peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Jumaat, 27 April 2012

ISU PEMANASAN GLOBAL


PENGENALAN
Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu malam. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja.Antara intipati perbualan Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, ketua Jabatan Geografi, Universiti Malaya dengan Bernama pada 31 Mei 2007. Dalam wawancara tersebut, Prof Azizan membincangkan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun 2007 yang bertemakan “Perubahan Iklim.” Sebagai profesor meteorologi dan mengajar bidang alam sekitar, bicara Prof Azizan dibayangi rasa penuh kebimbangan.Terdapat beberapa faktor yang menyumbangkan berlakunya pemanasan global dan beberapa kesan kepada manusia dan alam sekitar.(122M)
ISI-ISI:
FAKTOR 1:

PERINDUSTRIAN
Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.


FAKTOR 2:
PENGANGKUTAN
Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida.
FAKTOR 3:
PEMBAKARAN HUTAN
Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global.Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global.Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida.
FAKTOR 4:
PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan.Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa.
FAKTOR LAIN:
LETUSAN GUNUNG BERAPI
Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.










KESAN-KESAN;
1.     Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.
2.     Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.
3.     Kekeringan sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering memudahkan terbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai. Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.
4.     Selain itu, pemanasan global turut menjejaskan kesihatan manusia.Keadaan suhu bumi yang semakin meningkat akan mengakibatkanketidakselesaan manusia. Malahan, fenomena ini turut mengakibatkanpelbagai penyakit seperti kerosakan kanta mata, kanser kulit, malahan berlakumutasi dalam sistem kromosom manusia. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila manusia menghadapi Sindrom Down dan Sindrom Turner akibatdaripada mutasi kromosom. Tegasnya, pemanasan global akan menjejaskankesihatan manusia.


                           













Tiada ulasan: