peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Ahad, 29 Julai 2012

my twin funny

hahahhaha aq mmpunyai twin mmg tak disangka sebab sifat kita owg sama walaupun tidak lahir dari perut yang sama....Myeico moon kita orang kenal rapat apa bila dia tag pic korea kat aq wah sejak tu kita orang kawan sedih gembira semua aku cter dekat dia walaupun aku dengan dia tidak kenal melalui face to face kami still chat komen2 gomen yg giler2.....seterusnya My brother twin...Akmal Sebudin dia merupakan kawan kepada Meyico Moon aku kenal dengan dia melalui komen Meyico Moon dia juga selalu tag Pic dekat aku adakalanya mereka juga berkongsi video dengan aku bila balik kedah.....aku rasa berteman tanpa melihat wajah lebih baek dari berteman melihat wajah kerna berteman tanpa melihat wajah akan ditipu mahupun tidak tengok pada sikap dia....berteman melihat wajah kadang2 munafik.....
jujur aku kata aku nak sangat teman2 aku tegur aku kalo2 sikap2 aku yang kurang baek....baru itu nama nya teman

mutiara kata islami

Semakin ingin menunjukan diri kita agar diakui, dihormati, maka semakin tertekan, tegang dan melelahkan bathin, dan biasanya makin tak disukai. Tak jujur adalah penjara, yang membuat diri dicekam takut terbongkar, mudah untuk berdusta, nikmat apapun tak akan ternikmati, maka jujur adalah hidup merdeka. Hati yang bersih akan peka terhadap ilmu, apapun yang dilihat, didengar, dirasakan jadi samudera ilmu yang membuatnya kian bijak, arif dan tepat dalam menyikapi hidup ini Mustahil semua orang akan menyukai kita — walau kita berbuat baik semaksimal mungkin. Tak usah aneh dan kecewa, terus saja berbuat yang terbaik, karena itulah yang kembali kepada kita. Keberanian untuk mengatakan tak tahu untuk yang tak diketahuinya jauh akan lebih menenangkan dan dihormati daripada selalu ingin kelihatan serba tahu atau sok tahu Konflik biasanya terjadi karena saya benar dan kamu salah, berilah kesempatan hati mengatakan kita benar dan diapun boleh jadi benar, Insya Allah akan mudah cari solusi. Orang yang paling mulia diantara manusia adalah orang yang paling banyak mengingat mati dan paling siap menghadapinya dengan bekal amal shalih. Yang penting bagi pimpinan bukan memaksa anggotanya menaati kepada perintahnya, tapi membuat paham apa yang terbaik yang harus dilakukannya dengan penuh kesadaran. Sikap emosional merupakan ciri belum terampil mengendalikan diri. Bagaimana mungkin dapat mengendalikan orang lain dengan baik, bila diri sendiri kurang terkendali. Komentar spontan kita mungkin hanya satu patah kata, tapi bisa melukai hati dan menimbulkan kebencian mendalam, oleh karena itu waspadalah walau hanya sepatah kata. Hati manusia berubah-ubah, sekarang marah mungkin besok lusa sudah reda bahkan mungkin lebih sayang kepada kita, oleh karena itu jangan mendendam atau benci ber-kepanjangan. Akan ada saat hati menjadi sedih dan gelisah. Jangan biarkan larut dan mencuri hidup kita, bangkitlah, sibuklah, bergaulah dengan orang yang manfaat dan banyaklah berzikir. Berani hidup harus berani menghadapi masalah, jangan takut dan jangan gentar, hadapi dengan benar dan tawakal, karena setiap masalah sudah diukur Allah sesuai kemampuan kita. Kita tak memiliki apapun dan tak dimiliki siapapun selain milik Allah. Hidup di dunia hanyalah mampir sejenak, mencari bekal untuk pulang dan menanti saat maut menjemput. Kebiasaan melemparkan kesalahan dan tanggungjawab kepada orang lain, selain akan menambah masalah, juga akan menjatuhkan kredibilitas, dan menghilangkan kepercayaan. Siapapun yang merindukan sukses, maka harus bertanya pada dirinya seberapa jauh dan sungguh-sungguh untuk berjuang, karena tiada kesuksesan tanpa perjuangan. Air yang lembut bisa mempersatukan bahan besi, semen, kerikil, pasir sehingga menjadi beton yang kokoh. Memang kelembutan hatilah yang akan bisa mempersatukan. Jangan takut menjadi tua, karena pasti menua. Tapi takutlah tak menjadi dewasa, karena kedewasaan sikaplah yang menjadi jalan kebahagiaan dan kemuliaan. Tak perlu menjawab penghinaan dengan penghinaan lagi, cukup jawablah dengan evaluasi diri, gigih memperbaiki diri, dan beri bukti yang tak terpungkiri. Orang yang sedikit pengetahuan, wawasan dan pengalaman, seperti yang terbelenggu dan dipenjara oleh keterbatasannya, hidup tak akan leluasa dan sulit untuk berbahagia.

Khamis, 26 Julai 2012

??? BUDAK DONO HAFAL SEJARAH II LAGI???

PENETANGAN DI SABAh


ANTANUM


1.ketua suku kaum murut
2.angap dia suci dan boleh menghalau SBUB keluar dari kawasan mereka
3.penentangan kaun murut yang di ketuai oleh antanum terhadap SBUB di sabah juga dikenali dengan kebangkitan Rundum kerna penentangan ini berlaku di Rundum iaitu kawasan pendalaman sabah


penentangan:


  • SBUB telah memperkenalkan sistem pendaftaran hak milik tanah bagi menyekat kegiatan pertanian pindah
  • kawal pembuatan tapai dimana SBUB kenakan cukai terhadap beras dan ubi kayu sedangankan itu merupakan makanan utama kaum murut.
  • kenakan 50sen kepada seekar tanah setahun
  • paksa orang murut membina jalan dan tidak membayar gaji
jun 1914
antanum dan orang murut telah menyerang pensiangan dan rundum

februari 1915
antanum dan 900 pengikutnya telah membina kubu di selangit dn mereka telah menyerang dan memusnahkan pensiangan dan pejabat pegawai rundum
antanum telah menyifatkan serangan ini sebgai perang agama

april 1915

Sbub telah melancanrkan serangan dan memusnahkan kubu antanum di selangit,
dlm serangan tersebut seramai 400 owg pengikutnya dan antanum telah terbunuh,
selebih pengikutnya telah berpindah beramai-ramai di kalimatan.

budax dono hafal sejarah lg 3

kly nie kena hafal tentang perkembngan sistem pendidikan d TM antara thun 1874 hingga 1941,mak oii berlambak giler tajuk nie kalo tak ingat periksa taubat tak baca aku nie....

PENGENALAN:

  • penglibatan british d negeri2 selat telah mengakibatkan perkembangan sistem pendidikan kolonial secara beransur-ansur di NNS.
  • penubuhan sekolah2 sekular di NNS adalah atas daya usaha mubaligh2 kristian,bdan2 awam dan orang2 perseorangan.
  • pertengahan abad ke 19 sistem pendidikan sekular telah diperluaskan di NNMB selepas campur tangan british pada thun 1874.
  • di NNMB terdapat empat aliran yang berlainan iaitu aliran melayu,aliran cina,aliran tamil dan aliran inggeris
  • pada peringkat awal british membiarkan prkembangan setiap aliran pendididkan tanpa sebrang campur tngan.
  • justeru itu wujudlah sistem persekolahan yg terpisah antara satu sama lain
  • keempat aliran pendidikan ini tidak mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
  • masing-masing mempunyai kurikulum dan corak pentadiran sendiri





Isnin, 23 Julai 2012

!!!! BUDAK DONO HAFAL SEJARAH II !!!!

PENENTANGAN DI SABAH


Syarikat Borneo Utara British (SBUB)
@melaksanakan pembaharuan disabah
@pembaharuan2 yg dilaksanakan telah menimbulkanperasaan tidak puas hati kepada masyarakat tempatan terutamanya pembesar
@kerna mereka telah hilang hak dan keistimewaan
@pembesar2 yg tak puas hati telah mengetuai penentangan terhadap pentadbiran SBUB di sabah

PENENTANGAN MAT SALLEH 1897

# nama sebenar Mat Salleh:Muhammad Salleh
# tempat lahir:inanam sabah
# keturunan:bajau suluk
# jawatan:pembesar
# daerah pentadbiran:hulu sungai sugut
# penentangan terhadap SBUB kerna:
1.gabungkan semua wilayah dan sisitem politik berbeza dalam satu         pentadbiran pusat
2.perkenalkan beberapa peraturan baru di sabah~kenakan cukai tinggi/bayar upah rendah/ambil alih pemungutan cukai MS
3.ccampur tangan dlm pentadbirannya (inanam)
# serangan:1897 MS dn pgikutnya telah menyerang dn memusnahkan pentadbiran SBUB di Pulau Gaya
# tindakan british:telah menyerang kembali dengan memusnahkan inanam
# MS dan pegikutnya telah melarikan diri dan memmbina kubu di ranau,tetapi pihak SBUB telah berjaya memusnahkan kubu tersebut,MS melarikan diri.
# kebimbingan SBUB:telah membuat satu penemuan antara MS dgn pengarah SBUB william cowie di mengatal pada thn 1898.dlm petemuan tersbut MS dan pengikutnya telah diberi keampunan
# hasil penemuan:MS telah di benarkan menetap di tambunan dan berkuasa di tambunan
# mungkir janji: ambil tambunan pada thn 1899
# perasaan MS:timbul kemarahan MS,dan pengikutnya telah meneruskan penentangan terhadapat pentadbiran SBUB
# 1900:petempuran yang sengit telah tercetus dimana MS dan pengikut2nya dengan tentera SBUB dlm petempuran ini MS terbunuh

Khamis, 19 Julai 2012

atasi masalah mengantuk di kelas


JADI BAGAIMANA MENGATASI MENGANTUK?
Antaranya (buat ikut kesesuai tempat) :
1. Dapatkan tidur yang cukup. Berapa jam? 5 jam semalam sudah memadai - dari jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi. Tetapi anda sering tidur hingga 8 jam. Ini bermakna anda kerugian 3 jam sehari (1/8 hari). Jika anda berusia 24 tahun ini bermakna anda telah kerugian 3 tahun!
2. Jika anda terlalu letih dan memerlukan penumpuan di sebelah petang, tidurlah 30 - 45 minit sebelum waktu Zohor (Dipanggil sebagai Qailullah - ini sunah Rasulullah SAW). 1 jam tidur Qailullah menyamai 3 jam tidur malam.
3. Bila anda belajar atau bekerja, anda mesti bersedia untuk melakukan 2 kerja:
a) Kerja utama.
b) Kerja sokongan yang aktif.
Sebaik anda mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan. Contoh kerja sokongan:
a) Mencari rujukan.
b) Menyusun fail atau data.
c) Bangun dan berkomunikasi sebentar dengan kawan atau rakan sejawat.
d) Mencari bahan dari Internet. ( Buka blog Sejarah 1 dan baca ….. cari bahan  )
4. Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti:
a) Melakukan kerja sambil berdiri atau berjalan.
b) Melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap atau keluar bangunan.
c) Mengemas bilik belajar sebentar.
5. Buat secawan kopi panas.
6. Berwuduk dengan memasang niat untuk menghalau syaitan.
7. Membaca akhbar (jangan lebih dari 10 minit).
8. Buat senaman setempat untuk meregangkan otot-otot yang letih seperti:
a) Meramas dan menggerakkan jari tangan dan kaki.
b) Menggerakkan bahu dan leher.
c) Meregangkan lengan.


Bila nak habis Sejarah ni …. ngantuk lorrr ???
IBU MENGELAKKAN MENGANTUK
Tanamkan motivasi yang tinggi untuk menyiapkan kerja anda dengan pencapaian yang paling cemerlang. Anda hendaklah mengejar masa yang ada. Seolah-olah anda tidak ada masa untuk berpaling ke kiri dan ke kanan. Lakukan banyak item dalam masa yang singkat.
MAKANAN YANG MENYEBABKAN MENGANTUK
1. Makan pagi yang berat seperti nasi (makanan ini sesuai jika anda hendak bekerja keras seperti ke sawah atau ke ladang).
2. Nasi pulut.
3. Makan tengah hari yang berat.

MAKAN PAGI UNTUK MENGELAKKAN MENGANTUK

1. Bijirin yang mudah hadam dan memberi banyak tenaga.
2. Fresh orange.
3. Buah-buahan.
4. Air mineral.
5. Susu - memberi anda tenaga.
MENGELAKKAN MENGANTUK KETIKA KULIAH ATAU DISKUSI
1. Fokus.
2. Masukkan minat yang mendalam.
3. Catat menggunakan peta minda.
4. Pastikan anda mendengar dengan jelas.
5. Baca fikiran pensyarah/guru  atau pasangan diskusi anda.
6. Keluarkan pengalaman atau pengetahuan lalu sebagai input perbincangan semasa.

Ha…. ngadap lap top, tak ngantuk !
MENGELAKKAN MENGANTUK KETIKA DALAM KERETA
1. Mulakan topik perbualan atau perbincangan.
2. Pandang jauh keluar.
3. Beri komen apa yang anda lihat di luar kereta.
4. Elakkan membaca ketika di dalam kereta.
5. Pasang muzik, radio atau bahan audio kegemaran anda.
6. Anda boleh menghafal al-Quran menggunakan CD berkaitan.
7. Bayangkan aktiviti dan kegembiraan yang anda akan lalui di penghujung perjalanan.
ANDA MASIH MENGANTUK?
Itulah kelemahan makhluk manusia berbanding malaikat yang tidak pernah mengantuk dari mencatat setiap detik kebajikan dan dosa yang kita lakukan. Malaikat juga tidak pernah mengantuk dan letih dalam mentaati Allah setiap masa tanpa sebarang bantahan, atau rasa tak puas hati kepada Allah.
Sedangkan kita ? Kadang-kadang ketika memegang sebatang pen pun boleh terjatuh kerana mengantuk! Fikir-fikirkan dan ambil tindakan yang sewajarnya.

teknik hafal mudah


image Pakar Memori Amerika Syarikat
I didn’t have learning disability, I just had an untrained memory
-Mr. Kevin Trudeau
Teknik 1
Teknik pertama untuk memindahkan fakta daripada memori jangka masa pendek ke memori jangka masa panjang yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah teknik pengulangan (Repetition). Ada satu pepatah Bahasa Inggeris yang mengatakan ‘Repetition is the mother of all skills’ yang bermaksud bahawa pengulangan adalah ibu kepada segala kemahiran.
Masalah daripada kajian yang mengatakan anda akan lupa 90% daripada apa yang anda pelajari tadi dapat diatasi dengan membuat pengulangan. Begini, setelah guru anda mengajar di dalam kelas dan setelah anda memahaminya, anda perlu membacanya semula sebelum 48 jam berakhir. Contohnya, katakan guru anda mengajar subjek sejarah pada pagi hari Selasa, anda perlu membaca semula nota-nota yang anda tulis dalam kelas itu sebelum pagi hari Khamis.
Jika anda tidak baca semula, anda akan lupa lebih 90% daripada apa yang anda telah pelajari itu. Jika anda menunggu hingga guru anda masuk ke kelas dan mengajar semula pada minggu hadapan, anda mungkin sudah lupa kesemuanya dan terpaksa bekerja keras untuk memahaminya semula dari peringkat awal. Bukankah itu merugikan?
Jadi, untuk memudahkan anda mengingat apa yang guru anda ajarkan, ikuti 4 langkah ini.
1. Fokus kepada guru anda ketika beliau mengajar di dalam kelas. Tumpukan perhatian anda kepada apa yang diajarkan. Salin nota yang guru anda berikan dan buat catatan anda sendiri tentang apa yang anda telah faham. Ini bermaksud, anda perlu berfikir tentang apa yang guru anda ajarkan.
2. Sebaik-baiknya, pada waktu malam hari yang sama, anda buka semula buku nota yang anda salin tadi dan baca dari awal hingga akhir. Jika anda tidak sempat membuka nota itu semula pada hari yang sama, selewat-lewatnya lakukan pada keesokan harinya. Lebih lewat daripada itu anda akan lupa lebih banyak lagi.
3. Semasa anda membaca nota tersebut, bayangkan semula bagaimana cara guru anda mengajar di dalam kelas tadi. Bayangkan apa yang terjadi di dalam kelas tadi. Semasa anda baca semula nota yang anda salin, anda seolah-olah dapat melihat semula keadaan di dalam kelas anda siang tadi. Ini menguatkan lagi ingatan anda kepada apa yang anda baru pelajari.
4. Jika boleh, baca nota itu berulang-ulang kali. Kali pertama mungkin anda baca dengan perlahan tetapi setelah dibaca berulang-ulang kali, anda akan baca dengan lebih laju lagi. Ini akan menjimatkan masa anda.
image
Teknik 2
Memori anda sukar untuk mengingat sesuatu dalam bentuk tulisan. Nota sejarah contohnya selalu penuh dengan tulisan berwarna-warni. Walaupun warna boleh membantu daya ingatan, memori anda masih hadapi kesukaran kerana tulisan yang berwarna-warni kadangkala boleh membuatnya berserabut dan tidak teratur.
Jadi, mulai hari ini, anda perlu fikirkan bagaimana caranya untuk menukarkan nota-nota anda dalam bentuk gambar. Bayangkan, jika anda baca buku sejarah, selalunya anda mudah lupa apa yang anda baca. Namun, jika anda baca komik (yang dipenuhi dengan gambar-gambar), anda boleh ingat apa yang anda baca. Malah, anda boleh ceritakan semula kepada kawan-kawan apa yang telah anda baca itu.
Gunakan langkah-langkah ini untuk menukarkan nota anda kepada bentuk gambar.
1. Pertama, katakan nota anda di tulis dalam satu muka surat penuh, cari kata kunci di dalam nota tersebut. Kata kunci adalah perkataan atau ayat yang boleh menggambarkan keseluruhan nota tersebut. Contohnya, katakan nota anda adalah berkenaan simbol-simbol yang boleh ditemui di dalam makmal Sains sekolah. Jika ia dibaca dalam bentuk ayat, penjelasan untuk satu simbol mungkin agak panjang. Jadi ia sukar untuk diingat. Apa yang anda boleh buat ialah mencari hanya satu kata kunci bagi simbol tersebut.
Contohnya, jika anda lihat simbol bahan berasid, anda boleh guna kata kunci ‘menghakis’. Lihat simbol, terus ingat kata kunci ‘menghakis’. Anda tidak perlu hafal kesemua penjelasan mengenai simbol tersebut kerana setelah anda faham kata kuncinya, anda boleh jelaskan maksudnya dengan ayat anda sendiri.
2. Kedua, lukiskan kata kunci anda itu. Nota anda sekarang patut dipenuhi dengan gambar-gambar kata kunci anda. Jika anda ada 5 kata kunci dalam satu nota, jadi anda ada 5 gambar. Kadangkala, 1 gambar boleh menerangkan lebih daripada 1 kata kunci. Contohnya, kata kunci anda ialah mangsa dan pemangsa. Mungkin anda boleh lukiskan gambar seekor helang sedang menyambar seekor tikus. Apabila anda ingat gambar tersebut, anda boleh ingat bahawa helang adalah pemangsa dan tikus adalah mangsa. Anda akan sedar bahawa gambar dan kata kunci ini jauh lebih mudah untuk anda ingati.

Ada masanya, anda mempunyai banyak kata kunci yang perlu diingat dan kata kunci itu semua langsung tidak berkait. Sukar juga kalau terlalu banyak gambar yang anda perlu ingat.
Teknik 3
Saya akan ceritakan bagaimana anda boleh menghafal atau mengingat semua kata kunci yang telah anda tukarkan kepada bentuk gambar tadi.
Katakan anda ada lima kata kunci dalam nota anda. Setelah anda tukarkan kepada gambar, apakah cara terbaik untuk anda mengingatinya? Cuba teknik yang saya namakan ‘cerita kreatif’ ini.
Katakan, 5 kata kunci saya ialah
1. Kucing
2. Karipap
3. Selipar Jepun
4. Besi buruk
5. Masjid
Setelah anda tukarkan kepada bentuk gambar, anda patut membuat satu cerita ringkas supaya anda mudah untuk mengingatnya. Ada 3 syarat utama semasa anda membuat cerita tersebut.
1. Cerita itu mesti ringkas dan pendek.
2. Cerita itu mesti menggunakan kata kunci nota anda mengikut turutan.
3. Cerita itu mesti mengaitkan semua kata kunci tadi.
Contohnya, anda boleh tulis cerita ringkas itu begini:
“Kucing saya sedang makan karipap sambil memakai selipar Jepun. Tiba-tiba sebatang besi buruk jatuh di depannya dan ia terus berlari sampai ke masjid di belakang rumah saya.”
Apabila anda tulis cerita ini, anda patut bayangkan bagaimana agaknya kalau kucing anda makan karipap sambil memakai selipar Jepun. Imaginasi anda atau apa yang anda bayangkan ini akan membantu daya kekuatan memori anda.
Dalam masa yang sama, saya cadangkan anda lukiskan cerita anda itu. Maksudnya, seperti contoh cerita saya tadi, saya akan lukiskan seekor kucing sedang makan karipap sambil memakai selipar Jepun. Gunakan imaginasi anda untuk melukis gambar tersebut. Gambar anda tidak semestinya gambar yang cantik seperti lukisan pelukis kartun professional. Cukup sekadar gambar itu dapat menggambarkan cerita anda tadi. Tetapi, harapnya, jangan anda lukis gambar kucing tapi jadi gambar lembu sudahlah.
Untuk membuat cerita anda lebih mudah diingati, ada 3 lagi tips tambahan.
1. Cerita anda tidak semestinya logik atau munasabah – Anda tidak perlu risau tentang tatabahasa, jalan cerita mengarut, tidak masuk akal dan sebagainya. Cerita yang menarik selalunya pelik daripada biasa. Lebih pelik cerita itu, lebih mudah anda ingat.
2. Masukkan aksi dalam cerita anda – Jika cerita anda cuma “Saya ada kucing. Saya pergi beli karipap di pasar. Saya pakai selipar Jepun semasa ke pasar. Kemudian saya nampak sebatang besi buruk di depan masjid di hadapan pasar tersebut.” Cerita yang begini agak membosankan dan anda akan mudah lupa pada cerita ini. Letakkan aksi yang menarik dan yang boleh membuat anda rasa berminat pada cerita tersebut.
3. Masukkan unsur-unsur komedi dalam cerita anda – Anda akan lebih mudah ingat cerita yang kelakar berbanding cerita yang serius. Cerita yang kelakar juga boleh meningkatkan tahap kreativiti anda. Jadi, buat cerita yang kelakar dan mencuit hati anda.

Gunakan teknik ini untuk menghafal nota-nota anda. Saya cadangkan anda bekerjasama dengan beberapa orang kawan anda untuk menghasilkan nota yang kreatif begini. Mungkin ada kawan anda yang pandai melukis dan mungkin kawan anda yang pandai membuat cerita-cerita kelakar menggunakan kata kunci dalam nota anda.

skala permarkahan sejarah2

a) 0-04 (gagal)
b) 05-09 (gagal tinggi)
c) 10-12 (lulus)
d) 13-14 (kepujian rendah)
e) 15-17 (kepujian tinggi)
f)18-25 (cemerlang)         
                                           
                         
pengenalan-2/3m
fakta/isi-20m
kesimpulan-2/3m

ramalan pengajian am 2 (2012)

jangan terlalu percaya sangat kay ramalan saja aku pun bawu dapat dari cikgu RAHSIA dia bagi dekat aku dia bukan dari sekolah merbok kay.....

Esei laras sastera:
1.pelancongan
2.pekerja asing

Esei laras sains:
1.tanah runtuh
2.alam sekitar

bahagia d:
1.carta bar pramid
2.carta pai

tu saja yang dia bagi tak boleh bagi banyak2 kang semua dapat full kay hope korang tak harapkan sangat ramalan ini......

langkah2 mengatasi penagihan dadah

Dasawarsa ini,sama ada kita sedar ataupun tidak,kita telah dihidangkan dengan pembangunan politik,ekonomi dan sosial yang semakin gah di mata dunia. Namun,di sebalik kejayaan itu,kita acap kali tersentak dengan permasalahan penagihan dadah dalam kalangan rakyat kita. Setiap tahun,jumlah penagih dadah semakin meningkat terutama sekali dalam kalangan remaja. Rakyat pula hanya tahu menuding jari mereka pada pihak kerajaan kerana peningkatan yang berlaku. Sememangnya kita telah sedia maklum bahawa penagih dadah sukar untuk meninggalkan najis dadah ini kerana bahan nikotin yang terdapat di dalam dadah yang menyebabkan ketagihan. Golongan penagih dadah ini pula tidak boleh dihalang daripada berhenti menghisap dadah secara tiba-tiba. Mengikut konsep ‘Mencegah itu lebih baik daripada merawat’,jumlah penagih dadah harus dikurangkan daripada mengurangkan jumlah penagih dadah yang perlu dirawat. Oleh hal yang demikian,kita haruslah melaksanakan beberapa langkah yang efektif dan pragmatik bagi mengatasi masalah penagihan dadah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapalah individu yang dapat membentuk peribadi anak-anak. Sabda Rasulullah SAW, “Anak-anak umpama sehelai kain putih,terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada Yahudi,Majusi atau Nasrani”. Oleh hal yang demikian,ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam membantu usaha pencegahan penagihan dadah. Langkah ini perlu dilakukan sejak anak-anak masih kecil lagi persis pepatah Melayu,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia pernah berkata, “Teruskanlah pengukuhan peranan keluarga sebagai institusi masyarakat yang lalu mengimpikan satu generasi bebas dadah”. Menurut kata-kata beliau,institusi kekeluargaan perlulah diperkukuh dan program keluarga sakinah perlulah dilaksanakan pada setiap keluarga. Hal ini adalah demikian kerana keluarga yang berpecah belah merupakan punca anak-anak mudah terjerumus ke dalam gejala negatif seperti menghisap dadah. Oleh sebab itu,ibu bapa perlulah mewujudkan satu suasana harmoni dalam institusi kekeluargaan dan mengambil tahu hal-hal peribadi anak-anak bagi emmbantu kerajaan mencegah masalah penagihan dadah.

Selain itu,masyaraakt juga memainkan peranan penting dalam pencegahan penagihan dadah. Sebagai contoh,Rukun Tetangga,Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang memantau kawasan-kawasan yang sering menjadi sarang penagihan dadah seperti di flat-flat terbiar dan kawasan felda. Tugas masyarakat adalah untuk membuat rondaan dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlaku kes penagihan dadah. Hai ini adalah disebabkan oleh tempat-tempat penagihan dadah seperti di rumah-rumah kosong perlulah dihapuskan bagi mengelakkan kes penagihan berlaku di tempat yang sama. Hal ini persis pepatah Melayu,seperti pisang berbuah dua kali. Kebanyakan masyarakat pada era globalisasi ini hanya mengetahui konsep ‘man-to-man marking’ digunakan pada permainan bola sepak. Namun demikian,konsep ini juga boleh digunakan sebagai subdaya pencegahan penagihan dadah. Konsep ini diasaskan oleh Claudio Gentile dan telah berjaya melumpuhkan pergerakan penyerang pihak lawan ketika itu iaitu Diego Maradona. Konsep ini juga boleh digunakan dalam pencegahan penagihan dadah. Kita perlulah mendampingi golongan penagih dadah untuk membimbing mereka kembali ke pangkal jalan. Ironisnya,masyarakat juga turut membantu dalam pencegahan penagihan dadah.

Kita sepatutnyaberterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telalh membantu mencegah penagihan dadah. Tamsilnya,Karnival 6 Jahanam yang telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Karnival ini bertujuan membenci 6 jenis dadah utama iaitu ganja,syabu,heroin,morfin,opium dan kodein. Pihak kerajaan juga perlulah komited dalam usaha membantu mencegah penagihan dadah dengan melakukan pelbagai aktivitibergiat secara aktif dalam usaha merealisasikan impian negara untuk bebas daripada masalah dadah pada tahun 2015. Tanggal 19 Februari pada setiap tahun telah dipilih oleh pihak kerajaan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan yang secara tidak langsung dapat mengingatkan bekas penagih dadah akan bahana dadah di samping memberi peringatan kepada masyarakat. Pihak kerajaan juga perlu memperketatkan lagi undang-undang sedia ada seperti Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun1952. Dengan cara itu,masyarakat akan takut untuk terlibat daalm gejala dadah dan sekaligus mengurangkan jumlah penagih dadah yang bertaburan di negara kita.

Satu realiti yang memang tidak dapat diketersampingkan lagi bahawa pihak sekolah turut membantu mencegah penagihan dadah. Impian untuk mendapat murid yang bebas daripada gejala dadah boleh dihasilkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek rohani,jasmani dan intelek. Melalui falsafah ini,murid akan menjadi seorang yang berdisiplin dan tidak mudah terlibat dengan kancah gejala sosial kerana jati diri yang telah dipupuk dalam diri. Selain itu,penerapan unsur nilai murni dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral juga turut membantu mencegah amalan penagihan dadah. Tamsilnya,pelajar tidak akan mendekati najis dadah setelah mengetahui kesannya daripada pembelajaran mata pelajaran di atas. Hal ini secara tidak langsung dapat merealisasikan misi kerajaan untuk melahirkan sekolah bebas dadah menjelang tahun 2012.

Lazimnya,kita mengetahui rakan merupakan tempat mengadu masalah dan meluahkan perasaan. Sebagai rakan yang mengambil perhatian,mereka akan membantu rakan mereka untuk menyelesaikan masalah. Namun di sini,titik mulanya seseorang itu menghisap dadah ialah apabila rakan mereka yang jahat cuba mengajak mereka terlibat dengan kancah dadah. Mengikut sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ),54.21 peratus penagih dadah berpunca daripada pengaruh rakan. Oleh hal yang demikian,seseorang individu perlulah bijak memilih rakan. Seseorang individu itu juga perlu memantapkan diri mereka dengan jati diri yang kukuh bagi menghadapi arus rintangan yang cuba untuk merobohkan jati diri mereka. Penerapan ilmu agama dalam diri dan pendekatan diri kepada TUHAN dapat membantu meningkatkan jati diri. Oleh hal yang demikian,seseorang individu itu perlulah bijak memilih rakan bijak untuk memikirkan alasan untuk menolak ajakan untuk melibatkan diri dalam kancah penagihan dadah. Ingatlah peribahasa Melayu yang mengatakan janganlah sudah terhantuk baru hendak terngadah yang bermaksud janganlah sudah terlibat dengan gejala dadah baru hendak menyesal.

Sebagai penutup coretan,kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berkolaborasi dengan pihak kerajaan persis pepatah Melayu,bagai aur dengan tebing untuk mencegah penagihan dadah. Cuba bayangkan jikalau negara kita mengandungi ramai penagih dadah,sudah pasti negara akan porak peranda. Banyak kes kecurian berlaku dan institusi keluarga sakinah pasti tidak akan wujud lagi. Hal ini berlaku kerana dadah memerlukan wang untuk dibeli dan seorang penagih sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mencuri untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah. Oleh sebab itu,langkah yang efisien dan pantas perlu dilakukan mulai sekarang bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mencapai negara bebas dadah pada tahun 2015.

kesan2 pengaihan dadah

Sudah hampir 54 tahun negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan. Semenjak tahun 1957 sehinggalah kini,Malaysia telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Namun,di sebalik semua kemajuan ini,terdapat pelbagai masalah yang perlu dihadapi. Masalah nombor satu yang negara sedang hadapi kini ialah penyalahgunaan dadah. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,dadah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan. Dadah juga ditakrifkan sebagai bahan yang merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya berlanjutan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua penagih dadah telah merosakkan diri mereka sendiri baik dari segi fizikal,rohani,mental mahupun emosi. Kalau tiada angin,masakan pokok bergoyang;kalau tiada penyalahgunaan dadah,masakan ada kesan-kesannya. Terdapat banyak kesan yang berlaku akibat penyalahgunaan dadah di negara ini.

Satu daripada kesan-kesan penyalahgunaan dadah boleh dilihat pada perempuan-perempuan yang sedang hamil. Kajian terperinci telah menunjukkan penyalahgunaan dadah semasa tempoh kehamilan boleh memudaratkan proses perkembangan janin. Dua risiko utama akibat kemudaratan tersebut ialah fenomena yang yang dikenali sebagai kecacatan rupa paras dan tingkah laku yang tidak normal. Penggunaan dadah juga boleh memberikan kesan terhadap mental para ibu yang mengandung dan membuatkan mereka ketagihan. Dadah-dadah yang boleh memberi kesan mental dengan memasuki bahagian otak ibu akan memasuki bahagian uri dan membawa kesan yang mudarat kepada janin. Selain itu,penggunaan kokain semasa tempoh trimester pertama kehamilan ( 3 bulan pertama ) boleh mengakibatkan keguguran secara spontan. Penggunaannya semasa trimester ketiga kehamilan ( 3 bulan terakhir ) pula boleh meningkatkan risiko ‘abruptio placentae’ dalam tempoh 30 minit selepas mengambilnya. ‘Abruptio placentae’ ialah satu keadaan di mana uri terpisah daripada rahim sebelum waktunya. Berdasarkan bukti-bukti berikut,jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah memberikan kesan kepada perempuan hamil.

Selain itu,penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada institusi kekeluargaan. Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam usaha untuk membasmi penyalahgunaan dadah,tetapi jika institusi kekeluargaan itu sendiri terlibat dengan penyalahgunaan dadah,sudah pasti kesannya akan menjadi sangat teruk. Penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan rumahtangga menjadi tidak aman. Penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan perceraian jika penagihnya ialah suami ataupun isteri. Anak-anak yang melihat ibu bapa mereka menyalahgunakan dadah pasti akan mengikutinya juga kerana bapa borek,anak rintik. Berdasarkan huraian-huraian itu, jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah memberi kesan kepada institusi kekeluargaan.

Penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan peningkatan peningkatan kadar jenayah dan sindiket dadah. Sindiket-sindiket dadah ini mengedarkan dadah kepada para pembeli dan masalah pengedaran dadah oleh sindiket-sindiket ini telah berlaku sejak puluhan tahun lagi. Tambahan pula,kedudukan Malaysia yang terletak di tengah-tengah laluan antarabangsa menyebabkan Malaysia dijadikan pusat transit dadah sebelum diedarkan ke negara-negara lain. Sindiket-sindiket dadah di Malaysia pasti mengambil kesempatan ke atas peluang yang berada di hadapan mata mereka lalu mengedarkan dadah di sini. Akibat pengedaran dadah oleh mereka,10 peratus daripada 11 juta belia di Malaysia dikesan terlibat dengan dadah pada tahun 2006 yang lalu. Menurut kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia pada 21 Mac 2006,sindiket dadh juga terlibat dengan jenayah ganas yang lain. Kenyataan inijuga disokong oleh pengalaman para pegawai polis yang terlibat dengan usaha menentang sindiket-sindiket dadah. Jika kita tidak berupaya menangani sindiket-sindiket ini,sudah pasti jenayah akan berleluasa di negara kita bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sindiket-sindiket ini juga pasti akan menguasai negara kita. Berdasarkan bukti dan huraian di atas,jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah dapat mengakibatkan peningkatan kadar jenayah dan sindiket dadah.

Bukan setakat itu sahaja,penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan pembaziran wang. Contoh pembaziran wang yang paling jelas dapat dilihat pada penagih dadah itu sendiri. Menurut sebuah sumber kajian,secara puratanya 100 000 penagih dadah telah membelanjakan RM 1 000 000 sehari dan RM 360 000 000 setahun. Selain itu,kerajaan telah membazirkan RM 100 000 000 setahun bagi pusat serenti,pusat pemulihan akhlak dan PUSPEN. Jumlah ini sudah cukup untuk membina 15 buah sekolah yang lengkap. Tambahan lagi,purata RM 138 000 sehari diperuntukkan kepada 11 500 pelatih di pusat-pusat serenti. Pihak polis pula terpaksa mengeluarkan RM 100 000 bagi mendapatkan maklumat tentang sindiket dadah. Bayangkan jika semua duit yang dibazirkan ini digunakan untuk keperluan negara,sudah tentu kita boleh membangunkan negara kita dan menjadi maju seperti negara Jepun dan Amerika Syarikat. Oleh itu,jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah membawa kepada pembaziran wang.

Walaubagaimana banyak kesan penyalahgunaan sekalipun,kesan yang paling jelas kelihatan ialah kesan kepada penagih itu sendiri. Sudah terang lagikan bersuluh,kalau sudah penagih itu menyalahgunakan dadah,tentulah penagih itu yang terkena kesannya dahulu. Tetapi,tidak semua dadah memberikan kesan yang sama kepada penagih. Sebagai contoh,candu pada peringkat awal akan memberi kesan mengantuk,badan menjadi lemah dan mengalami gangguan jiwa manakala kesan jangka panjangnya ialah ketagihan serta kelemahan fizikal dan mental. Selain itu,morfin memberi kesan jangka pendek yang berbeza iaitu rasa resah,cirit-birit,sakit perut,rasa sejuk dan berpeluh. Kesan jangka panjang bagi pengambilan morfin ialah gangguan jiwa,HIV dankematian. Bagi heroin pula,kesan jangka pendek pengambilannya ialah tanggapan menjadi kurang tenang,tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya,bingung,kekejangan dan berkelakuan seperti orang mabuk. Kesan jangka panjangnya pula ialah keracunan darah,hepatitis,kancing gigi,HIV dan kematian.Walau berjuta jenis dadah didapati sekalipun,kesannya pasti ada pada penagih itu sendiri.

Konklusinya,terdapat banyak kesan penyalahgunaan dadah. Oleh itu semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing serta memainkan peranan penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk bebas daripada penyalahgunaan dadah menjelang tahun 2015. Kita sudah semestinya tidak mahu negara kita yang telah dibangunkan sejak dahulu lagi musnah hanya kerana masalah penyalahgunaan dadah ini. Semoga segala usaha kita untuk menumpaskan musuh nombor satu negara ini akan menampakkan kejayaan. Akhir kata,sekadar memetik sebahagian daripada lagu Insya Allah yang dinyanyikan oleh Maher Zain dalam versi bahasa Malaysia:
“Insya-ALLAH,insya-ALLAH,insya-ALLAH,ada jalannya…”

punca2 penagihan dadah

Gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar seluruh angota masyarakat bekerjasama dalam usaha mencegah gejala penyalahgunaan dadah kini bagai mencurah air ke daun keladi. Apakah rakyat tidak sedar bahawa penyalahgunaan dadah meemberi banyak kesan buruk kepada diri sendiri,keluarga,masyarakat dan negara? Rakyat tidak seharusnya mempunyai mentaliti silo dan menyerahkan segala tanggungjawab kepada kerajaan sahaja . Kalau tiada angin,masakan pokok bergoyang. Dasawarsa ini,sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan teknologi yang seiring dengan arus perdana,terdapat satu masalah yang masih belum dapat dibasmi oleh jagatraya iaitu penyalahgunaan dadah. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang menghisap rokok menghisap 14 batang sehari. Hakikatnya,semuanya bermula daripada sebatang rokok. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut,punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama agar masalah ini boleh dibasmi sehingga ke akar umbi

Satu daripada punca-punca penagihan dadah ialah sifat naluri seseorang yang ingin mencuba. Sebagai remaja,mereka sememangnya terikat dengan naluri ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka ingin menunjukkan sifat kelelakian serta kematangan mereka. Oleh itu,dengan hanya menghisap sebatang rokok yang menjadi punca utama kepada penagihan dadah,mereka berasa sudah matang dan cukup dewasa. Mantan Menteri Pelajaran Malaysia,Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein pernah berkata bahawa perlakuan orangdewasa itu akan dicontohi oleh golongan remaja yang mempunyai naluri ingin mencuba yang tinggi. Semua jenis dadah mengandungi bahan kimia yang mengkhayalkan dan berbahaya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan,rakyat Malaysia yang terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah kerana perasaan ingin tahu adalah 28.49 peratus. Berfikir sebelum buat adalah satu kebijaksanaan,berfikir selepas buat adalah satu kebodohan dan berbuat tanpa fikir adalah seribu kejahilan. Penagih dadah sememangnya tidak berfikir panjang untuk mengambil dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan sehingga sanggup mencuri,membunuh serta melakukan segala perkara yang boleh membantu mereka mendapatkan dadah.

Hasil kajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM ) mendedahkan bahawa pengaruh rakan sebaya sebagai satu daripada punca-punca remaja menagih dadah. Prof. Madya Dr. Lekra Ramal berkata 14.6 peratus daripada remaja yang berumur antara15-19 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan najis dadah. Remaja yang banyak bercampur dengan orang yang lebih dewasa daripadanya akan dipengaruhi dengan pemikiran dan gaya hidup orang dewasa. Orang dewasa pula akan mengambil kesempatan dengan menggunakan mereka yang lebih muda. Akibatnya,golongan muda akan lebih mudah terdedah kepada risiko keruntuhan akhlak dan kekeliruan akan diri sendiri. Isu penyalahgunaan dadah sememangnya datang seperti ribut,pergi seperti semut. Remaja yang tidak berhati-hati dalam memilih kawan pasti akanterikutdengan perbuatan negatif yang dilakukan oleh rakannya. Kalau tidak berada-ada,masakan tempua bersarang rendah. Jelaslah bahawa rakan sebaya memberi pengaruh yang kuat terhadap diri seseorang remaja.

Kerajaan juga menjadi punca penagihan serta penyalahgunaan dadah. Kerajaan telah menetapkan peraturan untuk tidak mewajibkan doktor dan hospital melarang pesakit mereka menggunakan dadah yang dibenarkan. Sememangnya diakui sektor perubatan banyak menggunakan dadah terutamanya dadah jenis kodein. Kerajaan seharusnya memasukkan beberapa nutrisi suplemen sebagai ganti ubatan dadah untuk para pesakitnya sepertimana yang telah dilakukan oleh Dr. Ray D. Strand di Amerika. Walaupun kerajaan menyekat promosi oleh syarikat tembakau ,Kementerian Kesihatan masih ingin meminta pandangan syarikat tersebut. Tindakan Kementerian Kesihatan yang meminta pandangan syarikat tersebut serta bekerjasama dengannya seolah-olah memperolok-olokkan usaha kerajaan untuk menyekat penagihan dadah yang semakin menular di Malaysia.

Hakikatnya,punca penyalahgunaan dadah bermula daripada remaja itu sendiri. Perkara pertama yang dipandang remeh oleh remaja ialah pemilihan rakan yang sesuai. Rakan yang baik akan mendorong rakannya untuk melakukan kebaikan dan begitulah sebaliknya. Remaja yang mempunyai jati diri dan serta pegangan agama yang kuat tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala –gejala sosial. Tetapi,jika dilihat kini,remaja semakin hilang pedoman dan jati diri. Mereka tidak mempunyai benteng pertahanan yang dapat melindungi mereka daripada segala perkara yang negatif terutamanya dadah. Amat memalukan apabila statistik menunjukkan bilangan penagih dadah didominasi oleh kaum Melayu. Apabila disebut sahaja kaum Melayu,sudah semestinya dikaitkan dengan agama Islam. Imej agama Islam akan semakin tercalar dek perangai buruk mereka. Ingatlah,kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu,sudah terang lagikan bersuluh bahawa sikap diri sendiri juga mempengaruhi gejala penagihan dadah,ditambah lagi dengan fakta nombor yang menunjukkan seramai 22344 orang Melayu menjadi penagih dadah.

Selain itu,menurut wartawan dan penulis kepada sebuah petikan iaitu Kehidupan Malam Anak-anak Chow Kit, anak-anak pekerja seks di Jalan Chow Kit berkeliaran dan bermain-main sambil menunggu ibu mereka ‘bekerja’. Mereka terbiar dan tiada tempat bergantung ibarat layang-layang terputus talinya. Penyataan tersebut menunjukkan bahawa ibu bapa juga menjadi punca penagihan dadah. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka tanpa meluangkan masa serta mengawasi anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak mereka melakukan apa-apa sahaja perkara yang dikehendakinya. Penyataan itu juga menunjukkan bahawa ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan atau ‘role model’,bukan memberikan contoh yang buruk kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Datuk Seri Hishammudin pernah berkata bahawa perlakuan orang dewasa itu biasanya akan dicontohi oleh golongan yang lebih muda. Anak-anak yang lahir ibarat kain putih. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak mereka. Oleh yang demikian,kegagalan ibu bapa mencorakkan peribadi anak-anak mereka mengundang kepada isu penagihan dan penyalahgunaan dadah.

Konklusinya,rakyat seharusnya bersatu padu antara satu sama lain bagi membentuk negara Malaysia yang bebas dadah pada tahun 2015. Tetapi,apakah yang sedang berlaku dalam negara ini? Rakyat berpeluk tubuh dan menyerahkan semua perkara kepada pihak kerajaan. Agaknya,setelah nasi menjadi bubur barulah mereka hendak berganding bahu dengan kerajaan bagai aur denga tebing untuk menjayakan dasar dadah negara. Apa gunanya diwujudkan Agensi Anti Dadah Kebangsaaan jika rakyat tidak mahu bekerjasama dengan agensi tersebut? Kita tidak mahu kejadian sebagaimana yang diungkapkan oleh pendakwah dan ilmuwan Islam terkenal iaitu Sheikh Abu Ali Hassan Al Nadwiy yang berbunyi ‘amat malang sekiranya berlaku satu kumpulan daripada kita bersungguh-sungguh mewarnakan dinding dengan cat putih lagi bersih,sedangkan satu kumpulan yang lain pula asyik membalingdinding yang putih dan cantik tadi dengan kotoran.

Ahad, 15 Julai 2012

faktor2 kemunculan tamadun


TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – FAKTOR KEMUNCULAN TAMADUN


Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun awal manusia.
A. Pengenalan
1. Konsep tamadun
Ø Definisi tamadun
Ø Ciri-ciri tamadun secara umum
2. Latar belakang zaman prasejarah akhir @ zaman neolitik
3. Latar belakang tamadun
ISI:
Faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun awal manusia (7 isi X 3 markah)
1. Kemajuan dan pencapaian manusia pada zaman Neolitik
Ø Pencapaian dari segi ekonomi, pemikiran dan sosialisasi pada zaman Neolitik membawa kepada kemunculan tamadun.
Ø Muncul petempatan kekal yang membentuk kampung-kampung.
Ø Telah mencapai kemajuan dari segi ekonomi dengan berlakunya Revolusi Pertanian
Ø Telah melahirkan sistem kepercayaan yang semakin kompleks.
2. Berlaku proses urbanisasi @ perbandaran
Ø Proses urbanisasi di sesuatu tempat berikutan adanya kegiatan pertanian, penenunan dan penternakan binatang.
Ø Manusia juga cuba hidup bersatu dengan tujuan untuk menghadapi cabaran fizikal.
Ø Berlaku perkembangan daripada sebuah kampung ke bandar dan negara kota.
Ø Ekoran daripada berlakunya pertambahan penduduk di sesuatu kawasan seperti di kampung, berlakunya pembukaan tanah-tanah baru untuk penempatan dan kegiatan pertanian.
Ø Urbanisasi ini membawa kepada pengasasan beberapa tamadun lain.
3. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi
Ø Kemajuan dalam bidang ini dapat dilihat apabila manusia mula menggunakan logam seperti besi, tembaga dan gangsa
Ø Penciptaan pelbagai alat dan teknologi pertanian seperti tajak dan terusan menyebabkan pertanian diusahakan dengan meluas.
Ø Penghasilan alatan tembikar dan penciptaan roda membawa kepada perubahan cara hidup masyarakat.
Ø Berlaku penciptaan kapal yang lebih besar dan layar kapal.
Ø Kesannya, hasil pertanian meningkat dan wujudnya aktiviti perdagangan.
4. Peranan Sungai
Ø Kemunculan tamadun awal di lembah-lembah sungai menunjukkan kepentingan sungai sebagai salah satu faktor perkembangan tamadun.
Ø Sungai membantu kegiatan pertanian dari segi perairan, kesuburan tanah dan sebagai sumber bekalan makanan.
Ø Sungai juga berperanan sebagai jalan pengangkutan yang penting.
Ø Kesannya; terdapat banyak tamadun muncul di lembah-lembah sungai seperti di lembah sungai Nil, Tigris-Euprates, Indus dan Hwang Ho.
5. Faktor angin
Ø Angin memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun.
Ø Angin membantu pelayaran dan pengangkutan di antara satu tamadun dengan tamadun yang lain.
Ø Hal ini membolehkan wujudnya perdagangan jarak jauh untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.
Ø Perdagangan memajukan kebudayaan kerana berlakunya pertukaran fikiran dan maklumat.
6. Faktor bahasa dan tulisan
Ø Bahasa dan tulisan menjadi asas kepada kemajuan pengetahuan dan membantu melicinkan urusan pentadbiran dan ekonomi.
Ø Tulisan-tulisan pada zaman Neolitik menjadi asas kepada perkembangan sistem tulisan dalam tamadun awal.
Ø Fungsi tulisan adalah untuk merekod kegiatan ekonomi, keagamaan dan harta kuil serta perundangan.
Ø Contoh; tulisan cuneiform dalam tamadun Mesopotamia banyak digunakan untuk merekod tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran dan tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir untuk merekodkan keagamaan.
Ø Kesannya, penghasilan karya sastera seperti epik Gilgamesh dalam tamadun Mesopotamia, Epik Mahabrata dan Ramayana dalam tamadun Indus.
7. Berlaku Penciptaan roda
Ø Penciptaan roda oleh masyarakat Neolitik di Sumeria turut mempengaruhi kemunculan tamadun.
Ø Teknologi roda kemudiannya digunakan sebagai peroda untuk membuat tembikar, sebagai kincir dalam pengairan dan untuk menarik pedati (kereta kuda) bagi tujuan membawa hasil pertanian ke pelabuhan
Ø Hal ini membantu memajukan tamadun masyarakat tersebut.
Ø Roda juga mempercepat perkembangan industri tangan seperti pembuatan tembikar dan tekstil.
Ø Roda juga menggalakkan pertumbuhan perdagangan antara tamadun seperti tamadun Mesopotamia, Mesir dan Mohenjo-Daro.
8. Muncul Hieraki masyarakat @ Organisasi Sosial
Ø Hal ini dapat dilihat kepada kewujudan golongan pemerintah dengan golongan diperintah.
Ø Kewujudan organisasi sosial mewujudkan pengkelasan dalam masyarakat yang mempunyai peranan masing-masing.
Ø Contoh : Raja berfungsi sebagai pemerintah, pembesar berfungsi membantu raja dalam pentadbiran, petani untuk mengusahakan sumber makanan dan hamba pula untuk menjalankan kerja-kerja buruh.
Ø Membolehkan pentadbiran dapat dijalankan dengan lebih cekap dan membolehkan kemajuan dalam bidang politik dan sosial.
9. Wujud Pembahagian tugas @ Pengkhususan Kerja
Ø Pembahagian tugas dalam aktiviti pertanian dalam zaman prasejarah menyebabkan berlakunya pengkhususan kerja.
Ø Hal ini membolehkan setiap anggota masyarakat mempunyai tugas yang tetap.
Ø Keadaan ini mempercepat lagi proses kemajuan.
Ø Bentuk-bentuk kerja yang wujud dalam tamadun awal ialah askar, petani, tukang, peladang dll.
Ø Contoh, golongan artisan mewujudkan pengkhususan kerja seperti tukang kayu, bina kuil, bina piramid, membina terusan dan lain-lain.
10. Pembentukan Sistem agama dan kepercayaan
Ø Perkembangan sistem kepercayaan pada zaman prasejarah terutama pada zaman Neolitik telah pun mempengaruhi corak perkembangan sistem kepercayaan yang lebih kompleks.
Ø Agama dan kepercayaan adalah penting dalam menentukan tatacara kehidupan dalam masyarakat.
Ø Agama penting dalam memupuk perpaduan dalam masyakarat tamadun awal.
Ø Agama sebagai asas sistem pendidikan.
Ø Contoh, dalam tamadun Indus, kitab veda telah menjadi rujukan dalam sistem pendidikan.
Kesimpulan
1. Secara keseluruhannya, sesuatu tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal dan berorganisasi.
2. Urbanisasi telah membawa kepada pengurangan kebebasan individu dan hidup dalam suatu rangka kawalan.
3. Akibat urbanisasi, maka sesuatu yang berbentuk susun lapis yang berdasarkan kekuasaan, kelahiran dan kekayaan benda telah terbentuk.

ciri2 kemunculan tamadun awal


Huraikan ciri-ciri utama tamadun dengan merujuk kepada kemunculan tamadun-tamadun awal dunia.

PENGENALAN: ( 3 markah)

1. Konsep tamadun
  • Definisi :Tamadun merupakan satu konsep yang luas dan kompleks.Tamadun merujuk kepada pencapaian/kemajuan sesuatu masyarakat @ negara dalam bidang pengetahuan, pentadbiran, undang2, kepercayaan agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam
  • Ciri-ciri:
    • Petempatan Kekal
    • Pembandaran
    • Organisasi Sosial
    • Kepercayaan Dan Agama
    • Sains Dan Teknologi
    • Bahasa Dan Sistem Tulisan
2. Latar belakang tamadun-tamadun awal:
  • Tamadun Mesopotamia
  • Tamadun Mesir
  • Tamadun Indus
  • Tamadun China
3. Faktor – faktor yang mendorong kemunculan tamadun
  • ­ Proses evolusi
  • Proses urbanisasi
  • Kemajuan sains dan teknologi
  • ­ Sungai
  • ­ Faktor angin
  • ­ Faktor bahasa dan tulisan
  • ­ Penciptaan roda
  • ­ Kewujudan organisasi sosial
  • ­ Pengkhususan kerja
  • Sistem agama dan kepercayaan

ISI: CIRI-CIRI TAMADUN ( 7 isi X 3 markah = 21 markah)

1. Urbanisasi
  • Manusia hidup tetap di sesuatu tempat
  • Mereka menetap di lembah2 sungai
  • Sebab; tanahnya subur dan bekalan air yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perdagangan
  • Petempatan kekal bermula di Mesir sejak tahun 7000 S.M.
  • Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar2 Memphis , Dhilkah dan Thebes
2. Pengkhususan Kerja
  • Setiap anggota masyarakat mempunyai tugas dan peranan mereka masing2 seperti petani, penternak, artisan dan askar.
  • Pengkhususan kerja mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun.
  • Contoh; tamadun China
3. Organisasi sosial
  • Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.
  • Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.
  • Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas.
  • Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir.
  • Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan
  • Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing2
  • Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja2 yang berat.
  • Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda
  • Contoh ; kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi
4. Bahasa dan Tulisan
  • Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, @ berbentuk pepaku
  • Tulisan2 ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
  • Lambang2 bertulis merupakan alat yang melahirkan idea2 perundangan, pengetahuan serta memudahkan pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan.
  • Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekodkan upacara keagamaan dan harta kuil.
  • Contoh; tulisan Cuniform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekodkan tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.
5. Agama dan Kepercayaan
  • Terdapat amalan politeisme iaitu menyembah dewa-dewi.
  • Dewa/i juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka.
  • Jika tidak disembah,dewa/i akan membawa malapetaka seperti banjir,dan kemarau.
  • Contoh; Tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga
  • Tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa/i yang banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat.
6. Kemajuan sains dan teknologi
  • Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal.
  • Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng.
  • Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan.
  • Kemajuan2 ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia.
7. Estetika
  • Hal ini dapat dilihat dari segi seni bina, seni ukir dan sastera.
  • Contoh dalam tamadun Mesopotamia terdapat epik Gilgamesh yang menceritakan keperwiraan bangsanya.
  • Iliyad dan Odysey yang dihasilkan Homer juga banyak menceritakan tentang kejayaan dan pengembaraan orang Yunani.
KESIMPULAN: ( 1 markah)
Kemajuan dalam tamadun-tamadun awal menyebabkan masyarakat seterusnya mencapai ketamadunan yang lebih tinggi dalam semua aspek kehidupan.

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – KEPENTINGAN ZAMAN NEOLITIK


Huraikan kepentingan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal.
PENDAHULUAN
1. Latar belakang zaman prasejarah
  • Terbahagi kepada tiga zaman iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik.
2. Latar belakang zaman Neolitik
  • Dikenali juga sebagai zaman prasejarah akhir atau Zaman Batu Baru.
  • Wujud kira-kira 7000 S.M – 3500 S.M
  • Kewujudan zaman ini berbeza mengikut tempat di dunia.
3. Zaman neolitik ini merupakan perintis kepada perkembangan tamadun dunia berikutan kewujudan beberapa ciri persamaan antara zaman neolitik dan zaman tamadun awal manusia.
ISI: Kepentingan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal.
1. Asas Penemuan Kemajuan Sains dan Teknologi
  • Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal.
  • Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng.
  • Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan.
  • Kemajuan-kemajuan ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia.
  • Penemuan bajak dan roda menambahkan lagi daya produktiviti manusia
  • Contoh ; penemuan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka.
  • Haiwan seperti kuda dan kerbau di latih untuk mengangkut barang atau membajak sawah.
  • Kesan penggunaan alat-alat ini telah meningkatkan hasil pertanian.
  • Penciptaan rakit dan perahu pada zaman Neolitik juga membawa kepada perkembangan pembuatan kapal untuk menjalankan aktiviti perdagangan pada zaman tamadun awal manusia. Contoh, perdagangan antara Tamadun Mesopotamia dengan Tamadun Indus.
2. Pembentukkan Revolusi Pertanian
  • Zaman neolitik juga dianggap perintis perkembangan tamadun manusia berikutan kegiatan ekonomi mereka.
  • Antara ciri tamadun dalam aspek ini ialah berlakunya revolusi pertanian. Revolusi ini sebenarnya telahpun bermula pada zaman neolitik.
  • Manusia telah pandai mengusahakan kegiatan pertanian untuk mendapatkan bekalan makanan.
  • Mereka tidak lagi bergantung kepada sumber hutan, sebaliknya mula bercucuk tanam dan menternak haiwan.
  • Ekonomi pertanian secara besar-besaran yang menghasilkan lebihan makanan dan menggalakkan aktiviti perdagangan.
  • Kesuburan tanah dan penghasilan makanan yang mencukupi untuk menampung penduduk telah mencetuskan revulusi urban atau perbandaran.
  • Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar-bandar Memphis dan Dhilkah dan Thebes
3. Mewujudkan Proses Urbanisasi/Perbandaran.
  • Perubahan kepada cara hidup bermastautin atau membina petempatan kekal juga menyebabkan zaman neolitik ini dianggap sebagai perintis perkembangan tamadun manusia.
  • Salah satu ciri masyarakat bertamadun ialah kejayaan membina petempatan kekal.
  • Dengan corak ini membolehkan manusia bergiat dalam aktiviti bercucuk tanah dan menternak haiwan serta membina tamadun.
  • Masyarakat Neolitik yang telah mula hidup menetap dan bilangan penduduk yang ramai telah membentuk sebuah perkampungan dan akhirnya berkembang menjadi bandar dan negara kota.
4. Mewujudkan Sistem Kepercayaan dan Agama
  • Kepercayaan manusia neolitik juga menjadi perintis kepada kewujudan sistem kepercayaan manusia bertamadun.
  • Dalam masyarakat neolitik telah wujud naluri berugama. Walaupun masyarakat Neolitik mempercayai kepercayaan berunsur alam sekitar, namun dari kepercayaan inilah yang akhirnya telah melahirkan kepercayaan beberapa kepercayaan lain dalam masyarakat bertamadun.
  • Pada zaman Neolitik, manusia mempercayai kuasa ghaib yang dipercayai menentukan nasib mereka.
  • Mereka percaya kepada semangat atau Tuhan yang mengawal alam semesta.
  • Manusia boleh menerima hukum alam. Contoh ; banjir.
  • Kesan daripada sistem kepercayaan dan agama pada zaman Neolitik menyebabkan berlakunya amalan politeisme iaitu penyembahan dewa-dewi.
  • Dewa-dewi juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka.
  • Jika tidak disembah,dewa-dewi akan membawa malapetaka seperti banjir, dan kemarau.
  • Contoh; tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga
  • Contoh; dalam tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa-dewi yang banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat.
5. Pembentukkan Pengkhususan kerja
  • Pada zaman Neolitik pengkhususan kerja hanya melibatkan jantina sahaja iaitu kaum lelaki kepada aktiviti memburu dan kraftangan (seperti penghasilan peralatan, tembikar dll) sementara kaum wanita bercucuk tanam.
  • Pengkhususan kerja telah meningkatkan produktiviti mereka dan merangsang kepada aktiviti perdagangan. Kewujudan pengkhususan kerja ini berikutan telah wujudnya kepelbagaian keperluan dalam masyarakat Neolitik.
  • Pengkhususan kerja pada zaman Neolitik ini menyebabkan setiap anggota masyarakat pada zaman Tamadun mempunyai tugas dan peranan mereka masing-masing seperti petani, penternak, artisan dan askar.
  • Pengkhususan kerja mempercepat lagi proses urbansisasi dan perkembangan tamadun.
  • Contoh; tamadun China
6. Mewujudkan Organisasi Sosial
  • Organisasi sosial / institusi kekeluargaan dalam masyarakat Neolitik membawa kepada kewujudan corak politik yang mudah.
  • Pada zaman Neolitik, wujud ketua kampung yang menyelesaikan sebarang ertikaian berkaitan dengan pertanan atau hak milik tanah.
  • Perkembangan ini telah membawa kepada kewujudan institusi politik yang lebih kompleks dalam masyarakat bertamadun.
  • Struktur dan organisasi masayarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.
  • Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.
  • Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas.
  • Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir.
  • Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan
  • Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing-masing
  • Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja-kerja yang berat.
  • Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda
  • Contoh ; tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hamumurabi
7. Mewujudkan Aktiviti Kesenian dan Sistem Tulisan
  • Aktiviti melukis haiwan di dinding gua pada zaman Neolitik telah mencetuskan pula kelahiran sistem tulisan.
  • Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau berbentuk pepaku.
  • Tulisan-tulisan ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
  • Contoh: tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekod upacara keagamaan dan harta kuil.
  • Contoh: tulisan Cunieform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekod tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.
Kesimpulan
  • Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap Neolitik.
  • Kemunculan tamadun awal manusia telah melahirkan tamadun-tamadun dunia yang lain seperti Tamadun Yunani dan Tamadun Eropah.