peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Selasa, 16 April 2013

misteri hidup selepas mati

  Manusia yang telah disahkan mati biasanya tidak boleh hidup semula. Tetapi dalam beberapa kejadian, mereka yang telah mati selama beberapa minit didapati hidup semula. Kejajadian ini jarang berlaku dan dianggap sebagai suatu kejaiban dalam dunia perubatan. Apabila jantung seseorang didapati berhenti atau tiada lagi denyutan nadi maka seseorang itu akan disahkan telah meninggal dunia.



      
                                                              TUNGGU SEBENTAR!!!!!!!!!
 Walau bagaimanapun, pandangan ini dibantah oleh sesetengah daripada kalangan mereka yang menuntut supaya difinisi dan takrif mati dinilai semula. Mereka mahu seorang diisytiharkan mati apabila otaknya sudah tidak berfungsi lagi biarpun jantungnya masih lagi bergerak dan bekerja. Kebiasaan orang yang mengalami kejadian mati sementara ini menghidap beberapa jenis penyakit antarannya termasuklah jamtung dan asma serta terlibat dalam kemalangan jalan raya dan malapetaka yang menyebabkan jantungnya berhenti berdenyut. Yang peliknya,  mereka yang disahkan mati kerana jantungnya sudah berhenti berdenyut didapati hidup semula kira-kira 10 hingga 20 minit  kemudian apabila jantungnya kembali bergerak seperti biasa. Dalam beberapa kejadian lain pula, terdapat mereka yang mati akanmeronta-ronta di bilik mayat dan bangun semula sewaktu bedah siasat hendak dilakukan ke atas jenazahnya. Kejadian mayat bangun semula di bilik mayat sebenarnya bukan merupakan suatu perkara yang aneh. Hal ini kerana selepas seseorang mati, tubuhnya akan kehilangan haba dan menjadi sejuk. Sekiranya mayat itu disimpan dalam bilik sejuk dalam suhu yang rendah, otot-otot si mati akan mengecut dan manarik lantas menyebabkan mayat itu kelihatan bergerak-gerak. Rentapan otot yang kuat boleh menyebabkan mayat itu bangkit semula seolah-olah baru bangun dari tidur. Namun begitu, kejadian hidup sesudah mati masih tidak mempunyai huraian secara saintifik khususnya daripada sudut sains dan perubatan.
       Mereka yang hidup semula bukan sahaja dapat mengingati pengalaman kematian mereka tetapi juga dapat menceritakan sepenuhnya apa-apa yang berlaku kepada dirinya. Kebanyakan mereka mengatakan telah berjumpa dengan sanak-saudara yang sudah lama meninggal dunia, melihat cahaya yang terang benderang, dan masuk ke dalam terowong besar yang gelap. Mereka mendapati diri mereka terapung-apung di ruang udara seolah-olah ada jurang yang memisahkan mereka dengan dunia yang nyata. Tetapi rata-ratanya telah melalui satu proses kematian yang hampir sama yakni roh keluar daripada badan.kemudian terdengar ahli keluarga, saudara-mara dan mereka yang berada di sisi mereka menangis. Terdapat pula yang melihat doktor dan jrurawat cuba menyelamatkannya. Mereka boleh mendengar suara orang yang masih hidup tetapi tidak dapat didengar oleh keluarga, rakan-rakan dan doktornya. Dr. Kenneth Ring dalam bukunya'Life at Death' dan 'Life After Death' telah mengemukakan beberapa kes dan pengalaman yang dialami oleh mereka yang pernah merasai detik-detik kematian.
     Seorang yang telah disoal-selidik oleh dr. Ring ialah Jonathan Curie dan mati dalam satu kemalangan jalan raya. Sepanjang tempoh 16 minit kematian, Jonathan merasakan rohnya keluar dari badannya yang tersidai di katil bilik kecemasan hospital. jonathan terasa terapung hingga ke bumbung bilik kecemasan dan dapat melihat apa-apa yang sedang dilakukan oleh doktor terhadap jasadnya. kemudian beliau memasuki satu terowong yang sungguh gelap dan secara tiba-tiba muncul pula cahaya yang terang-benderang seperti matahari tetapi tidak menyakitkan mata. Tidak berapa lama, beliau terdengar suara menyebut namanya tetapi beliau tidak pasti dari mana suara itu datang. Yang diketahui selepas itu ialah beliau hidup semula. Daripada kaji selidik yang dilakukan oleh Dr. Ring terhadap 200 responden, beliau mendapati lebih separuh daripada mereka berbohong. Pengalaman 'mati' mereka hanya merupakan khayalan dan diciptanya sendiri. Hal ini kerana sesetengah gambaran mengenai alam roh yang diberikan oleh respondennya menyerupai gambaran yang pernah mereka lihat dalam lukisan, buku dan sebagainya. Jadi, lakaran mengenai alam kematian sukat untuk dipercayai apatah lagi untuk dibuktikan meskipun kita tidak menolak kebanyakan mereka pernah melalui pengalaman 'mati' yang bersifat sementara. Semasa mati, kemungkinan berlaku perubahan kimia pada bahagian otaknya yang menyebabkan mengimbas balik pengalaman dan  kejadian yang pernah dilaluinya atau apa-apa sahaja yang masih tersimpan di dalam memorinya. Para saintis dan pakar kaji jiwa masih mengkaji. Mungkin suatu hari nantiakan ada jawapan yang dapat menyelesaikan misteri yang menyelebungi kita selama ini.

Tiada ulasan: