PUNCA=PUNCA
Keracunan oleh bakteria
- Campylobacterosis disebabkan
oleh bakteria campylobacter jenis ini yang terdapat dalam ayam mentah,
daging dan susu tidak pasteur.
Tanda-tanda keracunan bermula 2-5 hari selepas makan. Selain dari tanda-tanda umum, pesakit akan mengalami demam dan najis mengandungi darah.
Toksin
- Cirit-birit yang dialami oleh
pengembara disebabkan oleh bakteria Escherichia coli atau E. coli yang
boleh menghasilkan toksin.
Penyakit ini berlaku kerana penyediaan makanan dan air tidak bersih. - Cereus disebabkan oleh bakteria
bacillus cereus.
Tanda-tanda umum dirasai di antara 1-18 jam selepas makan. Bagaimanapun, keracunan jenis ini tidak melebihi 24 jam. - Cholera disebabkan oleh
bakteria vibro cholera yang terdapat dalam ikan, kerang, kupang dan
jenis-jenis siput yang ditangkap di kawasan air yang tercemar.
Tanda-tanda bermula antara 1-3 hari selepas makan dan boleh bermula dengan cirit-birit ringan dan seterusnya maut akibat badan kehilangan air hasil daripada cirit-birit yang teruk. - Gastroenteritis disebabkan oleh
Yersinia enterocolitica, sejenis bakteria yang terdapat dalam daging, air,
sayuran mentah dan susu tidak pasteur.
Tanda-tanda bermula 2-5 hari selepas makan. Selain daripada tanda umum, demam dan kelesuan mungkin berlaku sama seperti demam selsema. Jika tidak dirawat pesakit boleh menjadi lebih teruk lagi. - Listeriosis kerana bakteria
Listeria monocytogenes.
Walaupun jarang berlaku ia boleh menyebabkan maut.
Tanda penyakit termasuklah kesejukan, keracunan darah dan kelahiran tidak cukup bulan bagi wanita mengandung. Dalam kes yang parah, penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan otak dan saraf tunjang. - Shigeliosis atau Disenteri
disebabkan oleh bakteria Shigella sp., tanda- tanda bermula dalam masa 1-7
jam selepas makan. Selain daripada tanda-tanda umum, darah, nanah atau
lendir boleh terdapat dalam najis.
- Salmonelosis. Keracunannya
disebabkan oleh bakteria Salmonella yang didapati dalam ayam. Tanda-tanda
umum dirasakan selepas 24-48 jam.
- Staphylococcus aureus sejenis
bakteria yang sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi. Keracunan jenis
ini sering berlaku.
Tandanya dirasai dalam jangkamasa 1-8 jam selepas makan, serta berlarutan sehingga 24-48 jam. Tanda-tandanya agak umum.
Keracunan berpunca dari virus
- Hepatitis A disebabkan oleh
virus yang terdapat dalam kerang dan siput- siput yang ditangkap di dalam
air yang dicemari oleh air kumbahan dan sayuran mentah yang tidak
dibersihkan dengan sempurna.
Tanda-tanda bermula dari 2-6 minggu selepas makan dan pesakit akan mengalami demam,lemah badan, tidak berselera dan jaundis. Bagi kes yang parah, kerosakan hati boleh berlaku dan membawa maut. - Norwalkvirus disebabkan oleh
virus Norwalk yang didapati dalam kerang dan siput-siput yang ditangkap di
kawasan yang dicemari najis manusia.
Keracunan berpunca akibat memakan siput-siput mentah dan dimasak tidak sempurna.
Keracunan berpunca dari protozoa
- Giardiasis disebabkan oleh
protozoa Giardia lamblia terdapat dalam saluran usus dan najis manusia.
Air kumbahan yang digunakan sebagai baja pada sayur dan penyedia makanan
tidak membersihkan tangan adalah punca berlaku keracunan ini.
- Amebiasis dikenali juga sebagai
disenteri amebik dan disebabkan oleh Entamoeba histolytica.
Puncanya adalah sama seperti keracunan protozoa Giardia lamblia.
Tanda-tanda keracunan ialah kawasan badan di sekitar hati dan usus besar menjadi lembut, cirit-birit, rasa berdebar, kehilangan berat dan lemah badan.
Punca-punca lain keracunan
Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh cendawan beracun atau buah dan
sayuran yang dicemari dengan racun serangga yang tinggi kepekatannya.
Toksin daripada kulat seperti aflatoksin yang terdapat pada bijirin juga
salah satu punca keracunan makanan.
LANGKAH=LANGKAH
MENGATASI
JENIS makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan
dihidangkan ialah daging, ayam dan telur.
Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan
keselamatan di dapur.
Peti sejuk mestilah kurang dari 4 darjah celsius atau 0 darjah celsius
untuk peti dinginbeku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh
bakteria, tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yang disimpan mestilah
dalam bekas yang ditutup atau dibungkus.
Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi
mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain.
Peralatan dapur seperti alatpemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum
penggunaan terutamanya alas pemotong daging.
Alas pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan
tidak meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup.
Sebai-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur-
sayuran.
Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.
Elakkan dari menggunakan telur retak yang berkemungkinan mangandungi
bakteria Salmonella. Bagaimanapun telur yang sempurna juga berkemungkinan
mengandungi salmonella.
Kerana salmonella mudah dihapuskan pada suhu tinggi, masak dengan sempurna
merupakann cara yang terbaik. Elakkan makan telur mentah dan separuh masak.
Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak
atau yang mentah. Ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar
berbanding makanan belum masak.
Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga keselamatan. Banyak makanan
seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya.
Makan makanan yang dimasak serta merta. Apabila makanan telah sejuk,
bakteria lebih mudah mencemarinya.
Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai.
Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.
Panaskan semula makanan dengan teliti.
Ini adalah cara yang paling baik untuk menjauhi daripada kuman yang mungkin
muncul semasa dalam simpanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan