p/s:betul ke tidak itu tidak pastiiii????
peneroka yang mencari ilmu
Selasa, 16 April 2013
MISTERI DAN KEAJAIBAN PIRAMID
p/s:betul ke tidak itu tidak pastiiii????
misteri hidup selepas mati
Manusia yang telah disahkan mati biasanya tidak boleh hidup semula. Tetapi dalam beberapa kejadian, mereka yang telah mati selama beberapa minit didapati hidup semula. Kejajadian ini jarang berlaku dan dianggap sebagai suatu kejaiban dalam dunia perubatan. Apabila jantung seseorang didapati berhenti atau tiada lagi denyutan nadi maka seseorang itu akan disahkan telah meninggal dunia.
TUNGGU SEBENTAR!!!!!!!!!
Walau bagaimanapun, pandangan ini dibantah oleh sesetengah daripada kalangan mereka yang menuntut supaya difinisi dan takrif mati dinilai semula. Mereka mahu seorang diisytiharkan mati apabila otaknya sudah tidak berfungsi lagi biarpun jantungnya masih lagi bergerak dan bekerja. Kebiasaan orang yang mengalami kejadian mati sementara ini menghidap beberapa jenis penyakit antarannya termasuklah jamtung dan asma serta terlibat dalam kemalangan jalan raya dan malapetaka yang menyebabkan jantungnya berhenti berdenyut. Yang peliknya, mereka yang disahkan mati kerana jantungnya sudah berhenti berdenyut didapati hidup semula kira-kira 10 hingga 20 minit kemudian apabila jantungnya kembali bergerak seperti biasa. Dalam beberapa kejadian lain pula, terdapat mereka yang mati akanmeronta-ronta di bilik mayat dan bangun semula sewaktu bedah siasat hendak dilakukan ke atas jenazahnya. Kejadian mayat bangun semula di bilik mayat sebenarnya bukan merupakan suatu perkara yang aneh. Hal ini kerana selepas seseorang mati, tubuhnya akan kehilangan haba dan menjadi sejuk. Sekiranya mayat itu disimpan dalam bilik sejuk dalam suhu yang rendah, otot-otot si mati akan mengecut dan manarik lantas menyebabkan mayat itu kelihatan bergerak-gerak. Rentapan otot yang kuat boleh menyebabkan mayat itu bangkit semula seolah-olah baru bangun dari tidur. Namun begitu, kejadian hidup sesudah mati masih tidak mempunyai huraian secara saintifik khususnya daripada sudut sains dan perubatan.
Mereka yang hidup semula bukan sahaja dapat mengingati pengalaman kematian mereka tetapi juga dapat menceritakan sepenuhnya apa-apa yang berlaku kepada dirinya. Kebanyakan mereka mengatakan telah berjumpa dengan sanak-saudara yang sudah lama meninggal dunia, melihat cahaya yang terang benderang, dan masuk ke dalam terowong besar yang gelap. Mereka mendapati diri mereka terapung-apung di ruang udara seolah-olah ada jurang yang memisahkan mereka dengan dunia yang nyata. Tetapi rata-ratanya telah melalui satu proses kematian yang hampir sama yakni roh keluar daripada badan.kemudian terdengar ahli keluarga, saudara-mara dan mereka yang berada di sisi mereka menangis. Terdapat pula yang melihat doktor dan jrurawat cuba menyelamatkannya. Mereka boleh mendengar suara orang yang masih hidup tetapi tidak dapat didengar oleh keluarga, rakan-rakan dan doktornya. Dr. Kenneth Ring dalam bukunya'Life at Death' dan 'Life After Death' telah mengemukakan beberapa kes dan pengalaman yang dialami oleh mereka yang pernah merasai detik-detik kematian.
Seorang yang telah disoal-selidik oleh dr. Ring ialah Jonathan Curie dan mati dalam satu kemalangan jalan raya. Sepanjang tempoh 16 minit kematian, Jonathan merasakan rohnya keluar dari badannya yang tersidai di katil bilik kecemasan hospital. jonathan terasa terapung hingga ke bumbung bilik kecemasan dan dapat melihat apa-apa yang sedang dilakukan oleh doktor terhadap jasadnya. kemudian beliau memasuki satu terowong yang sungguh gelap dan secara tiba-tiba muncul pula cahaya yang terang-benderang seperti matahari tetapi tidak menyakitkan mata. Tidak berapa lama, beliau terdengar suara menyebut namanya tetapi beliau tidak pasti dari mana suara itu datang. Yang diketahui selepas itu ialah beliau hidup semula. Daripada kaji selidik yang dilakukan oleh Dr. Ring terhadap 200 responden, beliau mendapati lebih separuh daripada mereka berbohong. Pengalaman 'mati' mereka hanya merupakan khayalan dan diciptanya sendiri. Hal ini kerana sesetengah gambaran mengenai alam roh yang diberikan oleh respondennya menyerupai gambaran yang pernah mereka lihat dalam lukisan, buku dan sebagainya. Jadi, lakaran mengenai alam kematian sukat untuk dipercayai apatah lagi untuk dibuktikan meskipun kita tidak menolak kebanyakan mereka pernah melalui pengalaman 'mati' yang bersifat sementara. Semasa mati, kemungkinan berlaku perubahan kimia pada bahagian otaknya yang menyebabkan mengimbas balik pengalaman dan kejadian yang pernah dilaluinya atau apa-apa sahaja yang masih tersimpan di dalam memorinya. Para saintis dan pakar kaji jiwa masih mengkaji. Mungkin suatu hari nantiakan ada jawapan yang dapat menyelesaikan misteri yang menyelebungi kita selama ini.
SKIZOFRENIA
Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.
Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalampsychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.
Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.
GAMBARAN KESELURUHAN
Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom 'positif' dan 'negatif'. 'Simptom positif' adalah simptom yang tidak ada dalam diri individu normal, tetapi terdapat dalam diri individu yang menghidapi skizofrenia. Antara simptom 'positif' termasuk delusi, halusinasi, gangguan pemikiran (thought disorder) dan lain-lain. Hanya pesakit skizofrenia sahaja yang akan mengalami perkara sebegini. Simptom negatif pula adalah simptom yang sepatutnya ada dalam diri individu normal tetapi tidak ada dalam diri pesakit skizofrenia. Antara contoh bagi simptom negatif ialah kelembapan aktiviti kognitif, tidak bermotivasi, kesukaran dalam bertutur dan lain-lain. Sesetengah model skizofrenia termasuk kecacatan pemikiran rasmi (formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam kumpulan ketiga, "sindrom bersepah (disorganization syndrome)."
Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defesit neurokognitif (neurocognitive deficit). Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti ingatan, perhatian,menyelesaikan masaalah, fungsi exekutif (executive function) atau cognition sosial (social cognition).
Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.
Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara apa yang diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit psykhotik lain. Pada tahun 1911, "dementia praecox" dinamakan semula sebagai "skizofrenia" oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin sebagai mengelirukan, kerana masaalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), samaada pramatang ataupun tidak.
Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan anti-psychiatry, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus sebagai penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social control) terhadap mereka yang dianggap tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.
Baru-baru ini, ia telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu spektrum tabiat dan pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai psychosis model continuum (continuum model of psychosis) atau pendekatan dimensi 'dimensional approach' dan paling jelas diperjuangkan oleh psychologist Richard Bentall dan psychiatrist Jim van Os.
Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti dalam kesemua individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan pakar perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak manusia (samaada diwarisi atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup. Pendekatan meluas yang diambil ini dikenali sebagai 'model tekanan-kelemahan' - (stress-vulnerability), dan banyak perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak setiap faktor ini menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.
Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal [[perkembangan neural|perkembangan neural (neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi proses sebelum kelahiran (prenatal). Dalam kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi (atau kegagalan berfungsi) dopamine dalam laluan mesolimbik (mesolimbic pathway) dalam otak. Theori ini, dikenali sebagaidopamine hypothesis of schizophrenia kebanyakanya hasil jumpaan secara tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagai phenothiazines, mengurangkan simptom psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu mudah (overly simplistic) sebagai penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatanantipsikhotik biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun berkesan dalam kebanyakan kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai pesakit disebabkan kesan sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah individual.
Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara individual, mungkin tidak boleh diharap masa kini bagi individual tertentu.
10 Tanda Orang Yang Berbohong/Suka Menipu !
1. Gugup.
Berbohong memiliki gejala yang hampir sama dengan ketegangan. Dalam berbagai situasi ketika kita berniat untuk berbohong , kita mudah merasa gugup , dan waktu itulah masa untuk menutup kesalahan . Anda pernah begitu ? Anda sahaja yang tahu . haha .
2. Perhatikan bahasa tubuh.
Lihat dan perhatikan bahasa tubuh dan posture seseorang yang kelihatan seperti menutupi bahagian tertentu dari wajah atau tubuh. Menyentuh hidung merupakan salah satu ciri untuk mengetahui seseorang tu berbohong atau pun tidak . Tapi , jangan pulak kalau dia gatai kat bahagian hidung . Diorang garu-garu terus korang tuduh dia menipu ! haha .
3. Gelisah berlebihan.
Perhatikan jika seseorang yang korang curigai berbohong , menggaru-garu atau menggesek pakaiannya . Err . Kebanyakan dan selalunya , perbuatan sedemikianlah cara untuk kita ketahui dia berbonong ataupun tidak . Ishk , kalau dah tahu itu boleh nampak sangat nak berbohong , boleh pulak digesek2 pakaiannya . haha . Kelakar lah .
4. Senyum berlebihan.
Di samping dari kelihatan gelisah berlebihan yang nampak sangat dia tu sedang berbohong, lihat juga orang yang suka tersenyum lebih banyak ketika mereka mengatakan yang sebenarnya . Ah , dah sah pembohong .
5. Percaya pada naluri.
Haa . Ini penting kan ? Selain perhatikan gerak-geri orang yang sedang berbohong , kit juga haruslah percaya pada naluri kita sendiri . Mungkin betul jika pepatah orang dolu-dolu mengatakan , "jika anda mencurigai seseorang berbohong, mungkin anda benar." . Err . So , ikut lah naluri hati korang tu ye :)
6. Muka kelihatan bingung.
Semasa dia berbohong, dia akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama. Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut. Nampak je muka dia ala~ala bingung and tergagap masa nak cakap , dia menipu lewtew :)
7. Menganggukkan kepalanya.
HEHE . Ada jugak yang suka mengangguk-ngangguk kan kepalanya . tanya , dia angguk-angguk je macam sedang berbohong gitu . hek . Ramai macam ni kot ?
8. Selalu beri penjelasan yang tidak penting.
Err . Dah sah pembohong . Kita tanya sesuatu benda yang spesifik . Yang dia pergi jawab benda tu , tapi , bagitau dengan lebih detail dengan cakap laju-laju bagai sedang nyanyi lagu rap tu . ahaha . Orang nak satu jawapan je . Dia pergi jawab panjang berjeler-jeler . Ah !
9. Bila berjanji , sering mengingkari.
Ni selalu ada pada lelaki kot ! Opss* Maaf . haha . Masa tu , bersemangat haa janji itu ini konon bagi harapan yang GAHHH ! . Padahal , bila dah dapat sesuatu yang dikehendakinya , err biasanya lupa akan janji manisnya dahulu .
10. Mengatakan sesuatu yang tidak dilakukannya.
Err . Biasa lah tu . Tak buat sesuatu benda tu . Tapi , diperbesar-besarkan hasil usaha yang dilakukannya itu . Contohlah , dia kata nak kemas satu rumah , atas bawah . Sapu luar , belakang rumah . Ah , padahal , kemas bilik je . Err . Siapa yang gini ? haha . Siapa makan cili , terasa lah pedasnya . Opss *
Amacam . Dah tahu siapa yang suka bohong anda ? ekeke . Lyssa biasanya selalu sangat tahu orang yang suka berbohong ni . So , jangan lah nak tipu-tipu Lyssa . Err . (Berlagak nya!)
HUHU . #Kidding je lah :)
Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
WANITA TUBUH BERISI LEBIH DISUKAI LELAKI...!!!
Tapi, bagaimana dengan kehidupan sebenar? Bentuk tubuh sepertimana yang sebenarnya disukai oleh lelaki? Benarkah lelaki lebih menyukai wanita kurus? LamanAskmen memberikan jawapan yang mungkin Anda perlukan.
Contohnya, Renee Zellweger yang seharusnya menjadi cover majalah Bazaar setelah produksi filem “Bridget Jone’s Diary” akhirnya ditolak kerana merasa dia terlalu gemuk. Jadi, sebenarnya medialah yang mendefinasikan wanita bagaimana seharusnya berpenampilan. Ingatlah, kita mempunyai peribadi yang harus menentukan bagaimana kita akan berpenampilan.
Pada ketikanya dulu, Marilyn Monroe juga begitu dipuja lelaki. Lelaki menganggap Marilyn memiliki tubuh sempurna seperti jam pasir dengan ukuran 36-26-36. Kini, ukuran wanita ideal bentuk tubuhnya adalah 34-24-34 namun dengan tambahan isi pada bahagian payudara.
Saat ini, wanita berisi lebih disukai lelaki, seperti bentuk tubuh aktres Kim Kardashian.
- Wanita kurus atau berisi?
- Mana yang lelaki sukai?
- Lebih berisi, lebih baik
Contohnya, Renee Zellweger yang seharusnya menjadi cover majalah Bazaar setelah produksi filem “Bridget Jone’s Diary” akhirnya ditolak kerana merasa dia terlalu gemuk. Jadi, sebenarnya medialah yang mendefinasikan wanita bagaimana seharusnya berpenampilan. Ingatlah, kita mempunyai peribadi yang harus menentukan bagaimana kita akan berpenampilan.
Pada ketikanya dulu, Marilyn Monroe juga begitu dipuja lelaki. Lelaki menganggap Marilyn memiliki tubuh sempurna seperti jam pasir dengan ukuran 36-26-36. Kini, ukuran wanita ideal bentuk tubuhnya adalah 34-24-34 namun dengan tambahan isi pada bahagian payudara.
Saat ini, wanita berisi lebih disukai lelaki, seperti bentuk tubuh aktres Kim Kardashian.
- Lelaki ingin wanita yang tampak sihat
Rahsia Disebalik Tingkah Laku Seseorang Ketika Bercakap
1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap
Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.
2.Berpeluk tubuh ketika bercakap
Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.
Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.
3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari
Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.
Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.
4.Mata dan dahi berkerut-kerut
Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.
Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.
Tanda Orang Munafiq
٣٢ -حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ أَبُو الرَّبِيعِ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ قَالَ حَدَّثَنَا نَافِعُ بْنُ مَالِكِ بْنِ أَبِي عَامِرٍ أَبُو سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ}Dari Abi hurairah, Nabi bersabda: ada tiga tanda orang munafik. Apabila bercakap, dia berdusta. Apabila berjanji, dia mungkir. Apabila diamanahkan, dia berkhianat.۳۳ -حَدَّثَنَا قَبِيصَةُ بْنُ عُقْبَةَ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنِ الأَعْمَشِ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ مُرَّةَ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَمْرٍو {أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ } تَابَعَهُ شُعْبَةُ عَنِ الأَعْمَشِDar abdullah bin Umar, Nabi bersabda: empat perkara sesiapa yang ada padanya keempat-empat perkara ini nescaya dia adalah munafik tulen dan sesiapa yang hanya ada satu daripada perkara-perkara itu, dia mempunyai sifat nifak padanya sehingga dia meninggalkannya. Pertama: apabila diberi amanah, dia khianat, kedua: apabila bercakap, dia dusta, ketiga: Apabila berjanji dia mungkir, keempat: apabila dia berkelahi dia melampaui had.
Sebelum ni Imam Bukhari cerita kufur ada banyak peringkat. Zalim pun banyak peringkat. Kali ni dia nak cerita perkara ketiga lawan kepada iman. Iaitu Nifak. Nifak ini peringkat tertinggi adalah tidak beriman. Ada banyak peringkat dibawahnya. Mungkin dia mempunyai sifat-sifat munafik, tapi dia tidaklah terkeluar lagi dari daerah Islam. Tandanya ialah walaupun sifat-sifat itu ada dengan sahabat Nabi, tapi Nabi tidaklah suruh mereka mengucap syahadah kembali.
Hadith ini seperti Hadith-hadith lain sebelum ini adalah untuk menghujahi puak Murjiah yang mengatakan perbuatan keji tidak menjejaskan iman. Kalau tidak jejas, kenapakah Nabi sampai menasihati sahabat supaya jangan melakukannya? Sifat-sifat itu tidak sesuai untuk orang Islam dan boleh menjejaskan keimanannya.
Nifak dari segi bahasa maknanya ‘yang diluar tak sama dengan dalam’. Dari segi syarak, zahir Islam, tapi sebenarnya kafir.
Nafak tu asal bahasanya adalah lubang. Binatang boleh keluar dari lubang lain. Lubang yang lagi satu tu tak jelas dan kita tak nampak. Kita dok tunggu lubang lain nak tangkap dia tapi dia lari ikut lubang lain. Macam orang Munafik tu, kita ingat dia dengan kita, tapi senyap-senyap dia pegi kepada kawan-kawannya yang munafik. Kita kena pandai-pandai tahu Samada dia munafik atau tidak.
Naafiqaat: lubang arnab. Ada dua lubang untuk keluar.
Nafak tu asal bahasanya adalah lubang. Binatang boleh keluar dari lubang lain. Lubang yang lagi satu tu tak jelas dan kita tak nampak. Kita dok tunggu lubang lain nak tangkap dia tapi dia lari ikut lubang lain. Macam orang Munafik tu, kita ingat dia dengan kita, tapi senyap-senyap dia pegi kepada kawan-kawannya yang munafik. Kita kena pandai-pandai tahu Samada dia munafik atau tidak.
Naafiqaat: lubang arnab. Ada dua lubang untuk keluar.
Sifat Munafik yang pertama adalah Apabila bercakap, dia berdusta.
Bila janji dia mungkir. Kalau tak berniat nak mungkir tidak apa. Tapi kalau dari mula lagi dah nak mungkir, itu yang tidak boleh. Sebab ada disebutkan dalam sunan tirmidhi, tidak bersalah kalau tidak dapat menepati janjinya kerana tidak sengaja. Tapi tidak boleh dijadikan hujjah sebab lemah sebab ada perawi yang tidak diketahui.
Apabila diamanahkan, dia khianat.
Kenapa sebut tiga yang ini? Nabi akan cakap dalam perkataan yang ringkas tapi luas maknanya. Sebab ketiga-tiga sifat ini merangkumi niat dalam ucapan dan amalan. Merangkumi semua aktiviti manusia. Sebagai contohnya diberikan adalah tiga perkara ini. Tapi bukan tiga ini sahaja. Ucapan kalau rosak orang akan panggil kita pendusta. Kalau perbuatan tidak molek, orang akan kata kita khianat. Kalau niat rosak, kita akan dikatakan mungkir janji. Macam percakapan, seorang mukmin akan cakap yang molek sahaja. Janji itu mempunyai makna yang luas lagi. Macam janji dengan Allah perlu ditepati juga. Janji ikut Quran dan Sunnah. Khianat pula, banyak perkara yang Allah telah amanahkan, yang kita telah khianat. Seperti contohnya, khianat seorang pemimpin. Ataupun khianat seorang anak yang tidak menyempurnakan amanah ayahnya untuk belajar. Dan macam-macam lagi.
———
Mengenali perawi. Siapakah Kabisah? Orang tak pernah dia lihat senyum. Sentiasa dalam keadaan berfikir. Memang orang baik dan soleh. Orang besar pernah datang nak belajar tapi dia tak suka. Ada yang kritik dia. Sebab hadis yang diambil semasa dia muda. Yang dikatakan muda itu adalah semasa umur 16 tahun. Kira dah cukup umur dah tu. Banyak dia belajar. Ramai yang terima dia.
Sufyan ath thauri. Terkenal sangat. Dia ada feqah sendiri. Pernah diamalkan dahulu tapi tidak dah zaman sekarang. Banyak keserupaan dengan Mazhab Hanafi. Ulama sepakat kedudukannya yang baik dalam agama. Orang besar dalam bahagian Hadith. Kuat ingatannya. Cukup jaga supaya tidak rapat dengan pembesar. Sebab menjaga ilmu dia. Dia seorang yang berharta sebab dia kata kalau takde duit, raja akan layan kita macam sapu tangan. Pada dia, seorang ahli ilmu itu kena cukup segala keperluan hidup. Supaya dia selamat dari dipergunakan oleh orang lain.
Masruq. Dia tidak sempat jumpa Nabi tapi hidup sezaman dengan Nabi. Mak angkat dia adalah Aisyah. Isteri dia pun anak murid dia dan meriwayatkan dari dia. Dia adalah anak murid ibn Mas’ud yang terpilih. Malam dia jarang tidur. Sampai isteri dia kesian kat dia. Kalau dia buat haji, dia tidak rehat. Dia sayang Aisyah sampai dia namakan anak dia Aisyah. Dia kata biarlah susah sekarang untuk menghadapi yang tiada rehat. Dia cakap begitu bila anak dia suruh dia buka puasa. Banyak sekali yang iktiraf kedudukan dia sebagai ulama Hadith.
Hadith yang kedua pula ada empat perkara pula. Ada perkataan khalisan iaitu berkelahi. Ikut qurtubi, Nabi cakap pada satu masa tiga perkara sahaja sebab masa itu baginda diberikan pengetahuan berkenaan tiga perkara itu sahaja dan kemudian dia diberikan empat. Nabi tidak diberikan ilmu sekaligus. Ini menunjukkan lagi bahawa baginda tidak bercakap suka hati dia. Tapi tunggu wahyu dari Allah. Puak anti hadis kata wahyu itu Quran sahaja. Tapi apa semua yang dikatakan oleh Nabi itu adalah wahyu belaka.
Hafiz ibn Hajar kata kalau ada empat itu akan menguatkan sifat nifak itu. Yang penting adalah jangan bagi diri kita ada sifat- sifat itu. Kalau dah ada empat dah pun dikatakan munafik tulen. Kalau lagi banyak lagi teruk. Ada banyak lagi sifat lain yang tidak disebut di sini. Jangan kita sangka yang tiga atau empat ini sahaja. Kalau yang ada tiga ni pun dah teruk dah. Masih Islam lagi, tapi dah tak boleh harap sebagai seorang Muslim. Maksudnya dia muslim yang tidak berapa bagus lah.
Ada masa sesuai kata tiga dan ada masa Allah cakap tiga. Tapi bukan setakat ini sahaja. Ada banyak lagi. Ini adalah diantara sifat-sifat munafik itu.
Apa maksud munafik tulen? Itu dah macam bukan Islam dah. Ada perbahasan dalam perkara itu. Kalau ada lagi banyak pun masih Islam lagi. Hati dia masih lagi terima. Jadi apa maksud tulen tu? Ini adalah kerana, tidak semestinya ada alamat itu bermaksud dia betul jadi seorang munafik. Contoh kalau panas itu adalah alamat seseorang itu demam. Tapi tidak semestinya.
Ibnu Taimiyah kata bila ada alamat tidak bermakna dia munafik yang telah kafir itu. Tidak boleh dikatakan dia munafik yang kafir itu.
Ibnu Taimiyah kata bila ada alamat tidak bermakna dia munafik yang telah kafir itu. Tidak boleh dikatakan dia munafik yang kafir itu.
Imam Nawawi kata mereka serupa atau semacam dengan orang munafik. Bukanlah munafik yang kafir. Bukan nifak haqiqi. Serupa dan kalau ada empat sifat, terlalu serupa.
Imam Tirmidhi kata makna perkataan nifak itu adalah nifak amali. Yang nifak sebenar adalah pada zaman Nabi iaitu mereka yang tidak menerima Nabi. Zaman sekarang hanya ada nifak amali. Itu adalah sifat tidak sesuai dengan orang Islam. Ini adalah penerangan paling baik.
Pendapat lain adalah untuk mengingatkan orang Islam supaya jangan ada sifat-sifat orang munafik ini. Untuk mengancam orang Islam supaya jangan jadi tabiat atau perangai orang Islam.
Ada juga mengatakan kalau sudah jadi tabiat darah daging, kalau begitu memang jadi munafik. Tapi tidaklah munafik tulen. Sebab gelaran munafik itu adalah berat untuk ahli Sunnah Wal jamaah. Ini kalau dah menjadi tabiat atau darah daging dia. Bukanlah kalau sekali sekala. Itulah dari perkataan ‘iza‘ di dalam Hadith itu. Maksudnya perbuatan itu berulang-ulang. Buat sekali pun dah tak elok dah.
Bercakap tentang apa? Tentang apa sahaja. Tentang semua perkara. Sebab perkataan itu telah diumumkan oleh Nabi.
Bercakap tentang apa? Tentang apa sahaja. Tentang semua perkara. Sebab perkataan itu telah diumumkan oleh Nabi.
Ada satu pendapat mengatakan, Nabi sebenarnya nak menceritakan tentang seseorang di zaman baginda. Dia tak sebut nama. Nak ingatkan kepada orang lain jangan jadi macam tu juga. Orang itu akan berasa sendiri.
Pendapat dari Ata’ bin Rabah: Maksud munafik bukan seorang, tapi golongan munafikin yang ada di zaman Nabi. Hasan Basri juga berpendapat begini. Kalau ada sifat begini pun boleh jadi munafik juga. Maka Hasan al Basri kata kalau ada orang yang mempunyai ketiga-tiga sifat ini, dia tidak keberatan memanggil mereka munafik. Beliau kata itu kerana berdasarkan hadith ini. Bila Ata’ bin rabah dengar pendapat Hasan al Basri itu, dia telah tulis surat hanya kepada Hasan al Basri. Dia kata: “Apa pendapat kamu tentang anak-anak Yaakub? Mereka menipu, tidak amanah dan tidak menepati janji. Ada tiga-tiga sifat itu. Apakah mereka munafik?” Maka Hasan tarik balik pendapat dia. Dia suka ada teguran sebegitu. Dia setuju yang ada orang cerita pendapat dia dan tanya kepada ulama lain juga dan berbincang mana pendapat yang lebih baik.
Ada yang cerita siapa yang Nabi maksudkan adalah Tsa’labah tapi ini adalah cerita palsu. Dia pernah minta Nabi doakan dia supaya dia jadi kaya. Lepas tu Nabi hantar orang untuk tuntut zakat dari dia. Tsa’labah kata ini dah macam Jizyah dah. Turun ayat sebab perbuatan itu. Sampai keluargnya marahkan dia kerana cerita dia sudah masuk Quran dah. Dia tak sedap hati dia jumpa Nabi nak beri zakat. Allah dah larang terima zakat dari dia. Dia meraung kesedihan. Dan zaman Umar pun taknak terima zakat dia. Tapi itu semua adalah hadis palsu sahaja. Mereka nak memburukkan seorang ahli Badar. Satu perkara berat untuk mengatakan seorang sahabat berperangai buruk. Malang sekali, cerita ini berleluasa dalam masyarakat kita. Kerana ada diceritakan dalam kitab tafsir yang tidak muktabar.
Langgan:
Catatan (Atom)