PENGENALAN
Pemanasan
global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi
berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun
pada waktu malam. Kajian
mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain.
Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini
perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja.Antara intipati perbualan
Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, ketua Jabatan Geografi, Universiti Malaya
dengan Bernama pada 31 Mei 2007. Dalam wawancara tersebut, Prof Azizan
membincangkan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun 2007 yang bertemakan
“Perubahan Iklim.” Sebagai profesor meteorologi dan mengajar bidang alam
sekitar, bicara Prof Azizan dibayangi rasa penuh kebimbangan.Terdapat beberapa faktor yang menyumbangkan berlakunya
pemanasan global dan beberapa kesan kepada manusia dan alam sekitar.(122M)
ISI-ISI:
FAKTOR 1:
PERINDUSTRIAN
Aktiviti
perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global.
Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin
dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon
dioksida.Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba
yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara
global.
FAKTOR 2:
PENGANGKUTAN
Kenderaan
bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan pergerakan
mereka di bumi ini.Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan
bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum
telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida.
FAKTOR 3:
PEMBAKARAN
HUTAN
Kegiatan
pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan
hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah
menyumbang kepada pemanasan global.Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan
kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon
dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global.Asap yang terbebas ke angkasa
daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida.
FAKTOR 4:
PERTANIAN
DAN PENTERNAKAN
Aktiviti
pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara
berlebihan.Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara
berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas
metana.Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil
buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan
membebaskan banyak gas metana ke angkasa.
FAKTOR LAIN:
LETUSAN
GUNUNG BERAPI
Selain punca
pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga disebabkan
oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi Letupan gunung berapi yang
banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau
contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan
sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.Contoh gunung
berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa
di Selat Sunda.
KESAN-KESAN;
1.
Peningkatan
suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan
pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat
pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir
besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta
negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh.
Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan
mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah
tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut
termusnah.
2.
Suhu bumi yang tinggi menyebabkan
tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian.
Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan
hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan
hujan dan sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk,
sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.
3.
Kekeringan sumber air
permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses sejatan tidak
mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan.
Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas.
Dalam keadaan udara kering memudahkan terbentuknya jerebu/
partikulat-partikulat terampai. Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu
di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut
akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat
Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik
menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.
4.
Selain
itu, pemanasan global turut menjejaskan kesihatan manusia.Keadaan
suhu bumi yang semakin meningkat akan mengakibatkanketidakselesaan manusia. Malahan,
fenomena ini turut mengakibatkanpelbagai penyakit seperti kerosakan kanta mata,
kanser kulit, malahan berlakumutasi dalam sistem kromosom manusia. Hal ini
dapat dilihat dengan lebih jelas apabila manusia menghadapi Sindrom Down dan
Sindrom Turner akibatdaripada mutasi kromosom. Tegasnya, pemanasan global akan
menjejaskankesihatan manusia.
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan