Sejak2 tersebar satu artikel tentang bersanggul yang dikatakan haram itu, ia semacam menjadi satu topik hot pula sekarang.
Betulkah sanggul itu yang dimaksudkan oleh Rasululullah SAW dalam hadis ni:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.
(HR Muslim).

Hadis ni memang famous sebenarnya, tapi sebelum keluar topik tentang sanggul Arab, tak ada orang kisah pun apa dia bonggol unta tu.
Masa sekolah dulu kami ada bertanya ustaz, jawapannya ialah keadaan seorang wanita yang suka melenggok2 badan bila berjalan, dan diumpamakan sebagai bonggol unta.
Sebenarnya bersanggul tinggi, tocang tinggi atau hiasan rambut yang tinggi ni bukan benda baru. Dah lama sebenanrnya, even dah lama sangat. Dalam masyarakat kita pun dah lama orang bersanggul tinggi.
1) USTAZ ZAHARUDDIN:
‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini
—- beliau menyebutkan tentang dandanan rambut yang pelbagai bentuk. tiada dinyatakan tentang sanggul di dalam tudung.
2) USTAZ NORAMIN
Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.
— beliau berkata sanggul tinggi adalah harus tetapi jika menjadi fitnah (menjadi daya tarikan bukan mahram) maka dia menjadi haram.
3) BULUH (KREW I LUV ISLAM DOT COM)
Saya kira inilah hadis (di atas) yang dimaksudkan itu. Sepertimana yang telah dijelaskan oleh beberapa ahli iLuvislam dalam thread ini, maksud hadis seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga. Mereka yang tidak menutup aurat ini selalunya bersanggul tinggi untuk manarik perhatian lelaki dengan keadaan sanggul mereka itu.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya dan juga tidak manafikan maksudnya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya serta keadaan sanggul tersebut yang tidak tinggi dan keterlaluan sehingga menarik perhatian lelaki.
— beliau berkata sanggul yang dimaksudkan ialah sanggul mereka yang tidak menutup kepala. bagi yang bertudung boleh bersanggul tapi tidak boleh tinggi2 keterlaluan.
4) USTAZ HASRIZAL
“Saya sudah menutup aurat!” kata seorang perempuan yang bertudung.

Beliau terlepas pandang, tudungnya memang bertudung tetapi solekan di bibir dan kelopak matanya sangat keterlaluan, di dalam tudungnya ada bonggol sanggul yang sengaja ditolak ke atas meninggikan kepala, kakinya memakai rantai berloceng, hingga setiap inci tubuhnya menarik perhatian untuk dilihat dan direnung, biar pun beliau itu bertudung.
— menurut beliau sanggul yang dimaksudkan ialah sanggul tinggi di dalam tudung.
5) UMMU HUSNA (ISTERI UZAR)
Jujurnya, rambut wanita yang disifatkan oleh Junjungan Mulia itu sebagai sebesar punuk unta atau bonggol unta sedang berlaku secara meluas dan digayakan tanpa rasa bersalah. Segalanya bermula dari daya tarik inginkan kecantikan yang ada pada wanita yang mengenakan trend tersebut dalam berpakaian ketika mereka keluar bergelandangan di dalam masyarakat. Walaupun telah mengenakan tutup kepala, tetapi hakikatnya mereka masih ingin mempamerkan keindahan dengan meninggikan ikatan sanggul di kepala. Dikatakan, gaya sedemikian dapat menjadikan pemakainya kelihatan lebih seksi dan menawan.

Lebih malang, bagi wanita yang tidak memiliki rambut panjang, mereka sanggup membeli sanggul tiruan untuk turut serta memeriahkan gaya terkini lagi ranggi itu. Tanpa sedar, dua kesalahan telah mereka lakukan. Dosa memakai rambut palsu, walaupun tersorok di sebalik tudung yang dikenakan; dan kedua, dosa bertabarruj ( berhias dan mempamer kecantikan serta keindahan pada wajah dan tubuh badan kepada yang bukan muhrim ) yang amat dilarang.
— beliau memaksudkan sanggul itu untuk mana2 sanggul tinggi di dalam tudung samada palsu atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan