peneroka yang mencari ilmu

peneroka yang mencari ilmu

Jumaat, 20 April 2012

..:: cAhAyA ilmU ::..

Adab-adab menuntut ilmu agama




Adab Menuntut Ilmu Agama
Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaedah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:-
Ikhlas dalam menuntut ilmu.
Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban

“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”


Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para

TO SELF-MOTIVATION

Assalamualaikum.....holo..holo kali ni aq nk borak sal TO SELF-MOTIVASION tahu apa maksud dia lbh kuranglah MOTIVASI DIRI aq nie bukan lah pnulis blog yg baek tulis pun kelam kabut tapi ada juga pji aq kata blog  aq comel dia like sejuta kali perh kemas kut...thank my frend aq hargai dgn apa yang kau puji....aq nie patang saja kena puji kembang kut tapi tak lah over hohohohoho..sebab aq setiasa ingat klau kita terasa bangga apa yang kita lakukan akan jadi RIAK dosa kut so menten loh....kay aq ada beberapa hadis dan beberapa kata2 punjagga yg aq ciplak dalam note fb aq sedry hohohoho

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan 
amal seperti cuka merosakkan madu." 

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali 


berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu 
balasan bukanlah manusia yang jujur. 
Ketahuilah 

sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu 
bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah.       
(Surah Al-Baqarah:214)

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali 
arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong 
sampah

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan 
yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus 
hilang.

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi 
yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan 
langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari 
menyumpah kepada kegelapan.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah 
yang dapat membuka kunci.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan 
yang 
tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak 
mampu 
ilakukan oleh orang besar sekalipun.

mencintai ALLAh adalah cinta yang abadi...




KU KIRIM KAN BUNGA KHAS DARI LUBUK HATI







MANUSIA & MASYARAKAT (TEMA 1 TAMADUN ISALAM)


Dalam tema ini merangkumi 8 tajuk kecil

  1. Tamadun
  2. Zaman Jahiliah (konsep ketuhanan / keagamaan)
  • struktur & ciri-ciri (susun lapis/organisasi)
  • konsep manusia menurut jahiliah
  • perubahan yang berlaku pada masyarakat jahiliah bila tiba islam
3.Masyarakat Makkah sebelum islam
4.masyarakat Madinah sebelum islam (puak-puak yang ada dimadinah sebelum dan selepas)
5.Pembinaan masyarakat islam di Makkah
  • penentangan(bentuk)
  • langakah mengatasi
  • aktiviti dakwah
  • sebab dakwah nabi di tentang
6.Pembentukanmasyarakat islam di Madinah
  • langkah penyatuan
  • konsep hijrah & sebab hijrah
  • kepentingan hijrah
  • golongan yang terdapat di Madinah sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w
  • masalah kaum
  • langkah-langkah yang di ambil oleh Nabi Muhammad s.a.w bagi membentuk madinah
7.Pembentukan masyarakat pada zaman Khulafah
  • nama-nama masyarakat
  • masyarakat isalam di Iraq
  • masyarakat islam di Mesir
  • masyarakat islam di Syria
  • masyarakat islam di semenanjung Arab
  • punca belakunya perubahan dan perkembangan
8.Perkembangan masyarakat islam selepas zaman Khulafah



Khamis, 19 April 2012

TEKNIK MENJAWAB SEJARAH 1 (TAMADUN DUNIA)

Assalamualaikum....holo2 aq nak certa sikit sal tdy aq g teknik menjawab sjarah 1 di smpaikan oleh Pn.Nor Shamsuri bt Hj.Mat dari SMK Nyoir Jitra kut....terima kasih cikgu perh cikgu tu ajaq memang yg ksong bolh full kut about sj 1 nie kalau dlu pkai baca jew tak tau sukatan dia now hohohoho dah tau.....

Aq dapat jga bebrapa teknik & dan bebrapa kemahiran menjawab dgn betoi....


1.Perlu tahu sukatan pelajaran
2.Kenal pasti tema (fokus 5 tema bahagian A dan bahagian B)

TAMADUN DUNIA

TEMA 1

MANUSIA & MASYARAKAT

  • Perbezaan tamadun awal/tamadun-berbeza tempat
  • Selalu duduk di nomber satu kadang-kadang duduk nomber lain
TEMA 2

PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN

TOPIK:                                                                                                                                                                                               
  • Negara Kota
  • Negara Empayar
  • Negara Bangsa
  • Bentuk pemerintahan
  • Langkah-langkah pengukuhan oleh pemerintahan
  • Pentadbiran pusat & wilayah (belum keluar dalam exam)

SOALAN DITANYA:

  • Faktor
  • Ciri-ciri
  • Sistem
  • Kesan

TEMA 3

KETAHANAN & PERTAHANAN

5 PERKARA PERLU TAHU:
  1. Pemikiran ketenteraan (3x kluar)
  2. Peranan pemerintahan melalui ketenteraan
  3. Peperangan(faktor,kesan)
  4. Organisasi ketenteraan (jenis ketenteraan,teknologi,logikstik)
  5. Tektik & strategi
TEMA 4

EKONOMI

3 bahagia pokok yang perlu kuasai
  • sistem ekonomi (saradiri / komersial)
  • faktor-faktor perkembangan ekonomi
  • kesan perkembangan ekonomi
Di agihkan setiap tamadun...

TEMA 7

PENEROKAAN OR PENJELAJAHAN
  • matlamat,tujuan,organisasi
  • kepentingan/kesan/sumbangan
INI ADALAH 5 YANG AKU PILIH KALAU KORANG TAK TAHU LAH SO STUDY IKUT 5 YANG KOWANG MAMPU BUAT TAK SALAH BACA SEMUA SEBAGAI SIMPANAN....HUUUHUHUHU


PRASEJARAH

MANUSIA NEANDERTHALJAWA MAN


PEKING MAN


INSTITUSI AGAMA MESOPOTAMIA

ZIGGURAT DI UR

REKA BENTUK KOTA DI LEMBAH INDUS










KUASA ALLAH SWT

  Tiada sesiapa di dunai ini boleh melawan qador dan qadar sebab nya kita datng darinya dan kmabli kepadanya...ehh bnyak cer pla aq nak kongsi beberapa bukti kekusaan ALLAH SWT....


ANTARA PANTAI YANG TERINDAH DARI 10..


KUASA ALLAH SWT SEMUA YANG DI KEHENDAKI_NYA ADALAH INDAH-INDAH

                                

                                             



                  KUASA ALLAH SWT DI MANA LAUT DAN SUGAI MEMPUNYAI DUA BENTUK AIR SUBAHANALLAH DAN DI PERMUKAAN BUMI    
                                                                               AFICA DI MANA TERTULIS KALIMAH ALLAH   
                                                                           SWT


                  


KUASA ALLAH MENINGGAL DALAM KEADAAN SUJUD & BATU TERAPUNG SUBAHANALLAH

                         

                                           

                  
INI MENUJUKAN KUASA ALLAH PALING BERKUASA DARI SMUA KEHIDUPAN


                                                                                          INI KETIKA NABI MUSA a.s
                                                                                      DI KEJAR FIRAUN

 JANGAN PENAH SESEKALI MENAFIKAN KUASA ALLAH SWT KEARANA DIA PEMILIK SELURUH ALAM...

Dasar tutup dan buka Pintu China dan Jepun

  Assalamualaikum....hah tengh mlm nie aq ada nak kongsi lg sal blajaq lah....tdy kwan aq ada minta bubuh  
bnyk2 kaitan gan stdy nie spya dia boleh copy...tak gna toiii tp aq tak ksah ada jga owg nak belek aq pnya blok nie.....kay aq terus bg lah.....


Bandingkan dasar tutup pintu dan buka pintu di Negara China dan Jepun.


Pada umumnya. kebanyakan Negara-negara di Asia seperti Thailand. China. dan Jepun mengamalkun dasar tutup pintu terhadap kuasa-kuasa Barat. Negara-negara berkenaan mengamalkan dasar tersebut kerana mereka tidak memerlukan barangan dari luar khususnva barangan Barat. Ini kerana mereka mengamalkan ekonomi sara diri dan mempunyai sumber bekalan makanan yang mencukupi untuk rakyatnya. Selain itu. Mereka juga bimbang kuasa Barat akan campur tangan dalam arena politik tempatan di samping kebimbangan terhadap perkembangan agama Kristian akan mencemarkan kebudayaan tempatan Di samping itu. negara China pula menganggap mereka sebagai Middle Kingdom sementara Negara-negara lain sebagai barbarians,. laitu tidak bertamadun. Oleh itu. China enggan mengadakan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan negara-negara barat.

China mengamalkan dasar tutup pintu semasa pemerintahan Manchu dalam kurun ke-19China juga mengenakan peraturan-peraturun ketat terhadap perdagagan Barat dengan dasar perdagangan luar dihadkan dan dikawal ketat sebaliknya pihak Barat pula mengamalkan perdagangan bebas kerana ia merupakan hak bagi semua bangsa. China mengamalkan dasar tutup pintu disebabkan beberapa faktor antaranya ialah beranggapan China sebagai Middle Kingdom, iaitu negara kayangan dan bertamadun tinggi sementara negara-negara lain sebagai tidak bertamadun. atau barbanrians. China juga tidak memerlukan barangan Barat kerana ia mengamalkan ekonomi sara diri yang tidak memerlukan barang-barang dari Barat. Selain itu, ia mempunyai kawasan luas untuk bekalan sumber asli seperti hasil pertanian untuk barangan makanan, galian. dan sebagainya. Di samping itu. China juga tidak senang terhadap tindak-tanduk di kalangan saudagar Barat yang kurang sopan seperti tidak menghormati amalan budaya China.

Sehubungan dengan itu. banyak sekatan dikenakan ke atas perdagangan Barat seperti perdagangan hanya boleh dijalankan melalui Cohong. iatu sekumpulan wakil perdagangan yang diakui dan diberi hak oleh kerajaan China. pedagang Barat juga hanya dibenarkan berdagang di Canton. Di samping itu. saudagar barat tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita tempatan dan tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas untuk menjalankan kegiatan perdagangan di pedalaman China. Sekatan yang dikenakan oleh China telah menyukarkan pedagang-pedagang Barat. Misalnya Cohong yang menjadi wakil perdagangan China telah melakukan penipuan dan penindasan seperti mengambil kesempatan membeli barangan British dengan harga yang rendah dan menjualkannya dengan harga yang tinggi. mereka juga melakukan pemerasan dan rasuah. Mereka sering berhutang dengan saudagar-saudagar asing tetapi hutang tersebut tidak dijelaskan dengan sempurna. Sebaliknya. saudagar Barat memerlukan barangan China seperti tehdan sutera tetapi China tidak memerlukan, barangan Barat, ini menjadikan perdagangan tidak seimbang antara kedua-dua belah pihak dan keadaan ini telah membimbangkan saudagar Barat, khususnya saudagar British. Utusan-utusan perdagangan pihak Barat khususnya British yang dihantar untuk merundingkan penyelesaian segala masalah yang timbul semuanya menemui kegagalan.

Namun demikian desakan pihak Barat untuk memperoleh barangan China serta keinginan menjadikan China sebagai pasaran bagi barangan kilang semakin kuat. Keadaan ini disokong pula bahawa abad ke-19 merupakan abad peluasan kuasa politik Barat. Oleh itu, Barat mula memikirkan cara-cara menggunakan kekerasan untuk memasuki China dan membuka pintu perdagangan China. Ini penting kerana Barat memerlukan. perdagangan seimbang dengan China Cara kekerasan yang digunakan oleh Barat untuk membuka pintu China ialah melalui perisytiharaan Perang Candu 1. China tewas dalam peperangan tersebut. dan ini telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Nanking 1842 di antara China dengan British. Antara syarat Perjanjian Nanking ialah lima pelabuhan dibuka kepada pedagang Barat khususnya British, iaitu -Shanghai. Amoi. Canton. Foochow dan Ningpo. Hong Kong pula diserahkan kepada Inggeris. Monopoli perdagangan Cohong dihapuskan. China dikehendaki membayar ganti rugi peperangan sebanyak S21 Juta. serta cukai 3% ad valoren untuk barangan import dan 5% untuk barangan eksport. Hubungan perdagangan dengan pihak Barat juga mesti dijalankan atas dasar sama taraf. Dalam hal ini, China yang tewas dalam peperangan tersebut terpaksa menandatangani perjanjian tersehut dengan pihak British. Selain itu. China juga kemudiannya terpaksa menandatangani perjanjian dengan negara-negara Barat lain seperti Amerika Syarikat. dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Norway, Sweden dan Rusia. Semua perjanjian tersebut amat merugikan China kerana kuasa asing telah mendapat banyak konsesi. Di samping itu. Perjanjian Nanking telah menamatkan dasar tutup pintu ataupun zaman pemencilan China yang telah berjalan berkurun-kurun lamanya.


Sebaliknya. dasar tutup pintu Jepun telah berjalan secara umumnya sebelum pemulihan Meiji 1868. Dasar pemencilan ini berjalan selama kira-kira 250 tahun lamanva dan boleh dikatakan sehingga tahun 1850-an tidak terdapat pedagang asing di Jepun. Dalam jangka masa itu. Jepun menumpukan perhatian kepada aktiviti ekonomi dalam negeri. iaitu dalam bidang pertanian sebagai sumber kehidupan. Jepun menjalankan dasar tutup pintu berdasarkan faktor-faktor berikut. Antaranya ialah kebimbangan terhadap campur tangan politik akan berlaku seperti penaklukan yang berlaku di negara-negara Asia yang lain. misalnya Filipina oleh Sepanvol. Burma oleh Inggeris. Vietnam oleh Perancis dan sebagainya. Selain itu, Jepun juga bimbang agama Kristian yang dibawa masuk oleh mubaligh-mubaligh Barat akan digunakan untuk menyatukan kaum feudal bagi rnenjatuhkan kerajaan. Di samping itu. wujud persaingan di kalangan negara asing atau negara Barat yang menimbulkan masalah kepada Jepun. Oleh yang demikian. Jepun telah rnenghalau para mubaligh dan para pedagang asing keluar dari Jepun kerana tidak mahu timbul sebarang masalah dalam negeri. malahan orang .Jepun sendiri tidak dibenarkan keluar negeri ataupun membina kapal laut yang besar-besar kerana .Jepun tiada kepentingan perdagangan luar. Walau bagaimanapun. dasar tutup pintu Jepun ini tidak berkekalan kerana terdapat beberapa percubaan yang dibuat oleh pihak Barat seperti Amerika Syarikat untuk mengadakan hubungan dengan Jepun.

Dasar buka pintu .Jepun pula dapat dilihat melalui perubahan dasar dalam kurun ke-19 dengan percubaan Amerika Syarikat mengadakan perhubungan dengan Jepun melalui Komodor Perry pada tahun 1853. Amerika berminat mengadakan hubungan dengan Jepun di atas factor-faktor tertentu. antaranya ialah kegiatan kapal-kapal nelayan yang rnenangkap ikan paus dan anjing laut. Kapal-kapal nelayan mereka seringkali memasuki perairan Jepun dan anak-anak kapal berkenaan sering berlindung di pantai .Jepun apabila berlaku cuaca buruk atau kapal mereka karam dipukul ribut Malangnya mereka telah menerima layanan buruk daripada pihak berkuasa Jepun. Selain itu. kapa1- kapal dagang Amerika yang menggunakan laluan Lautan Pasifik dalam perdaganganya dengan China memerlukan pelabuhan persinggahan untuk mendapatkan bekalan arang batu. bekalan makanan dan untuk membaik pulih kerosakan. Sehuhungan dengan itu. Keshogunan Tokugawa terpaksa mengadakan hubungan dengan Arnerika Syarikat kerana ia lebih kuat dari segi ketenteraan. Untuk tujuan itu. Komondor Perry telah diutuskan ke Jepun untuk merundingkan hal ini pada tahun I853 dan disusuli kemudian pada tahun 1854 dengan angkatan perang yang Iebih besar dan pihak .Jepun memaklumi tujuan tersebut Ekoran itu Perjanjian Kanagawa di tandatangani pada 31 Mac 1854 yang menandakan bermulanya era buka pintu Jepun. Antara syarat-syarat Perjanjian Kanagawa ialah dua buah pelabuhan dibuka, iaitu Shimoda dan Hokadate di samping Nagasaki bagi mendapatkan bekalan bahan api dan makanan serta untuk membaik pulih kerosakan. Jepun juga hendaklah memberi layanan yang baik kepada kelasi-kelasi Amerika yang terdampar di pantai Jepun akihat dipukul ribut dan sebagainya. Selain itu. Amerika juga akan menempatkan seorang konsulnya di Shimoda bagi kemudahan pedagang-pedagang Amerika. Di samping itu, perdagangan terhad di bawah peraturan-peraturan Jepun di semua pelabuhan yang dibuka dan Amerika juga mendapat layanan hak wilayah asingan. Sementara itu. perjanjian tersebut telah menjadi asas penting dan membuka peluang kepada kuasa-kuasa Barat untuk mengadakan perjanjian dengan Jepun. Misalnya. perjanjian dengan Britain pada Oktober 1854, dengan Russia pada Februari 1855 dan dengan Belanda pada November 1855. Sehubungan dengan itu. Jepun mengamalkan dasar buka pintu secara rasmi pada zaman Meiji 1868. Langkah ini telah dapat mengelakkan Jepun daripada 

Rabu, 18 April 2012

KEMALANGAN JALAN RAYA


PENGENALAN
Semakin meningkat tahun saban tahun menjadikan Malaysia salah satu negara yang mempunyai kadar kemalangan di atas jalan yang tertinggi di dunia.Menurut sumber daripada Kementerian Pengangkutan sebanyak 189,109 kemalangan dilaporkan daripada jumlah kematian seramai 6304 orang.
FAKTOR-FAKTOR
i)Pertambahan bilangan kenderaan
Sehingga akhir tahun 1996,sebanyak 7,686,684 buah kenderaan didapati aktif di atas jalan raya.Daripada jumlah itu,motosikal mencatat jumlah yang tertinggi dengan 3,951,937 buah diikuti kereta (2,889,536 buah), kenderaan awam dan sebagainya.Dengan pertambahan ini, maka kekerapan,kemungkinan dan kebarangkalian untuk berlakunya kemalangan jalan raya adalah tinggi.
ii)Kesesakan dan sistem perhubungan kurang baik
Pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh negara ini adalah pesat sekali. tinggal di kawasan perbandaran.Kehidupan masakini menuntut Sekaligus mengubah cara hidup rakyat di negara ini terutamanya yang setiap warganya bergerak dengan cepat kerana masa itu diibaratkan emas.Maka tidak hairanlah ramai yang berkejar,bersaing dan berlumba untuk sampai ke destinasi secepat yang mungkin.Akibatnya,risiko untukberlaku dan mendapat kemalangan adalah tinggi.
iii)Kecuaian masyarakat
Pengguna jalan raya bukan sahaja mengamalkan sikap berhati malahan sengaja melanggar peraturan dengan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.Tidak kurang juga menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba dan berlagak mempamerkan kehebatanya.Situasi ini selalunya melibatkan golongan remaja yang menggunakan jalan raya sebagai saluran untuk melepasi tension dan enjoy semata-mata.
iv)Peningkatan taraf jalan raya dengan pembinaan “highway”
Jalan raya di Malaysia merupakan antara yang terbaik di Asia.Tetapi sebaliknya itu jalan raya yang bertaraf highway jugs mempunyai keburukan.Sama ada disedari atau tidak,sejak lebuh raya Utara Selatan dibuka ia telah menyumbangkan kadar kemalangan yang bukan sedikit yang rata-ratanya mengakibatkan kematian dan kecederaan parah.
LANGKAH MENGATASI
i)Menguatkuasakan undang-undang
Undang undang yang lebih berkesan perlu digubal untuk memastikan masalah ini dapat ditangani.Undang-undang yang diamalkan di Jepun wajar dicontohi.Di Jepun,apabila berlaku kemalangan,kedua-dua belah pihak iaitu yang melanggar atau dilanggar terus dikenakan denda yang tinggi tanpa mengira siapa yang bersalah.Mereka kemudiannya dibicarakan di Mahkamah Kemalangan Jalan Raya pada kadar segera.Undang-undang seperti ini menggalakkan pemandu agar memandu dengan lebih berhati-hati.Selain itu,penguatkuasaan undang-undang tersebut juga harus tegas dan tidak memilih bulu.
ii)Memperbaiki keadaan jalan raya
Keadaan jalan raya yang berbahaya juga perlu diperbaiki agar kemalangan jalan raya dapat diatasi.Contohnya seperti jalan yang berselekoh tajam hendaklah diluruskan agar senang dilalui oleh para pengguna.Manakala jalan yang bercerun tinggi pula perlu direndahkan.Selain itu juga,tanda-tanda isyarat di jalan raya juga perlu diperkemaskan dan kemudahan tertentu hendaklah dibina seperti jejantas,laluan pejalan kaki dan sebagainya.Hal ini bagi memudahkan pengguna melintas jalan dan mengelak daripada kemalangan.
iii)Meletakkan papan tanda yang besar,jelas dan mudah dilihat
Bagi mengelakkan kemalangan terus berlaku,pihak berkuasa juga perlu meletakkan papan tanda di tempat-tempat yang strategik untuk memberikan amaran kepada pemandu tentang bahaya jalan raya di hadapan mereka.Dengan ini membolehkan pemandu agar mengurangkan kelajuan kenderaan yang mereka pandu.Keadaan jalan raya yang pula seperti di selekoh-selekoh batuan yang lebih besar patut digunakan untuk menggantikan jalan bitumen.
iv)Memperhebatkan kempen mencegah kemalangan jalan raya
Kini banyak kempen mengatasi masalah kemalangan jalan raya diadakan oleh pihak berkuasa tetapi nampaknya kempen tersebut masih belum meninggalkan kesan yang memuaskan.Oleh itu amat wajar jika kempen itu diperhebatkan,dilaksanakan secara lebih agresif dan dibuat secara berterusan.Kesedaran orang ramai harus dipupuk agar mereka sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa sewaktu di jalan raya.
KESAN-KESAN
i)Jalan penyelasaian membaiki jalan raya
Peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang berlaku hari ini telah memberi impak kepada semua pihak terutamanya JPJ.Ia merupakan salah satu jalan penyelesaian yang digunakan oleh masyarakat agar pihak berkuasa mengambil tindakan untuk membaiki semula jalan raya yang telah rosak.Sekiranya tindakan ini diambil dalam masa yang terdekat,kadar kemalangan jalan raya akan berkurangan dan pihak berkuasa hendaklah sentiasa berwaspada dengan jalan raya agar tidak berlaku kemalangan jalan raya.
ii)Mewujudkan kesedaran kepada pengguna jalan raya
Kemalangan jalan raya yang sering berlaku hari ini juga dapat memberi kesedaran dalam diri pengguna agar lebih berwaspada semasa memandu dan mengamalkan sikap berhati-hati.Terutamanya semasa melalui jalan yang mempunyai selekoh tajam atau jalan yang berbukit-bukit.Keadaan kemalangan yang mengerikan akan dapat melahirkan rasa gerun dalam diri manusia dan melahirkan rasa insaf dan takut jika mengalami perkara yang sama sekiranya mereka tidak berhati-hati di jalan raya.
iii)Mengalami kadar kerugian yang tinggi
Kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan-kenderaan besar akan menyebabkan kadar kerugian yang banyak terutamanya sekiranya kemalangan melibatkan golongan belia.Malahan wang yang disimpan akan terbuang begitu sahaja kerana digunakan untuk membaiki kerosakan pada kenderaan.Hal ini menyebabkan hampir setiap tahun negara mengalami kegawatan ekonomi kerana kurang pelaburan daripada semua masyarakat.Oleh yang demikian,kita hendaklah berusaha untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya.
iv)Meragut nyawa dan mengalami kecacatan
Kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya majoritinya akan merempuh ke alam maut kerana kecederaan yang parah terutamanya bahagian kepala.Ini kerana,sekiranya berlaku hentakan yang kuat pada bahagian kepala boleh menyebabkan pendarahan pada bahagian otak manusia.Sebab itulah peluang untuk manusia hidup amat tipis.Terdapat sebahagian yang mengalami kemalangan juga masih selamat tetapi mengalami kecacatan seperti tangan kudung,kaki dipotong atau buta dan juga hilang ingatan.Sebab itulah,keselamatan amat penting dan perlu diingat setiap masa.

PENUTUP
Justeru itu,kesedaran dan sikap prihatin dalam diri setiap masyarakat haruslah diwujudkan agar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.Kita hendaklah menjadikannya sebagai pengajaran pada masa akan datang.Janganlah sehingga orang yang kesayangan kita terlibatbarulah kita bertindak .