peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Selasa, 16 April 2013

MISTERI DAN KEAJAIBAN PIRAMID






iramid merupakan salah satu daripada tujuh binaan ajaib terdapat di dunia. Walaupun dibina sejak 3000 tahun yang lalu tetapi piramid masih berada dalam keadaan yang baik dan kukuh. Binaan piramid sebenarnya merupakan satu kuburan bagi menempatkan mayat raja-raja Firaun yang pernah memerintah Mesir suatu ketika dahulu.        Mayat yang ditanamkan akan diawet supaya tidak reput dan tetap berada dalam keadaan yang asal. Penemuan mayat yang dikenali sebagai mumia telah menarik perhatian para arkeologi untuk mengkaji, meneroka dan menyelongkar apa-apa sahaja yang tersimpan di dalam piramid.        Para saintis dan jurutera merasa hairan bagaimanakah masyarakat kuno boleh membina sebuah binaan dengan menggunakan bongkah batu yang besar tanpa menggunakan sebarang peralatan yang moden. Sedangkan jentera dan peralatan yang ada pada masa kini tidak mampu membina sebuah bangunan yang menyerupai piramid. Beberapa teori telah dikemukakan untuk menjelaskan bagaimana piramid itu dibina. Teori pertama dinyatakan bahawa piramid dibina menggunakan tenaga empat kerat manusia dan peralatan yang serba ringkas. Sebab itulah pembinaan sebuah piramid mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk disiapkan dengan menelan korban ratusan ribu orang.       Teori ini masih tidak dapat menjelaskan bagaimanakah bongkah batu yang beratnya berpuluh-puluh tan itu disusun dan diangkat sehingga ke kemuncaknya. Yang jelas ialah para jurutera dan arkitek yan membina piramid memiliki kemahiran, kepakaran serta ilmu pengetahuan yang cukup tinggi di dalam bidang seni bina bangunan. Sekaligus membuktikan bahawa tamadun Mesir sudah mencapai kemajuan yang mendahului zamannya.       Ramai pengkaji masih tidak percaya bahawa piramid dapat dibina menggunakan teknologi yang mudah seperti kayu, besi, batu, dan tulang empat kerat. Justeru itu, mereka membuat satu hipotesis bahawa kemungkinan piramid itu dibina menggunakan bantuan makhluk asing atau juga dikenali sebagai UFO. Piramid yang dibina itu berperanan sebagai menara kawalan untuk pendaratan kapal-kapal angkasa UFO.



p/s:betul ke tidak itu tidak pastiiii????

Tiada ulasan: