Setelah Allah swt menciptakan manusia yang pertama iaitu Nabi Adam (as),
kalimah
pertama yang dilihat oleh Nabi Adam (as) adalah لا إله إلا الله محمد رسول الله, lalu Nabi
Adam (as) bertanya kepada Allah (swt) tentang siapakah ‘Muhammad‘ itu? Lantas
Allah (swt) menjawab beliau (Muhammad saw) adalah penutup segala nabi dan
rasul dan
paling mulia di antara mereka semua (rasul). Umat nabi saw juga diberi banyak
kemuliaan berbanding umat-umat yang lain.
Diceritakan bahawa Nabi Adam (as) berkata : Sesungguhnya Allah memberi 4 macam
kemuliaan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepadaku,
iaitu:
1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat
di mana-mana tempat
2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa, kemudian Allah menjadikanku
telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian , meskipun dia
derhaka kepada Allah dalam keadaan bertelanjang
3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki
gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat
dosa tidak dipisahkan dari isterinya
4. Aku berbuat kesalahan di syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia,
sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga, Allah tetap memasukkan
mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan