


Jika dahulu tempat itu diletak
gambar Presiden Husni Mubarak,
namun selepas revolusi, ia
diletakkan dengan kalimah yang
Maha Agung Allah semulia-mulia
nama.

ISU PEMANASAN GLOBAL


PENGENALAN
Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu malam. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja.Antara intipati perbualan Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, ketua Jabatan Geografi, Universiti Malaya dengan Bernama pada 31 Mei 2007. Dalam wawancara tersebut, Prof Azizan membincangkan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun 2007 yang bertemakan “Perubahan Iklim.” Sebagai profesor meteorologi dan mengajar bidang alam sekitar, bicara Prof Azizan dibayangi rasa penuh kebimbangan.Terdapat beberapa faktor yang menyumbangkan berlakunya pemanasan global dan beberapa kesan kepada manusia dan alam sekitar.(122M)
ISI-ISI:
FAKTOR 1:

PERINDUSTRIAN
Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.


FAKTOR 2:
PENGANGKUTAN
Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida.
FAKTOR 3:
PEMBAKARAN HUTAN
Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global.Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global.Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida.
FAKTOR 4:
PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan.Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa.
FAKTOR LAIN:
LETUSAN GUNUNG BERAPI
Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.

KESAN-KESAN;
1.     Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.
2.     Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.
3.     Kekeringan sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering memudahkan terbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai. Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.
4.     Selain itu, pemanasan global turut menjejaskan kesihatan manusia.Keadaan suhu bumi yang semakin meningkat akan mengakibatkanketidakselesaan manusia. Malahan, fenomena ini turut mengakibatkanpelbagai penyakit seperti kerosakan kanta mata, kanser kulit, malahan berlakumutasi dalam sistem kromosom manusia. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila manusia menghadapi Sindrom Down dan Sindrom Turner akibatdaripada mutasi kromosom. Tegasnya, pemanasan global akan menjejaskankesihatan manusia.


Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di Negara Kita


Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi  sehingga mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana.  Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada tanya selera.  Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, “di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh.”
Sesungguhnya,  Kempen Cintai Permainan Tradisional  merupakan salah satu alternatif yang ampuh untuk mengembang  permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan  Kebudayaan dan Kesenian Negara  secara besar-besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari  dan rencana untuk memperkenalkan permainan tradisional  di negara kita, seperti  wau, gasing, congkak dan lain-lain.  Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain,  pihak media perlu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara.  Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti  peraduan karang-mengarang,  pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.”  Lantarannya golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut  dan berminat terhadap permainan tradisional kita.
Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional.  Berpaksikan kelab permainan tradisional, pelajar boleh  diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain lagi.  Setelah disuntik ilmu itu, pelajar  akan berminat  untuk melibati permainan tradisional tersebut.  Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar  secara langsung dalam permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu  sahaja. Bak kata peribahasa, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan tekanan  sebagai kegiatan riadah.
Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita.  Hal ini demikian kerana sebagai  fitrah,  manusia  memang suka bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa.  Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat  permainan tersebut dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, “menyelam sambil minum air”.
Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa, “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”