peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Khamis, 5 Julai 2012

singgahsana dajjal


Sahabat, dalam Hadis Nabi Saw melalui riwayat Tamim Ad-Daari yang berjumpa dajjal disebuah pulau, jelas menyatakan bahawa dajjal itu sudah ada di zaman Rasulullah saw dan hadis itu juga sudah jelas menunjukkan kepada kita bahawa dajjal itu seorang manusia.
Namun sahabat, hadis-hadis lain pula menunjukkan kepada kita bahawa dajjal yang dinyatakan itu bukanlah seorang manusia. Kerana jika ia seorang manusia, mana mungkin ia dapat menyesatkan manusia dengan begitu cepat dan sentiasa pula dia menyesatkan mereka dalam masa yang lama. Selain itu jika ia mempunyai mata satu dan bertulis kafir di dahinya, maka tentulah manusia akan lari.
Jadinya, tentulah hadis-hadis yang lain itu adalah hadis-hadis sampingan yang mahu mengajarkan kepada kita di mana dajjal itu berada dan dengan apa ia menyesatkan manusia.
Sebagaimana yang telah kita nyatakan dalam siri yang lalu, dajjal itu menggunakan TV (klik) untuk menyesatkan manusia, lalu pada kali ini kita nyatakan pula hadis yang menunjukan di mana Dajjal itu bersinggah sana.
قال النبى صلى الله عليه وسلم :....... احد عيناه كالعنبٌ و بين عيناه كتب (كفر)......أو كما قال
Rasulullah saw telah bersabda: …….. salah satu matanya seperti anggur dan di antara kedua matanya tertulis Kaf Fa Ra(كفر ( Au Kama Qal Rasulullah saw.
Imam Muslim juga telah meriwayatkan Hadis Ubaidullah Ibnu Umar Al Amiri di atas autoriti Nafi', di atas autoriti Ibnu Umar bahawa Rasulullah menyebutkan Dajjal di hadapan orang ramai bersabda: " Allah s.w.t tidak bermata satu, tetapi Dajjal Al- Masih buta sebelah kanan matanya dan matanya kelihatan seperti buah anggur yang terkeluar."
( Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim, ms. 2247-2248 dan Al Bukhari, Musnad Ahmad, 3439-7123).

Imam Muslim meriwayatkan sebahagian daripada hadis Syukbah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Tiada seorang nabi pun yang tidak memberi peringatan kepada umatnya daripada si pendusta bermata satu iaitu Dajjal Al- Masih. Ia adalah bermata satu manakala Tuhanmu tidak bermata satu. Perkataan " Kafir" (Kaf,fa,ra) tertulis di antara kedua matanya".
(Diriwayatkan juga di dalam Al-Bukhari (7131) dan Muslim(2933) menurut dari autoriti Syukbah,tetapi perkataanya adalah oleh Muslim. Sanad Hadis ini adalah sahih). 

Sahabat, lihatlah benua Amerika, di selatannya, bentuk Amerika Selatan seperti bentuk anggur. Kalaulah Hadis di atas menyatakan bentuk mata dajjal itu seperti anggur, maka cubalah anda fikirkan bagaimanakah lagi bentuk anggur yang paling betul. Adakah bulat dan bujur seperti telur, adalah seperti anggur kering iaitu kismis. Saya percaya tiada bentuk anggur lagi yang ada didunia melainkan bentuk anggur yang sama seperti Amerika selatan. Kalaulah bentuk telur dan bentuk kismis kita berikan pada orang, maka orang akan berkata lain terlebih dulu. Namun kalau kita hulurkan pula bentuk Amerika Selatan, maka semua akan mengatakan ianya berbentuk seperti anggur. Bentuk Amerika selatan memang berbentuk buah anggur yang tergantung atau menonjol keluar dan tergantung dari pokoknya.
Kemudian lihatlah diantara kedua, ‘ainnya yang boleh diertikan unit, ataupun jika ia boleh disebut mata, maka di antara kedua-dua buah bahagian Benua Amerika adalah sama seperti dua biji mata jika ia di pandang dari barat ke timur.
Selain itu jika tulisan kaf fa ra itu ditulis di dahi, maka tulisan itu akan disebut di dahi di dalam hadis, bukan di antara kedua mata. Namun jika di tulis di tengah-tengah mata pula iaitu di atas pangkal hidung, maka ia tidak akan nampak dari jarak jauh kerana terlalu kecil. Jadi tulisan ini lebih tepat lagi jika dia tertulis di atas unit-unit atau di atas kedua-dua mata tersebut sendiri.
Oleh itu tafsiran Dajjal yang disebut dalam hadis ini kepada orang adalah simbolik sahaja. Kerana dajjal yang disebut dalam hadis ini menunjukkan kita tempat di mana dajjal itu berada.
Sahabat, renungan ini bukanlah untuk membesar-besarkan US dan Israel, agar kita takut sehingga kita tidak mampu melawan mereka. Namun untuk menyatakan bahawa kita tidak boleh tidak boleh terlalu lengah untuk tidak berwaspada dengan mereka. Bahkan jika kita dapat melarikan diri sebelum mereka mendampingi kita, itulah yang terbaik. tetapi jika kita tidak mampu lari, maka apa boleh buat. Oleh itu jika ditaqdirkan kita berperang dengan mereka, maka ingatlah bahawa kita sedang berperang dengan dajjal. Dan ingatlah bahawa ketika ini bahawa sebahgian negara-negara Islam telah diperangi mereka. Sedangkan tiada satu negara lain yang ada didunia ini yang diperangi mereka ketika ini melainkan Islam sahaja.

Sahabat, sedarlah bahawa negara-negara bukan Islam yang mereka perangi sebelum ini sebenarnya hanyalah lakunan dan didalangi oleh mereka semata-mata. Kerana merekalah jua yang telah melatih tentera Jepun sebelumnya. Lalu mereka jualah yang mengebom bom Jepun. Dan Jepun menyerang Dunia walaupun mereka mungkin telah tahu bahawa US telah mempunyai bom atom.
Sahabat, semoga anda tidak akan membantah kata-kata ini, kerana saya takut jika anda membantahnya, maka anda adalah tergolong orang yang telah terfitnah oleh Dajjal ini.

Sahabat, mungkin Dajjal yang besar yang disebut dalam Hadis Tamim ad-Daari belum keluar. Dan mungkin ia akan keluar dalam masa yang terdekat ini. Namun walaupun ia belum keluar maka beramallah dengan amal soleh yang mantap sebagaimana yang anda pelajari. Dan rajin-rajinlah membaca surah al-Kahfi dan doa pelindung dari Dajjal. Semoga ianya akan menolong kita semua dari semua fitnah Dajjal. Amin.

Semoga bermanfaat, dan semoga Allah swt menerima segala amalan kita dan memaafkan segala kesalahan kita. Amin.

Tiada ulasan: