peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Jumaat, 4 Mei 2012

HUKUM KUKU KETIKA HAID








Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ 
( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya 
Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang 
berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan 
rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari 
akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .
Bagaimanapun, setelah diteliti asas kepada pendapat ini,
 maka tiada didapati sebarang dalil yang menyokongnya 
kecuali logik aqal semata-mata tadi. Demikian menurut 
Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`
at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah
Soalan ini pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam 
kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ 
Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan
kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ 

Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup 
ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu
 bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah 
(apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan 
sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah
 wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, 
yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh 
menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa 
yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”
Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. 

Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu 
Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan 
seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, 
malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ 
(Riwayat al-Bukhari)
Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam 
rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada
sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), 
demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam

Khamis, 3 Mei 2012

SELOKA PPUA2

ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA
KEPADA PEMBACA BUDIMAN SEMUA
BUKAN MENGUMPAT BUKAN MENGATA
HANYA SEKADAR PANTUN SELOKA


TERSEBUT KISAH SATU CERITA
PUTERA PUTERI SATU KEPALA
HIDUP GEMBIRA CERIA BERSAMA
PPUA2 ITU LAH TEMPATNYA


3 TERUNA MENJADI PILIHAN
14 DARA MENJADI TEMAN
INGIN MENGAUT KEJAYAAN
HARAPAN IBU BAPA,GURU & SEKOLAH TERSAYANG


BONDA KAMI GARANG TAK TERKIRA
CIKGU MAZNAH EMPUNYA NAMA
SUBJEK PA PILIHANYA
ITU LAH GURU KELAS KAMI


MARI PERGI RUMAH SAMI
SAMBUT DEEPALI ERATKAN HATI
FAIZ MANSOR KETUA KELAS KAMI
ANGGUK KEPALA TAK HENTI-HENTI


PENOLONG KETUA KELAS JAWATAN DIBERI
MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK SEKALI
RAJMELLA EMPUNYA DIRI


KEHULUR,KEHILIR MENGUTIP MONEY
TIAP BULAN POKET HEAVY ITULAH ADIRA
SEORANG BENDAHARI CUKUP BULAN
RM 1 SINI MARI..


ORANGNYA LEMAH LEMBUT
SERING TERSENTYUM TAK KIRA MASA
HASYIMAH JAMIL EMPUNYA NAMA


PENDIAM ORANGNYA RAMAH SEKALI
IBARAT PIJAK SEMUT PUN TAK MATI
ITU LAH KINAH MOHID PUNYA PERIBADI


AMIRA & HAFIZAH JARANG BERSUARA
KALAU BISING ITU TIDAK SENGAJA
KALAU DENGAR MEREKA KETAWA
ITU KITA TAK BOLEH KATA APA-APA


PERGI SEKOLAH HARI-HARI
ORANG NYA SENYAP PAGI HARI
PADANG PAK AMAT DATANG KEMARI
ITULAH HANIS EMPUNYA DIRI


DIPAGI HARI MENGANTUK MATA
HINGGA KE PETANG TIDOR SAJA
MELOMPAT KATAK TRADEMARKNYA
HAI TAK PASAI SILAT DIBERINYA
SAPA TAK KENAI FATEHAH EMPUNYA DIRI


DUA SAHABAT SENTIASA BERSAMA
DUDUK NUN DEPAN SEKALI
KEPALA TERANGGUK TANDA FAHAM
HAI SAY MEN TIDOR RUPANYA
ITULAH SAHABAT KAMI
FITRIAH DAN SHIMAH BASHAH


ANAK AYAM PERGI BELI NASI
BERSAMA DENGAN IKAN
ORANG NYA BAIK BIJAK SEKALI
ITULAH AFIQ EMPUNYA DIRI


PANDAI BERGAYA,JAWATAN DALAM KELAS
MEMANG TAK ADA MENGELETEK HATI
MERIAHKAN KEADAAN ITULAH HIEDAYAH
EMPUNYA NAMA...


TIBA SI CANTIK MANIS KITA MARZIANA
NAMA TERKEMUKA APABILA BERSUARA
TERPUKAU JEJAKA.TAPI AWAS SUDAH ADA YANG PUNYA


BILA CIKGU ADA FOKUSLAH KONONYA
BILA CIKGU KELUAR KECOH DIBUAT MEREKA
SIAPA LAGI KALAU BUKAN JANNAH DAN ERA
EMPUNYA NAMA


PERGI MAKAN RUMAH CHE AZIZ
MAKAN NASI BERULAM PETAI
NAZRY ORANG KELAKAR
MELAWAK PUN PANDAI...


2,3 BADAK BERLARI MANA NAK
SAMA SELOKA KAMI
IA SEKADAR PENGHIBUR HATI
JANGAN SIMPAN DALAM HATI


GURAUAN INI SEMATA-MATA
UNTUK KENANGAN KITA BERSAMA
AMPUN DAN MAAF SAYA PINTA KAN




BY SHIN RAN RAN


KAWAN YANG MACAM NIE






Assalamualaikum....serius klau aq dpat kawan mcm tu biaq tak payah ada kawan...aq rela berkawan dengan diri sendri...


tak faham..TERANGKAN..(bukan ketawakan)


  tak betul...NASIHATKAN..(bukan diumpat)


tak tahu..TUNJUKKAN.. (bukan dimarahkan)


  tak jelas..JELASKAN.. (bukan dirumitkan)


 tak mampu.. USAHAKAN.. (bukan dimanjakan)

 renung- renungkan la..

Rabu, 2 Mei 2012

MENCARI KEREDHAAN

Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.


Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.



 Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
  • Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
  • Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )


Selasa, 1 Mei 2012

KEMANISAN BERIBADAT


a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.
b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.
c. Ketika menyeru kepada kebaikan.
d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.




e. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
f. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
g. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
h. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.








PESANAN UMAR AL KHATTAB


– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan 
kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan 
kepadanya hati yang khusyuk.
– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya 


kelazatan dalam beribadah.

– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan 


sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang 


dia suka.

– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan 


kepadanya kehebatan.

– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan 


kepadanya keelokan atau kemuliaan.

– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan 



kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan 


pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan 


daripada nifak.

KEGELAPAN VS KECERAHAN





i. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
ii. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.


iii. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amal soleh.

iv. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha 



illallah Muhammadur Rasulullah.’

v. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.